UbaidullahJaafar: 2016

Thursday, 24 November 2016

Selepas Viral: Saya datang dengan hasrat, untuk berkahwin dengan anak pakcik

Bakal yang aku jumpa selepas aku viral.. Masa ni bulan 6.. Bulan puasa.. Teringat lagi, dia sungguh sungguh suruh datang berbuka sama sama dgn family dia, sambil sambil tu jumpa mak ayah terus bincang pasal kahwin.. Dalam hati, "..mak aiiihh, terus suh dtg bincang dengan family teruss.. padahal tak kenal lagi ni.. sungguh sungguh tu dah nampak sikit dah.." Dalam ramai ramai wanita.. dia antara yang pertama, terus suruh bincang dengan mak ayah... Antara beribu orang yang sempat aku balas satu satu tu, aku terbuka hati nak bagi no phone aku kat dia.. Kenapa terbuka hati? Itu perancangan Allah.. . . Mulanya mmg stranger, kami tak pernah kenal langsung.. nak stalk kat FB pun tak lepas, sebab masatu takda gambar dia kat FB. . . Dia selalu mesej suruh dtg rumah jumpa mak ayah.. dia kata dia tunggu aku.. . . disebabkan aku bz dah nak praktikal.. ke Kuantan.. aku biarkan saja.. tak dapat memenuhi hasrat berbuka sama sama dengan keluarga beliau.. . . Bukan aku tak nak terima dia pada masa itu.. tapi.. sebab masa tu, aku sedang tunggu jawapan taaruf dgn seseorang juga yang lain.. Itu pun dpt rekemen sejak daripada kes viral tu jugak.. . . Kalau jawapan rekemen yang ini setuju, untuk dinikahi dengan aku.. aku dah boleh bagi jawapan kat lain, termasuk si dia yang betul sungguh sungguh ni, bagitahu dia yang aku dah jumpa bakal zaujah.. . . Maka, dah tak perlu pening dah.. aku tak pilih dah sebab aku dah ada bakal yang setuju.. . . Tapi.. Malangnya, jawapan yang saya dapat menduka citakan.. . . Macam macam masalah sampai.. ibunya sangat setuju.. anaknya pula tak setuju.. aku pula? Tersepit di tengah tengah? .. . . Statement aku dalam hati mudah jer, "..benda kalau disusah susahkan, sedangkan ia tak lah susah, maka percaya, itu tandanya dia bukan jodoh kita.." . . Contoh.. . . kita nak kahwin dengan seseorang.. tapi dia mula dengan alasan, kita tak boleh lagi.. sebab awak bukan lah lelaki pelindung, awak ni pemalu tak sesuai sbnarnya dgn sy lah.. awak kena tunggu habis belajar 3 tahun lagi lah.. dan jangan bawa emak kalau berkunjung rumah nanti lah.. kolej tak bagi kahwin lah... adehhhh Nampak kan? Ia mudah.. tapi disusahkan.. . . Takpe lahh.. aku malas nak fikir lagi sampai habis praktikal nanti baru fikir.. . . Dan aku sendiri menolak permintaan untuk teruskan taaruf dengan bakal rekemen pertama tu.. . . Owhh, baru tahu, rupanya dia memang tiada perasaan dan hati pun dari awal, walaupun dah berkunjung datang rumah.. . . Cakap lah awal awal, kalau tak suka pun.. tidaklah saya penat bagi kata kata pengharapan dan menunggu.. . . Dan saya terus undur diri.. tetapi si yang sungguh sungguh ni masih follow up saya, untuk berkunjung di rumahnya.. . . Hari berganti hari, aku masih lagi tergantung untuk bagi jawapan.. kerana mulanya hatiku tak pula rasa dengan dia.. . . Sedangkan, yang ibu dia cerita.. hari hari dia doa.. agar bakal suaminya aku.. agar aku pilih dia.. kadang kadang menangis.. bila dapat tahu.. aku seolah tak pilih dia awalnya.. luahan ibunya.. . . Tiba hari raya, 10 hb 7 aku berkunjung di rumahnya.. setelah di minta untuk hadir di rumahnya. . Alhamdulillah, hati berputik untuk teruskan terima dia sbg bakal zaujah lepas aku datang rumah, jumpa mak ayah dan luahkan hasrat.. . . "..saya datang dengan hasrat, untuk berkahwin dengan anak pakcik.." . (Sambil pipi merahh) 😆😆😆 . Malam tu mulanya, ayahnya macam berat nak lepaskan. . Sampai lah.. . Nasihat ibunya yang sungguh menyentuh, "..jaga dia baik baik, jgn lukakan hati dia.. wanita bukan mudah untuk kita ambil dan lepaskan.. dia dah suka kamu.. terima jer lahh.. lagipun dia seorang yang baik.. bukan jenis yang keluar malam kalau bukan dengan ibu bapa.." . . Aku balik buat istikharah dulu.. dan melihat perwatakan dia, layanan baik ibunya, dan ayahnya.. Alhamdulillah, akhirnya terbuka untuk pilih dia.. . . Aku habis praktikal, terus beli cincin tunang kat kuantan, kedai emas ariffin.. Terima kasih nizam, sahabat yang baru kahwin, banyak berkongsi tentang ilmu perkahwinan, dan banyak bantu cari barang barang cincin.. . Allah permudahkan.. selang berapa hari habis praktikal tu terus bertunang.. . . Ada 3 bulan lagi nak prepare untuk kahwin.. . Dan pergi kursus kahwin sama sama, turun naik pejabat temuduga. . Alhamdulillah, dipermudahkan semuanya.. . Tinggalah sebulan lagi aku akan bernikah dengannya.. . . Ingat.. Kenapa aku pilih dia.. . Mungkin beribu orang yang PM.. Tapi yang betul betul sungguh sungguh.. . . Yang berdoa.. solat hajat.. Yang suruh datang rumah terus jumpa mak ayah.. . . Yang berani luahkan hasrat nak kahwin pada mak ayah.. . . Yang sentiasa follow-up saya untuk terbuka hati menerimanya.. . . Yang pendiam, pemalu.. tapi berani betul melamar lelaki macam aku ni.. hehe . . Dia sorang jerr.. Dia sorang jerr yang betul betul usaha... . . Orang tanya.. "..macam mana kau pilih dia dalam beribu orang tu.." . . Aku pilih sebab ketentuan & kesungguhan beliau... . . Dan selepas tu.. aku memang bersungguh sungguh jugalah.. bantu permudahkan majlis kami.. . . Sampai kad kahwin design sendiri.. disebabkan kedai lambat siap.. . . Dan majlis kami pun sederhana.. Awak yang tidak memiliki saya... . . Sebenarnya saya milik Allah.. Allah yang menggerakkan hati seseorang.. . . Dan rezeki, jodoh, ajal maut semua telah tertulis sejak belum dilahirkan kat dunia lagi.. . . Jika kita redha, dan tak putus asa.. InshaAllah, Allah sentiasa akan buka jalan terbaik untuk kita.. dipermudahkan segala urusan.. . . Saya pun tak pernah sangka, buat kerja susah.. tapi akhirnya kerja itu ada kelancaran.. sehinggalah saya menemukan jodoh saya.. . . Mana mungkin, saya ada wang hantaran, persediaan nikah, beli barang semua.. Ini semua bantuan dari Allah.. . . Allah permudahkan urusan untuk dapat rezeki dalam pembuatan modul modul tutorial, pengumpulan koleksi hasil hasil design photoshop & Ai, dan video tutorial semua.. . . Oh ya, templet kad kahwin yg sy design tu pun ada lama dalam modul yang saya siapkan.. mmg newbies dlm design pun boleh edit balik kad kahwin tu, tukar next dan gambar.. . . Allah permudahkan sekali lagi apabila produk digital itu dapat permintaan.. walaupun tidaklah banyak macam jerung jerung luar sana.. . . Tapi saya yakin, bila kita niat yang betul.. niat yang baik.. Nak nikah, jadi diri lebih baik.. melengkapkan segala kekurangan yang ada... . . Walaupun, segala perancangan walaupun rasa tak masuk akal awalnya, tapi Ia dipermudahkan, dari satu kepada satu perkara yang lain.. sehingga akhirnya Urusan nikah dengan dilakukan jayanya! . . Buat sahabat sahabat yang menyokong.. . Minta doakan saya agar Allah permudahkan urusan selepas nikah nanti, pikul tanggungjawab baharu sebagai seorang suami. 10hb Disember, pasangan ini bakal disatukan....sungguh Allah permudahkan semuanya 😊😊😊 Silakan SHARE, semoga ia bermanfat pada sahabat sahabat anda yg mencari jodoh... Like page untuk follow perkembangan saya kahwin nanti 😊😊 #jodoh #ubaidullahjaafar



End of my story, dia datang dengan mak saya, masa saya konvokesyen UTHM.. Alhamdulillah, jumpa da bakal sy.. dia ni.. Saya anak sulung.. dia pun anak sulung.. baru aku perasan.. sepanjang aku approach wanita.. dan tak menjadi sebelum sebelum ni.. semuanya anak sulung! Doakan agar dipermudahkan tau.. ramai orang pertikaikan, nape tak cari kat universiti je.. aku dah cari da.. semua tak ready nak nikah.. hmmm.. so, this is the last effort i done successfully


Haaa? Ada orang kata muka sama ? Yerr kerr? Kalau dekat dekat tak nampak sama pun.. Nah saya tunjuk beberapa komen kat bawah ni..


Haaa, kene interview surat khabar.. yaa, tak lah cuba nasib.. kita perlu usaha cari jodoh.. bukan cari awekkss yaa.. nak cari bakal parner dalam hidup.. yang hari hari jalani kehidupan dengan dia.. tapi ada miss information dalam newspaper ni.. bakal saya orang muar.. 10 minit dari rumah sampai dahhh



Gara gara viral, masuk juga rancangan motif viral.. merasa la lihat suasana dalam studio.. sebenarnya background dalam ni semua hijau.. dia dah edit balik pakai green screen.. first time kena solek uollss.. tak biasa sy.. Hadir nak bagitahu, saya viral, memang nak cari jodoh.. sebab ramai jugak yang salah faham.. apapun, saya dah bertemu jodoh dahh.. Alhamdulillah



Saya, umi saya, bakal saya, bakal ibu mentua saya...


Tahun depan sambung study.. sambil sambil part time trainer, dan menulis banyak lagi modul serta buku..



Ada juga sama tarikh nikah dengan saya, Alhamdulillah mudah mudahan...



Uoolss nak belajar design macam kat atas ni.. meh drop komen kat bawah.. ada tips percuma nak bagitau kat uolsss.. Akan di share tiap kali saya buat kelas design photoshop & Ai.. Klik link ni akn dapat tips PERCUMA akan dtg melalui emel.. .Klik sini >> www.bit.ly/designposter . . Paling best, yang daftar kat link ni utk dptkan TIPS PERCUMA, akan dapat info MasterCollection, bonus, cabutan bertuah akan datang Klik sini >> www.bit.ly/designposter Klik sini >> www.bit.ly/designposter




Tq uollsss follow perkembangan saya... Kad dah ada kat atas tu.. nak datang silakan.. just inform saya jerr.. Dan saya akan bagi jawapan.. buat majlis belah perempuan dulu.. dan belah lelaki inshaAllah bulan 2 atau 3.. Aminnn

Terima Kasih membaca =)

Friday, 4 November 2016

10 Ijazah Yang Paling Senang Dapat Kerja Di Malaysia


Posted by  | 23 June 2016 | News

10 Ijazah Yang Paling Senang Dapat Kerja Di Malaysia

Tidak dapat dinafikan, kos pendidikan bukanlah murah. Rata-rata daripada kita perlu menanggung perbelanjaan atau pinjaman sekurang-kurangnya RM30,000 demi segulung ijazah yang menjadi penentu perjalanan karier di masa hadapan.
Bagaimanapun, saban hari kita dihidangkan dengan berita graduan menganggur dan gagal mendapat pekerjaan selepas tamat pengajian. Jadi persoalannya, apakah pelaburan ribuan ringgit itu berbaloi meskipun tiada jaminan pekerjaan sejurus graduasi?
Oleh itu, bakal-bakal siswa perlulah bijak dan berfikiran jauh dalam memilih program pengajian di universiti agar kelayakan mereka kelak selaras dengan keperluan industri, di samping memberi pulangan yang setimpal (jika tidak lumayan) kepada mereka.
Mari kita baca senarai 10 ijazah yang mempunyai kadar penggajian tertinggi di dunia dan menjaminkan pekerjaan selepas tamat universiti:


10-Ijazah-Yang-Paling-Senang-Dapat-Kerja-Di-Malaysia1

1. Perubatan dan Pergigian (94.7% Kadar Penggajian)

Dengan kos pengajian termahal iaitu sekurang-kurangnya RM100,000 selama 4 tahun, bidang perubatan dan pergigian menjanjikan peluang pekerjaan hampir 95% selepas tamat tempoh pembelajaran.
Prospek kerjaya: Doktor, pakar bedah dan doktor gigi.

2. Sains Veterinar (85.3%)

Tempat kedua pula adalah bidang rawatan kesihatan haiwan. Walaupun sebelum ini bidang sains veterinar banyak mencetuskan debat dan kontroversi lebih-lebih lagi isu yang melibatkan doktor Muslim dan haiwan yang perlu disamak setelah disentuh, namun kesedaran yang semakin meningkat terhadap nilai kasih sayang kepada haiwan menaikkan populariti program pengajian ini.
Prospek kerjaya: Doktor haiwan, pakar biologi haiwan dan penyelidik syarikat farmaseutikal haiwan.

3. Subjek berkaitan perubatan (79.8%)

Pengajian yang merangkumi pengajian kesihatan fizikal secara holistik ini tertumpu kepada satu-satu cabang dalam bidang perubatan.
Prospek kerjaya: Pakar psikologi, ahli fisioterapi dan pakar anaestetik.

4. Seni bina, pembinaan dan perancangan (71.3%)

Kursus ini unik kerana menggabungkan kedua-dua bidang ilmu sains dan kemanusiaan. Malah bidang ini memberi sumbangan terus ke arah pembentukan persekitaran manusia seprti pembinaan bangunan dan perancangan sesebuah penempatan.
Prospek kerjaya: Arkitek, pelukis pelan dan perancang bandar.

5. Kejuruteraan dan teknologi (62.8%)

Secara umumnya, bidang ini ada banyak persamaan dengan kursus #4. Ini kerana, ahli teknologi kejuruteraan sering bertanggungjawab bagi reka bentuk dan pembangunan. Graduan teknologi kejuruteraan boleh bekerja di bidang besar seperti industri, termasuk pembuatan, pembinaan, perindustrian, penyelenggaraan, dan pengurusan.
Prospek kerjaya: Pereka bentuk produk, pembangunan sistem, jurutera, operasi teknikal dan kawalan kualiti.

6. Sains komputer (59.1%)

Sains komputer secara umumnya adalah pengkajian perhitungan dan pemprosesan maklumat, sama ada dari segi perkakasan mahupun perisian, sesuai dengan peredaran zaman yang semakin berteknologi tinggi.
Prospek kerjaya: Pengaturcara, eksekutif IT, perekabentuk grafik, multimedia dan animasi dan jurtera rangkaian.

7. Pendidikan (59.1%)

Ijazah ini sesuai untuk mereka yang berminat dalam bidang psikologi dan sosiologi pendidikan manusia. Selain itu, kursus ini turut mempertingkatkan kesedaran tentang peranan perkembangan kognitif, fizikal, emosi, kreativiti, bahasa dan estetika manusia.
Prospek kerjaya: Guru, pembantu penyelidik bagi badan bukan kerajaan, tutor peribadi.

8. Pengajian perniagaan (49%)

Kursus yang menyediakan penuntut dengan kemahiran pentadbiran, pengurusan sumber manusia, perakaunan, kewangan, pemasaran, insurans, perbankan dan juga keusahawanan.
Prospek kerjaya: Penolong pegawai pelaburan, penolong pegawai operasi, usahawan dan agen insurans.

9. Sains matematik (47.1%)

Bidang ini berkaitan dengan matematik dan statistik serta memupuk kebolehan untuk menggunakan teknik dan kaedah kuantitatif yang bersesuaian untuk menjalankan analisis, penyelidikan, ramalan dan perancangan dalam persekitaran industri.
Prospek kerjaya: Penyelidik statistik, eksekutif kawalan mutu, penganalisa perniagaan dan eksekutif bank.

10. Pengajian sosial (44.9%)

Satu bidang atau disiplin ilmu yang mengkaji struktur dan sifat-sifat kelompok manusia. Jangan tak tahu, bidang ini sebenarnya merangkumi cabang-cabang ilmu yang luas seperi geografi, ekonomi, sains politik dan sosiologi.
Prospek kerjaya: Pakar kriminologi, penjaga arkib sejarah, penganalisa pemasaran dan pensyarah.
Sumber : Mynewshub.cc
10 Ijazah Yang Paling Senang Dapat Kerja Di Malaysia
Jawatan Kosong TVET 
No views yet


Terima Kasih membaca =)

Monday, 26 September 2016

Saya bukan tertarik dengan mesej ini, cuma tersentap, adakah aku benar benar bersedia..

ANTARA MSJ YG SEMPAT DIRAKAMKAN..
.
.


Banyak banyak ayat... ayat ni ada satu msj yg buat sy terharu...
.
.
Terharu sebab...
Bukan terharu sbb ayatnya..
.
.
tapi terharu.. bila sy refleksi diri ini balik..
Jika saya jadi seorang suami nanti..
.
.
Maka ayat diatas lah yg saya perlu lakukan..
.
.
Kerana ia mmg amanah seorang suami..
.
.
Betulkan tajwid..
Jadi imamnya..
Ajar agama..
Tegur salah silapnya...
.
.
dan bimbing isteri ke jalan diredhaiNya..
.
.
Berat kan bila cita soal perkahwinan ni?
.
.
Duhai wanita... sblum kahwin...
Ingatkan bakal suami awak..
.
.
Tentang ayat kat gambar tu...
.
.
Sbb wanita mmg perlukan someone yg leh bimbing dia.. seyes!
.
.
Maka kita... persiapkan diri dgn amanah ini..
.
.
Tag kawan, bakal zauj, bakal tunang, or adik beradik lelaki masing masing...

Terima Kasih membaca =)

Awak tak nak taaruf, tapi suruh datang rumah jumpa mak ayah awak..

Seyesly, first awk wassap sy... sy xnk layan.. sy anggap kita tak leh teruskan...



sbb awk ada bg statement tak matang kat org tgh sy, mungkin awak masih muda orangnya.. 😁😁😁😀😀😀..

Tp...

Awak tak putus asa org nya... masih lg tanya kat sy..
Awak tetap hantar whatsapp..

Baca sini >> saya nak kamu bakal imam saya

Tapi sy buat layan tak layan jerr...

Tau tak.. ayat ayat semua tu sy dah siapkan da siap siap..

Pastu awk persoalkan...
Yg awk betul betul nak sy..

Seperti text diatas.. buat sy terharu..

Tapi hati sy degil lg...
Sy malas nak layan..

Masa tu lak da ada mak org approach sy bg pihak anak dia... dia pun sungguh sungguh...
.
.
Hingga lah.. kita mulai snyap...
.
.
Satu hari sy dpt idea.. sy cari awak balik nak rekemen utk adik sy...


Awk tau tak.. sy da gtau semua kat adik sy.. yg awk akan jd bakal adik sy tuu 😬😬😬😬


Last last.. sy ikutkan jerr.. jumpa mak ayah awak.. pun masa tu sy tak la dtg utk sungguh sungguh..

Mana la tahu boleh adjustkan lg utk pihak adik sy..


Bila da sampai uma awak...

Rupanya tidak..

Awak ttap nak saya... awak geleng geleng... yg mana awak tak setuju dgn adik sy.. awk nak sy jgk..

"...huhh... betul sungguh sungguh nak sy ni.."

Yg hati sy mula kuat..lepas mak awak gtau...

..awak ank yg baik..
..ank yg tak nakal..
..rajin..
..mmg apa apa rapat dgn mak dia..


Perghhh... sy terus kuat kat awak...

Pas awak geleng tu..
N harapan mak awak kat sy..

lau ada jodoh dgn ank sy ni..
Jgn sakitkan hati dia..

N pengakuan mak awak, yg awk ank yg baik...


Lepas tu terus sy kata dlm hati..

Ya..Allah.. dalam banyak banyak org yg hadir... awak sorang je yg btul betul sungguh sungguh...


Awak tau tak..

Kesungguhan awak tu.. sy tertarik sgt...

Sy hargai kesungguhan awk..

Sy ada banyak baca quote positif...

"..Jgn fikirkan yg kita bersungguh kat org..
Tapi hargai org yg sungguh sungguh dgn kita..."


Saya ikhlas..
Saya hargai awak..

Sy harap awk nak sy sungguh sungguh luar biasa ni..

Xpernah dlm life sy ada org mcm awk ni..

Sy harap awk mmg btul btl nak saya..

Terima kasih sebab hadir dalam hidup saya =)



Mak saya, sarungkan cincin tunang kat dia.. masa ni aku pun jarang bercakap, sebab dia malu gila nak cakap..



Thankkk, pada pakcik makcik saya yang sanggup turun jauh jauh utk raikan majlis tunang..



Saya duduk luar, bebual dgn orang sekeliling.. ada dari pakcik pakcik dia, ada jgk dari jiran tetangga..



Antara hantaran yg makcik aku buatkan.. aku tak tahu pun apa hantaran tu.. sebab semua makcik aku uruskan..

Tarikh pernikahan saya: 10/12/16
Lokasi: Muar

Update:
InshaAllah nikah n walimah nanti, tokey tokey dari kwan baik sponser.. Semoga murah rezeki sebab sudi sponser..

Pelamin disponser oleh FB: Pelamin Hipster



Photografi disponser oleh FB: Dnova production


Videografi: My Team

Pengumuman:



Lepas kahwin nanti, semua catatan jodoh akan dirakam melalui bait bait penulisan, penuh dengan tips dan inspirasi, pengamatanku..



InshaAllah, semoga sama sama membaca dan terinspirasi. Akan dilancarkan selepas nikah nanti.. dan akan terdapat di semua kedai buku..

Silakan SHARE, sempena pelancaran nanti anda berpeluang jd pembaca pertama saya =)



P/s: aku kena bagitau aku dah tunang.. untuk yang dah tanya dah jumpa ke belum.. untuk menjaga hati kedua belah pihak dan tak salah faham =)


Terima Kasih membaca =)

Tuesday, 20 September 2016

Dengan kemeja lengkap menghadap cermin,sambil menyikat rambut dengan rapi, terasa amat segak sekali hari ini.. Hatiku sempat berbisik..



Boleh saya tahu bila ya boleh ambil baju konvo?
.
.
Dengan kemeja lengkap menghadap cermin,sambil menyikat rambut dengan rapi, terasa amat segak sekali hari ini.. Hatiku sempat berbisik..
.
.
Aku sangat gembira! Ini hari bahagia aku..
Setelah telah penat menghadapi hari hari pengorbanan...
Dalam sebuah kampus ilmu..
.
.
Sempat lagi, meneliti gelagat diri di hadapan cermin.. Sambil mengubah gaya senyuman.. aku tergelak sendiri..
.
.
Tiba tiba aku teringat! beberapa tahun lalu..
.
.
Ia menyedarkan aku.. rupanya.. aku pernah mengatur beberapa impian dalam diri pada satu ketika dahulu..

"one days, hari ini, berdirinya aku sebelah mak ayah pada saat ini.. mengatur langkah memegang skrol bersama zaujah.."

Ccciikkk! juru gambar memetik picu shutter kamera, lalu gambar bersama diambil menjadi kenang kenangan..
.
.

"..Arghh.. Tak sampai impian tu.."

Jiwa ku menafikan itu hanya berangan semata..
.
.
"..Ya.. ia satu mimpi siang! Tapi, ia dah on progress!.."

Kini, hati ku pula berbisik.. melawan sang jiwa..
.
.
Jiwa dan hati tak selalunya berselari.. selalunya bertengkar, bersoal jawab, malah menasihati kata kata inspirasi..

Padan muka jiwa!

Buatkan aku tak sedar aku sedang bermonolog.. 5 minit termenung di hadapan cermin!
.
.
.
Aku kena cepat ni!
.
.
****
.
.
Mengikat rapi tali kasut, mengatur langkah kemas, dan wangi wangian..
Baju konvo yang tergantung di tepi tingkap itu, di angkat kemas..
.
.
Terus mengatur langkah dalam kegembiraan.. Aku memandu dengan lekas..

Dihadapan.. sebuah pemandangan UTHM, usai menyapa pegawai di pintu masuk, sempat terpandang kehijauan rumput, dan deretan pokok di sepanjang jalan,

"..makin berseni seni lagi lah kegembiraan ku.."

***

Ucapan Alhamdulillah, sambil pegang sebatang roll biru.. aku ternampak muka gembira, muka senangnya hari seorang ibu dan ayah..

Suasana gembira ini..
Sebab dihadiri bakal zaujah..
.
.
Sanggup juga menghabiskan masa untuk hadir hari konvokesyen ku..
.
.
.
***

Suasana nikah nanti.. menjadi hiba, terharu, gembira..
.
.

Alhamdulillah, dialah jodohku,, isteriku..

***

Alhamdulillah.. On progress.. aku bertunang! akan bernikah hujung tahun ni.. semoga urusan dipermudahkan satu persatu!


Sebenarnya skrip diatas ni, untuk aku siapkan teaser video ku, sempena konvokesyen.. InshaAllah saya akan rakam dan share..

***



Lepas kahwin nanti, semua catatan jodoh akan dirakam melalui bait bait penulisan, penuh dengan tips dan inspirasi, pengamatanku..

InshaAllah, semoga sama sama membaca dan terinspirasi. Akan dilancarkan selepas nikah nanti..



Terima Kasih membaca =)

 
This blog was own by me & copyright 2012 Ubaidullah Jaafar . All Right Reserved To Me.