Skip to main content

Tamat Peperiksaan dan Aktiviti Cuti Semester






Assalamualaikum, emm ,, rasa nya dah berhabuk-II dah belog kesayangan ini (draft pada 15hb Jan 2013),, hehehe , al-maklumlah, sebelum ni bertungkus lumus buat ulangkaji untuk jawab final Exam. Saya pun tak sempat lah nak meng entry. Sebenarnya banyak cerita-cerita best yang saya nak cerita, tapi mungkin tiada keluasan masa untuk saya menulis entri ini menyebabkan hasrat saya terhalang seketika. Alhamdulillah, sekarang ini saya sedang melalui detik-detik yang indah iaitu tamat peperiksaan dan cuti semester.




Kalau masa kat sekolah dulu, Kalau beberapa hari lagi nak cuti penggal, yang duduk asrama mesti pemikiran dah terngiang-ngiang membayangkan keadaan kampung , ataupun asyik teringatkan rumah sahaja. Sebab dah tak sabar nak balik kampung dah lama rindu dengan mak ayah kan. Sama lah keadaan di universiti ini, di kolej kediaman ini. Sekelip mata sahaja bila tamat sahaja peperiksaan akhir semester , hati dah berkobar-kobar melipas kudung bersiap untuk pulang ke kampung. Ada jugak yang terlalu exited sampai lupa nak mengemas kembali rumah kediaman yang telah dipinjamkan selama satu semester itu . Manalah pergi penghargaannya dan tanggungjawabnya?


Gambaran Tamat Hari Peperiksaan 



Hari terakhir saya menduduki peperiksaan semasa hari Selasa 15.1.2013. Huh , rasa macam beban sebesar gunung ganang bersila sopan diatas kepala tiba-tiba terapung terbentuk awan yang mendung, udara nyaman terasa. Kesegaran sepasang mata setelah berjaga sepanjang malam tiba-tiba bertukar menjadi kelam, menjadi kabur, Suhu badan yang sejuk membeku semasa mengharungi salji di dalam dewan peperiksaan bertukar menjadi peluh-peluh yang berjuraian seolah-olah langsir yang ditiup angin. Perut yang kenyang dengan angin tiba-tiba menyentap-nyentap kelaparan. Otot-otot yang gagah seolah-olah gergasi yang mengamuk di dalam gua tiba-tiba bertukar menjadi lemah kehausan. Hati yang sedang gemuruh tiba-II berpeluh. Itik yang pulang petang, tiba-II mengamuk dipertengahan jalan, menanti siapa yang Hero.


comel baby ni buat hurray =)


Begitulah, beberapa reaksi daripada ramai pelajar . Ohh gembiranya nak balik kampung dapat jumpa dengan mak ayah, memikirkan apakah aktiviti yang terindah yang akan dibuat. Penyusunan jadual untuk melahuu telah bermula. Itulah remaja. Namun kena memikirkan juga, kita berjumpa di semester seterusnya. Jangan terlalu suka.

Saya berdoa agar selalu dapat keputusan yang terbaik, walaupun adakalanya hati tidak terlalu yakin yang boleh dapat keputusan yang cemerlang. Namun hati gementar menunggu keputusan semester ini. Rasa macam satu kejutan budaya institusi ilmu. Tak pernah merasa menjawab peperiksaan di Dewan sebesar bintang dan langit. Jaraknya makin tersasar jauh dari mentari. Kabus yang tebal, suhu yang sangat nyaman menyelubungi badan. Menggigil kesejukan, dalam hati ketakutan. Adakah ini dibuai mimpi, adakah mimpi menjadi kenyataan.


Harapan ibu, harapan pensyarah, harapan kawan-kawan, harapan masa depan menjadi tali sauh disetru pada kedua bahu ini. Adakah saya berdaya. Namun mengharapkan keredhaan Allah. Keredhaan Allah juga terletak pada tampuk keredhaan ibu dan ayah , keihklasan ilmu yang disampaikan pensyarah, kesetiaan kawan dalam mengenal arti kehidupan.

Hati selalu ingin gembira, namun tiada corak andai satu warna, disiramkan air pada pokok bunga, hasilnya pelangi berbentuk pelbagai warna. Tatkala hujan kesedihan berpaut kepada diriku, langsung aku menguatkan hati, menabahkan diri menghulur tangan, menunduk muka, menadah hidayah Allah. Mengadu kepada Allah. Aku insan yang lemah, adakah aku mampu mengharungi setiap titisan hujan mataku. Berikanlah aku kekuatan. Berikanlah aku keredhaan mu, berikanlah aku Hidayahmu.



Cuba sedaya upaya.


Beberapa hari lepas, saya menguatkan hati melakukan satu perubahan dengan menyertai satu Bengkel SKT 2013 di Kolej Kediaman Perwira, UTHM. Alhamdulillah, sedikit sebanyak saya dapat belajar perkara baru, bagaimana menguruskan masa dengan sebaiknya, menjadi seorang pemimpin, menjadi seorang yang bertanggungjawab setiap amanah yang terlah diberikan. Banyak rasanya perkara yang tidak tahu menahu, tetapi inputnya ada disini. Alhamdulilah , kehidupan saya telah diaturkan untuk tujuan yang baik. Semoga inisiatif yang telah saya lakukan ini, mendapat keredhaan Allah, agar dapat memperbaiki diri ini yang serba kekurangan, dan ingin menjadi insan yang beriman, dan bertaqwa . Insha Allah.



Pelbagai rangka jadual telah disusun, dan tanggungjawab serta amanah baru telah diletakkan atas bahu saya. Saya cuba menggunakan kudrat yang telah dianugerahkan oleh Nya untuk melaksanakan tugas sebagai khalifah diatas bumi ni. Hidup tidak semudah disangkakan, segala kesusahan yang dilalui perlu dijadikan iktibar untuk menjalani kemanisan dalam kehidupan. Tidak pula sepahnya dibuang. Mungkin boleh dicuci , dibasmi, di kitar semula untuk menjadi insan yang serba boleh.




Mari kita sama-sama berdoa, apabila kita merasakan kita sedang kaya dengan kesihatan, kaya dengan kecantikan, kaya dengan kekuatan, kaya dengan ilmu, tetapi tidak pula miskin dengan kesihatan, miskin dengan kecantikan, miskin dengan kekuatan, miskin dengan ilmu dalam beragama. Berdoa supaya kaya diakhirat melebihi kaya didunia . Aminn.

Comments

Nur Baiyah said…
selamat bercuti..memang seronok last day exam.dah terbayang2 kg mase tu..hihi..
Nursha said…
selamat bercuti! horrey!!!!..hehehe..

jom join Segmen:I love Rasulullah

Popular posts from this blog

Nostalgia impian dan Harapan Cita-citaku

Assalamualaikum. Selamat Awal Pagi. Mesti korang ingat saya sedang Fresh bangun pagi terus update belog kan ?? Sebab termimpi apa entri yang bakal ditulis ?? hahaha tidak lah sebegitu. Sebenarnya saya belum lagi tidur. Dah biasa dah macam ni. Bagi saya waktu-waktu macam ini sesuai untuk saya menulis entri yang apa sahaja terlintas di benak fikiran ini. Apa perasaan saya sekarang ? Gemuruh atau Risau ? ke gembira ? . Saya nak ceritakan aktiviti harini sebelum ubai sibuk mengupdate entri ini. Firstly berkenaan cita-II ubai. Bila cerita pasal cita-II mesti semua orang suka mengelamun. Aku nak jadi angkasawan lah, nak jadi saintis lah, nak jadi seorang Motivator terhebat lah. Bagus semua itu, kerana prinsip ubai, apa yang kita impikan , apa yang kita cakapkan , itulah akan berlaku sebenarnya. Impian itu cas semangat dan mempengaruhi tubuh badan akal fikiran okay. Okay, dah jauh telajak ni, masa ubai kecik-II dulu ubai pernah terbayangkan yang ubai ini akan jadi saintis berjaya. Cewah! sa

Selepas Viral: Saya datang dengan hasrat, untuk berkahwin dengan anak pakcik

Bakal yang aku jumpa selepas aku viral.. Masa ni bulan 6.. Bulan puasa.. Teringat lagi, dia sungguh sungguh suruh datang berbuka sama sama dgn family dia, sambil sambil tu jumpa mak ayah terus bincang pasal kahwin.. Dalam hati, "..mak aiiihh, terus suh dtg bincang dengan family teruss.. padahal tak kenal lagi ni.. sungguh sungguh tu dah nampak sikit dah.." Dalam ramai ramai wanita.. dia antara yang pertama, terus suruh bincang dengan mak ayah... Antara beribu orang yang sempat aku balas satu satu tu, aku terbuka hati nak bagi no phone aku kat dia.. Kenapa terbuka hati? Itu perancangan Allah.. . . Mulanya mmg stranger, kami tak pernah kenal langsung.. nak stalk kat FB pun tak lepas, sebab masatu takda gambar dia kat FB. . . Dia selalu mesej suruh dtg rumah jumpa mak ayah.. dia kata dia tunggu aku.. . . disebabkan aku bz dah nak praktikal.. ke Kuantan.. aku biarkan saja.. tak dapat memenuhi hasrat berbuka sama sama dengan keluarga beliau.. . . Bukan aku tak nak terim

SEGMEN : Blogwalking & Kenali IPT

Kelik kalau nak Join SEGMEN ni >> Husna Humairah  & Kak Niera Assalamualaikum, Selamat malam, sepetang bersama dalam blog . Wah , segmen ini mampu menarik minat saya lah. Saya sebenarnya blogger baru tau, memang minat join segmen. Tapi tidak lah semua segmen. Sebab percambahan segmen ni sangat drastik, tak sempat saya nak follow satu, demi satu, sebab saya pun sedang sibuk. Ini pun curi masa sikit sebab exited nak join segmen ini [ditulis pada waktu malamnya]. Terima kasih banyak-banyak kepada husna humairah & Kak niera sebab jemput join segmen ini. Emm nak tanya ? adik beradik ea ? nama macam semacam jea ? hehehe. Maaf busy body sikit. Tapi memang hebat lah , sebab idea segmen ini sebenarnya memberi impak positif sebenarnya kepada sesiapa yang membaca, menimbulkan perasaan menarik buat saya untuk menulis lagi =). Terima kasih ya. Bila bercerita pasal IPT "Entry kalian mestilah berunsurkan IPT masing-masing. (samada mengenai pensyarah, atau c