Skip to main content

Segmen Tambah Follower Awal Tahun 2013 oleh Emmymazli


Assalamualaikum.. Diharap semua berasa riang ria sebelum memulakan mata dan hati bersedia membaca entri ini ,, cewah .. Sebenarnya segmen ini sudah di publish bebrapa hari lepas, tapi tak habis mengarang disebabkan beberapa perkara yang saya tak dapat elakkan disebabkan saya berada di Cyber Cafe, antaranya:
  • Ada orang melihat saya daripada belakang tatkala menulis segmen ini
  • Ini kerana saya jadi kurang selesa dan boleh jadi 'lost of idea'
  • Entah kenapa entah, kalau nak update sesuatu tu , kalau orang nak baca mesti selepas saya tulis
  • Semasa saya tulis mungkin akan menyukarkan saya untuk menulis,, hehehehe

Sebenarnya tahun baru ini membawa makna yang sangat mendalam bagi saya. Bermacam suka dan duka yang berlaku dalam hidup saya sebelum bermulanya tahun 2013 ini. Antara suka adalah, tak sangka final projek dapat perak, tamat pengajian diploma, konvo, dapat sambung ijazah... heheh.. Antara dukanya ialah, kereta kemek , kemalangan kereta, kemalangan motor, adik patah kaki, konlfik, dan lain-II. Sedih kan. Tapi takpa kita tutup kesedihan itu dengan senyuman. Insyaallah ia pengubat duka dan lara yang tersimpan di kalbu.

 Saya dan segmen ini .
Semestinya bagi saya ini amat penting bagi saya untuk menjejakkan kaki ke dalam kancah Dunia Seorang Blogger. Demi mencapai tahap itu, maka bermacam=II pendekatan saya ambil. Sebab saya masih lagi baru, masih lagi dalam permulaan. Ingin berkawan dengan blogger-II tempatan. Pastinya ia merupakan titik keindahan dalam meluaskan ukhwah untuk saya.

Tahun Baru, Hobi Baru.
Mungkin tidak semua dapat mendifinisikan apa kebenda ini. Hehehe .Hanya diri sendiri yang tahu, betapa kuatnya naluri saya untuk menulis dan membaca dari sudut yang baru. Pembaharuan di setiap tahun dalam diri saya , tahun ini merupakan kali pertama saya menyahut seruan ini untuk aktif menulis dalam pelbagai sudut dalam satu platform yang terbaik iaitu blog =).

Satu Pembaharuan.
Pembaharuan hobi dalam hidup saya iaitu menulis sesuatu dan membaca sesuatu. Kalau dahulu saya hanya minat membaca buku-II cerita dan hanya menulis teknikal dan ilmiah hanya untuk menyiapkan assignment dan report sahaja, tetapi tahun ini saya menghasratkan lagi dalam diri untuk menokok tambah perkara baik iaitu membaca buku yang menjerumus kepada pengisian diri kearah keimanan, menulis idea-II ataupun cerita-II mengenai diri sendiri yang memberi kebaikan kepada orang lain. Semestinya saya minat dan teruja nak baca entri-II anda semua kalau boleh, sebab dari situ timbul pemikiran saya , apakah tema yang sesuai untuk saya meng'entri pada hari ini .

Tak suka membaca, Tak Mungkin berblog.
Ini merupakan salah satu sebab kenapa saya sudah lanjut usia barulah ingin menceburkan diri kedalam bidang ini. Pertamanya, tiada dorongan, keduanya kurang membaca. Saya rasa blogger yang paling ramai diplopori adalah dari kalangan perempuan berbanding lelaki. Saya lelaki. Tentunya minoriti. Tetapi kurang mendapat sambutan daripada rakan-II lelaki sendiri. Mungkin mereka sudah menjangkau pemikiran tentang kerjaya agaknya. HEHE. Antara alasannya kenapa tak suka berblog adalah, "Aku tak suka membaca yang merepek-II ", what ?? tak semestinya merepek ok. Jangan membuat keputusan terburu-II sebelum membaca isinya .. hehehe

Okie, setakat itulah isinya yang sedikit sebanyak dapat saya celoteh. 

Bai Bai babababai




Comments

Emmymazli said…
Hi dear...
terima kasih join segmen emmy...
done follow you...
terima kasih juga di atas pandangan yang diberikan.... TQ ^_^
sama-II =) saya newbie lagi ,, mohon sokongan dari anda semua
sama-II =) saya newbie lagi ,, mohon sokongan dari anda semua
Anonymous said…
hai .. cantik blog bagi seorang lelaki .. kalau tak kisah follow saya balik.. saya dah lama blogging tapi follower biasa biasa .. thanks :)

http://pandamatalebam.blogspot.com/2013/01/segmen-tambah-follower-awal-tahun-2013.html
Cik Aishah said…
Singgah sini dari segmen yang sama...:D

Popular posts from this blog

SEGMEN : Blogwalking & Kenali IPT

Kelik kalau nak Join SEGMEN ni >> Husna Humairah  & Kak Niera Assalamualaikum, Selamat malam, sepetang bersama dalam blog . Wah , segmen ini mampu menarik minat saya lah. Saya sebenarnya blogger baru tau, memang minat join segmen. Tapi tidak lah semua segmen. Sebab percambahan segmen ni sangat drastik, tak sempat saya nak follow satu, demi satu, sebab saya pun sedang sibuk. Ini pun curi masa sikit sebab exited nak join segmen ini [ditulis pada waktu malamnya]. Terima kasih banyak-banyak kepada husna humairah & Kak niera sebab jemput join segmen ini. Emm nak tanya ? adik beradik ea ? nama macam semacam jea ? hehehe. Maaf busy body sikit. Tapi memang hebat lah , sebab idea segmen ini sebenarnya memberi impak positif sebenarnya kepada sesiapa yang membaca, menimbulkan perasaan menarik buat saya untuk menulis lagi =). Terima kasih ya. Bila bercerita pasal IPT "Entry kalian mestilah berunsurkan IPT masing-masing. (samada mengenai pensyarah, atau c...

Segmen : Terjah Tahun Baru AisyahHumaira'

Assalamualaikum , dan selamat pagi ..  Hari ini saya sengaja menyertai segmen ini kerana difikirkan best juga terjah menterjah ini .. Dapat tahu segmen ini daripada seorang blogger cik Nurul Ain   sebab dia ada mention nama kak kat entri dia ...  Mengikhlaskan hati nak blog walking .. hehehe , terjumpa lah segmen ini. Blogger baru pun , memang kalau nak dapat Hadiah tu rasanya susa kot . Hehehehe. Semoga dapat merapatkan Ukhwah-II sesama blogger =) amiinnn ~~ Jom kelik Sini =)

Segmen Follow & Blogwalking #2 Oleh Mialiana.com

Segmen Follow & Blogwalking #2 Oleh Mialiana.com Segmen ini dibuat bagi memudahkan Mia Liana untuk follow dan blogwalking semua blog peserta segmen ini. Secara tidak langsung ianya memberi ruang dan peluang kepada blogger lain untuk turut follow, blogwalking dan berkenalan antara satu sama lain dengan lebih mesra. Segmen ini bermula dari 7.00 pagi 9 Mac 2013 sehingga 11.59 malam 20 Mac 2013. Mia Liana berharap agar segmen ini mendapat sambutan dan semua blogger dijemput join. Hanya 4 langkah mudah diperlukan : Follow blog Mialiana.com , Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com Buat entri bertajuk Segmen Follow & Blogwalking #2 Oleh Mialiana.com Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen entri ini . Pemilihan pemenang : 10 blog akan dipilih melalui random.org Pemenang dikehendaki memberikan satu URL entri terbaik dari blog mereka ...