Skip to main content

Segmen: Makanan dan Minuman Kegemaranku



Assalamualaikum, Paly and all my besties,, Sebenarnye dah lama terdetik nak join segmen ni, tapi oleh kerana masa masih tidak lagi mengizinkan sebab masih ada program Perwira sampai 21 hb ni, dapat lah selak-selak dari jauh tengok korang dah submit segmen kan ,,, Sebenarnye dah banyak draf dah, sebab tangguh menangguh dalam menyiapkan entri kan . Huhu

Bila cerita pasal makan, memang ana suka, hehehe, sebab tu lah ana rasa teruja nak join segmen ini, Seperti yang macam sebelum-sebelum ini ada jugak masuk entri dan selitkan pasal makanan. Urrggghhh ,, Lechoooiiii bagi sesiapa sahaja yang ternampak gambar tersebut. Pasti anda akan membayangkan yang makanan itu sudah ada depan mata, sambil pejam mata kuat-kuat, dan bernafas dengan rakus seolah-olah kelaparan yang teramat sangat. Sambil tertelan Air liur seolah-olah air liur itu pula yang berperisa air sirap bandung. Cehh wahhh.

Amboi, banyak sangat melalut sampai lupa nak buka topik apa yang nak dituliskan ini, Sebenarnya tuan empunya belog ni pun sedang kepunan dan kelaparan menunggu makanan sampai nih. Ada beberapa makanan malaysia dan Western yang ana nak highlightkan ni.Tapi ana nak tulis tiga jenis minuman kegemaran tau. Hehehe . Sebab minuman kegemaran ni kalau bayangkan pada bulan Ramadhan memang lah terbaik, sebab kalau dijadikan sebagai wadah berbuka puasa, rasanya, ,,, ermmmm ,, bayangkan lah sendiri laaa.





Ini makanan kegemaran ana pada suatu ketika dahulu masa belajar kat Politeknik Merlimau dulu. Tapi sekarang sekali sekala je. Kalau ada masa kelapangan untuk ke Melaka, memang menjadi satu kesemetian untuk singgah makan disini. Lokasi di Melaka, Sebelah Bayview Hotel. Sebab apa suka ? sebab sedap, besar and Murah dan menarik. Rasanya student Uitm Bandaraya Melaka, Utem, Politeknik Kota, Politeknik Merlimau, tahu tempat ni sebab tempat ni boleh dikatakan famous. Boleh menjadi satu kerugian kalau diyorang tak tahu kan kat tempat yang top ni selain chiken chop kat Johor Bahru.

Ini petanya , kalau nak tahu lebih lanjut, search la maps Hotel Bayview Melaka. Bila dah tahu area disitu, Di sebelah betul-betul hotel tu antara hotel Orchid , ada satu Food Court Melaka betul-betul sebelah Bayview Hotel tu. Pengusaha chiken chop itu adalah Hairina Western Food , boleh foursquare lah bernama Hairina Western Food =)



Air Batu Campur


Air Batu Campur atau dikenali sebagai ABC, adalah minuman berversi makanan yang terkandung elemen-elemen yang sangat sedap. Hehehehe. Sebab apa suka sebab kalau haus, air ni lah menjadi penenang jiwa pengubat sengsara . Keranan kesejukan dan kepelbagaian manisan ini menyebabkan tersegam pamandangan indah yang lengkap dengan kicauan burung berserta deruan angin yang berjujuran. 


Sirap Bandung Cincau

Salah satu menu utama ketika berbuka puasa bulan Ramadhan. Senang jea nak cari sebab beli kat bazar kan. Nikmat air ini disebabkan campuran daripada cincau+sirap+bandung menyebabkan daku mengelamun panjang , sehingga tidak sedar akan tegukan yang telah menujahi corong-corong tekak, menyejukkan perutku sewaktu itu.



Magee Kari


Magee kari ini , memang patut kene kurangkan, Tapi masalahnya dia sedap. Kalau lapar dan nak cepat penyediaannya, maka ana memikirkan dengan magee ini dapat menyelesarkan masalah ini. Namun, perlu diingatkan makan hanya sekali sekala sahaja. Hehehehe.


Kuih Paling Ana Suka


Kuih kegilaan muda mudi, tua tui trend dari zaman ke zaman, menyebabkan daku terjatuh cinta tatkala melihat personaliti kuih ini didalam bekas yang beralaskan daun pisang. Pasti terliur dibuatnya. Sebab apa sedap ? mungkin sebab warnanya yang menawan kena dengan rasanya & intinya yang berperisa kelapa + pandan. Huh. Kalau dijadikan menu sarapan pagi , kuih ini lah akan menjadi capaian tangan kanan ku yang peling pertama sebelum menjamah makanan lain.


Sate Muar


Sate Muar. Kalau di tempat lain, Sate menjadi hidangan istimewa pada waktu malam, namun lain pula bila kita jalan-jalan cari makan di kawasan Muar. Pasti teruja dengan asap Sate, yang menunjukkan disitulah tempatnya sate itu berkampung di atas bara yang panas. 


Durian Kahwin


Wah , kalau musim durian , kat Segamat lah murah durian ni. Macam-macam ada, kawin ada, kampung ada , biasa pun ada. Durian ni kalau makan banyak-II untuk orang-II muda yang sihat , yang kuat kerja okie lah. Sebab kandungan gula kat durian ni banyak-banyak boleh demam tau. Temperature boleh naik. Heehehe. Ada jugak orang kampung yang tak pandai makan durian ni. Pelik betul .


ABC special JB


Terletak di JB. Sebab apa ana suka, sebab dia ada banyak kacang becampur pulak dengan krim-II yang berlemak madu, Mashaallah, sangat hebat nikmatmu , mengunyah kacang dengan aiskerim yang tertepek itu, menyebabkan daku seolah-II sedang terapung di puncak gunung sahaja. Nak tahu kat mana ? search la google sendiri =)




Ubi rebus ni jarang ada kat pasaran , memang sangat rare sekali. Rare. Hanya ada kat rumah sahaja, beli ubi mentah kat tepi jalan , ada orang jual tu kan, pastu balik Umi rebus, buat sambal ikan bilis, dengan hampas kelapa. Memang sangat sedap nya Ya Allah. Boleh dijadikan makanan seharian tau, Apatah lagi yang lembut-II gitu, panas-II pulak tu. Yooiiii , Sebenarnya nenek anan belah ayah pernah cerita, sewaktu perang Jepun dulu, ini lah makanan seharian dulu. 





Cendol pun Glamour tau kat Muar sebab Perdana Menteri Malaysia YAB Tan Sri Najib pernah datang kat sini. So far rasanya sedap, boleh pilih nak jenis apa, pulut ke kacang ke. Hehehehehe. Sangat sedap tau. Nak tahu kat Mana ? Tanya Group Anak-Anak Muar lah . Hehehehe =)



Done section =) Tadaaaaaaaa ,, Taraaaaaaa ,, Turuuuuuuu












Comments

Paly said…
giler gmbr, buat aku terliur, sirius bro, hahaha

yg abc spesel jb tu aku nak try, meleleh..grr

tq bro join segme ni..
Unknown said…
Cendol yang dekat mana ni Ubai?
Syamimi Saad said…
sedap2 semuanya..lg2 ABC, Cendol..terliur..hehe

singgah dari segmen yang sama..kalau sudi singgah la sini kjap ye.. ;)

http://hanyadihatiku.blogspot.com/2013/01/segmen-makanan-minuman-kegemaran.html
wahhh sedap giler mknan tu ..nyum nyum
datang laaa Melaka , Johor ,, hehehehehe
AISYAH AQILA said…
Alahai Braderrr ,Terliur Tengok ABC Tuuu Haaa :D
Unknown said…
ok dah terliur..

anda dah berjaya membuat saya lapar.....balik....haha
Unknown said…
mcm sedap je ubi rebus tue..kuih hijau tu pun sedap..sate sedap..meegi pun sedap..ohh semua sedap :p

Popular posts from this blog

Nostalgia impian dan Harapan Cita-citaku

Assalamualaikum. Selamat Awal Pagi. Mesti korang ingat saya sedang Fresh bangun pagi terus update belog kan ?? Sebab termimpi apa entri yang bakal ditulis ?? hahaha tidak lah sebegitu. Sebenarnya saya belum lagi tidur. Dah biasa dah macam ni. Bagi saya waktu-waktu macam ini sesuai untuk saya menulis entri yang apa sahaja terlintas di benak fikiran ini. Apa perasaan saya sekarang ? Gemuruh atau Risau ? ke gembira ? . Saya nak ceritakan aktiviti harini sebelum ubai sibuk mengupdate entri ini. Firstly berkenaan cita-II ubai. Bila cerita pasal cita-II mesti semua orang suka mengelamun. Aku nak jadi angkasawan lah, nak jadi saintis lah, nak jadi seorang Motivator terhebat lah. Bagus semua itu, kerana prinsip ubai, apa yang kita impikan , apa yang kita cakapkan , itulah akan berlaku sebenarnya. Impian itu cas semangat dan mempengaruhi tubuh badan akal fikiran okay. Okay, dah jauh telajak ni, masa ubai kecik-II dulu ubai pernah terbayangkan yang ubai ini akan jadi saintis berjaya. Cewah! sa

Selepas Viral: Saya datang dengan hasrat, untuk berkahwin dengan anak pakcik

Bakal yang aku jumpa selepas aku viral.. Masa ni bulan 6.. Bulan puasa.. Teringat lagi, dia sungguh sungguh suruh datang berbuka sama sama dgn family dia, sambil sambil tu jumpa mak ayah terus bincang pasal kahwin.. Dalam hati, "..mak aiiihh, terus suh dtg bincang dengan family teruss.. padahal tak kenal lagi ni.. sungguh sungguh tu dah nampak sikit dah.." Dalam ramai ramai wanita.. dia antara yang pertama, terus suruh bincang dengan mak ayah... Antara beribu orang yang sempat aku balas satu satu tu, aku terbuka hati nak bagi no phone aku kat dia.. Kenapa terbuka hati? Itu perancangan Allah.. . . Mulanya mmg stranger, kami tak pernah kenal langsung.. nak stalk kat FB pun tak lepas, sebab masatu takda gambar dia kat FB. . . Dia selalu mesej suruh dtg rumah jumpa mak ayah.. dia kata dia tunggu aku.. . . disebabkan aku bz dah nak praktikal.. ke Kuantan.. aku biarkan saja.. tak dapat memenuhi hasrat berbuka sama sama dengan keluarga beliau.. . . Bukan aku tak nak terim

SEGMEN : Blogwalking & Kenali IPT

Kelik kalau nak Join SEGMEN ni >> Husna Humairah  & Kak Niera Assalamualaikum, Selamat malam, sepetang bersama dalam blog . Wah , segmen ini mampu menarik minat saya lah. Saya sebenarnya blogger baru tau, memang minat join segmen. Tapi tidak lah semua segmen. Sebab percambahan segmen ni sangat drastik, tak sempat saya nak follow satu, demi satu, sebab saya pun sedang sibuk. Ini pun curi masa sikit sebab exited nak join segmen ini [ditulis pada waktu malamnya]. Terima kasih banyak-banyak kepada husna humairah & Kak niera sebab jemput join segmen ini. Emm nak tanya ? adik beradik ea ? nama macam semacam jea ? hehehe. Maaf busy body sikit. Tapi memang hebat lah , sebab idea segmen ini sebenarnya memberi impak positif sebenarnya kepada sesiapa yang membaca, menimbulkan perasaan menarik buat saya untuk menulis lagi =). Terima kasih ya. Bila bercerita pasal IPT "Entry kalian mestilah berunsurkan IPT masing-masing. (samada mengenai pensyarah, atau c