Skip to main content

Posts

Showing posts from August, 2013

Selamat Hari Raya 2013 oleh Ubaidullah Jaafar Sekeluarga

Selamat Hari Raya buat semua. Agaknya dah berapa bulan saya tinggalkan blog saya, ibarat saya ada sebuah rumah kecil dan tidak besar, lalu didalamnya dihiasi dengan pelbagai taman-taman kecil yang cantik, lalu saya tidak sedar bahawa saya telah lama tidak bermalam di rumah itu. kerana saya di perantauan yang jauh yang sebenarnya tidak pun. Saya beranggapan, semakin panjang saya menulis, semakin banyak kesalahan yang tidak disengajai dibuat. Mungkin ada yang tidak setuju dengan karya yang sedikit isi selama ini. Maaf kelemahan diri saya itu. Maka, masa ini sesuai untuk kita bermula untuk saling tegur menegur atas kesilapan disamping memaafkan. Aidilfitri mendidik kita agar selalu meminta maaf dan memaafkan. Bukan meraikan Aildilfitri dengan majlis bermaaf-maafan setahun sekali ditambah dengan poket raya yang penuh sahaja. Wallahualam.