Assalamualaikum, sedang syok membaca , tetiba terjumpa entri ini. Pe lagi , berminat ni nak join. Sebab lain negeri lain budaya. Seperti yang saya dah belajar dalam Hubungan Etnik pada semester yang lepas ni, bila cerita pasal budaya, dia berkait dengan bahasa, tempat tinggal, dan lain-II.
Saya blogger dari negeri Johor. Hehehe . Siapa blogger dari Johor sila angkat tanggan. Emm, tak ada sorang pun yang mengaku kan. Siapa blogger Johor angkat tangan? haaa , macam ni lah , bangga dengan negeri sendiri, tempat lahir kan. Hohohohoho.
Sebenarnya kat Johor ni paling banyak Parit. Ye ke ?? Kalau kat johor ni, terutamanya Muar, parit itu diistilahkan dengan tempat. Sebagai contoh Parit Jawa, menunjukkan sesuatu tempat itu ada parit yang pertama, dan yang kedua tempat tu budayanya mungkin banyak orang jawa. Sebaga contoh lah. kalau nak di list kan berapa parit yang ada kat Johor ni dah tak terkira dah.
Kuda Kepang
Salah satu, Kuda kepang berasal dari johor, Paling top juga berasal dari Muar. Kalau ada kerja kahwin je, belah malam tu, ada lah ritual bomoh dan pawang sebelum permainan dan bunyi-II anklung menyemarakkan tarian kuda kepang tu. Penari kuda kepang yang betul-II ni seolah-II jadi kebal dan macam kena rasuk. Pakai jin mungkin. Sempai boleh makan kaca makan bara pastu panjat pokok kelapa, petik kelapa, siat kulit kelapa pakai gigi, dan tanduk kelapa pakai kepala sampai pecah, lalui diminum airnya. Setiap kali tali cemeti dihayunkan ketanah , pasti tarian tersebut lebih rancak seolah-II penarinya dirasuk dengan tariannya. Namun disisi Islam, tarian ini diharamkan sebab ada unsur-II yang boleh membatalkan iktikad. Ada ritual-II jampi serapah tu yang menyebabkan Haram. Kalau menari biasa je mungkin harus. Tapi kalau dah menyeru Jin untuk masuk dalam badan penari tu, telah dibahaskan dalam hadis. Dan telah difatwakan haram.
Mee bandung
Makanan pulak , kalau kat Johor, bagi saya, Mee Bandung lah yang paling menambat hati bangsa Malaysia. Sebab pernah masuk TV, mee bandung Muar paling TOP. Resepi utama mestilah daripada udang kering, memang rasa pekat kuahnya mengukur kesedapan semasa bersantap. Cairan kuning telur menambahkan lagi kesyahduan penyatapnya. Daun-daun sup yang bertaburan menambah lagi aroma kepekatan dan elemen campuran dalam mee bandung ini. Tidak pelik lah ia menjadi kegialaan muda mudi, tidak mengira umur dan tempat, masing-II berpusu-II ke Muar semata-II mahu merasai keenakkan Mee Bandung ini. Ada juga Mee Bandung di tempat lain, namung rasa dan kepekatan rasanya tidaklah setanding Mee Bandung Muar ini.
Selain itu, Johor juga terkenal dengan makanan Jawa seperti Rojak Pecal, Ubi Rebus Jawa,Asam Pedas dan lain-II.
Legoland
Selain itu, tempat-tempat yang menarik yang ada di Johor, yang saya tahu adalah JPO ( Johore Premier Outlet ), Legoland. Tapi saya nak cerita serba sedikit pasal Legoland walaupun masih belum menjejakkan kaki kesana. Sapa-sapa yang ingin nak sangat ke sana datang lah. Sebab dikatakan mendapat respon yang positif daripada ramai pengunjung. Legoland ini merupakan taman tema. Macam-macam ada kat sana. Mungkin raya Cina ni kalau ada masa yang terluan dan wang yang mencukupi rasanya saya pun plan nak pergi ke sana =).
Kacang Pool
Popular jugak kat Johor. Terutamanya kat Johor Bahru. Sapa-II yang datang sana, wajib lah singgah kat gerai yang ada jual makanan ni. Sangat sedap kot . Sebab saya pun tak pernah rasa lagi. Orang kate sedap. So takkan tak sedap lak kan. Nak tahu kat mana search la google. Kacang Pool . Kompem jumpa. Kalau tak jumpa klik kat bahagian Image. macam-macam image akan muncul. dan disitu lah anda boleh tahu serba sedikit latar belakang lokasi dimana tempat yang ada jual Kacang pool tersebut. Dia makan dengan Roti bakar, Telur Goyang , dan kuah kacang merah. Sangat teruja n terliur sekali tengok dia nye gamba =).
Comments
salam perkenalan :)
www.dayangdeno.blogspot.com