Segmen : Tadi dan Sekarang - UbaidullahJaafar

Sunday, 30 December 2012

Segmen : Tadi dan Sekarang


Sekapur Sirih
Assalamualaikum, Pertamanya dimulakan dengan trilion terima kasih kerana sanggup menjemput saya untuk join segmen ini. Alhamdulillah berkat support dari rakan-II blog baru terutamanya dari sahabatku Paly kerana beliau lah bertanggungjawab menaikkan semangat saya maka saya rasa berkobar-kobaran untuk join entry ini. Alhamdulillah, lega rasanya.


*Skip perenggan ni (if nak cepat)
Pertamanya saya perkenalkan lagi nama saya a.k.a nama panggilan iaitu UBAI, hehe, Pelik kan ? Jarang kan, Tapi selalu orang sebut . Bai nak beli karpet bai, Bai itu karpet tak mau, tak mau hutang,.Bai order teeee tarik kurang manis. Mungkin kalau nama setakat Ubai jea orang pelik, tapi kalau nama Ubaidullah Jaafar orang mula berubah arah, dari karpet jadi permaidani, dari teh tarik jadi teh tarik ais. Hehehehe.. Ahh aku bergurau sahaja. Jangan Marah yeeeeeee semua . Baca dan teruskan baca jangan bosan yeaaa ,, 


Malaysia Merdeka 
Tanggal 31 Ogos yang lepas negara kita telah tetttttttttttttttt............... Sorry Sorry Sorry aku tersalah tarikh pulak nak cerita.. Aku memang selalu macam ni. Pelupa, Hang, Hilang fokus bila berkomunikasi, N rajin tido lambat. Repeat semula eaaaaa,, Jangan marah ea =)

Berakhirnya 31 Disember 2012 maka bermulalah tahun baru Masihi 1 Jan 2013. Bagiku tahun 2012 ini tahun istimewa buat aku. Dan tahun 2013 pula merupakan tahun yang lebih istimewa bagi aku tersangat-II. Tetapi 31 Disember 2012, aku bakal menduduki peperiksaan Akhir semester ini dengan mata pelajaran pertama iaitu Engineering Mathematics III pukul 9.00 Pagi. Antara satu sebab kenapa aku tulis entri ini sekejap lagi aku akan sambung buat latihan ulangkaji bagi subjek tu,, tettttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttt.. Nak solat jap. Maklum lah sekarang ni kat Bilik Komputer sebelah Surau. dah Dengar Iqamat. N Ubai akan bersambung selepas solat nanti,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,

Megulangkaji Pelajaran
Alhamdulillah selesai pun solat. Ubai nak sambung cerita ni. Biasanya sebelum-II ini malam 31hb ubai tak ada rumah sebab ubai suka keluar dengan kawan duk kedai cerita pasal macam-II, then balik. Tapi berbeza pada tahun ini kerana ubai akan menghabiskan saki baki akhir tahun ini dengan mengulang kaji pelajaran kot. Sebab 3 hb dah next paper dah. Ubai tak dapat la nak keluar berjumpa kawan lagi. Dah mula bosan kan ? Ubai suka mengulangkaji waktu malam kerana lebih tenang, cuaca yang sesuai untuk ubai buat latih tubi.

Time nak final exam memang biasa macam ni sampai Pagi 




Tahun Baru
Bila dah masuk tahun baru semestinya kita yang beragama islam memanjatkan kersyukuran kepada Allah SWT kerana masih dipinjamkan lagi & diberi peluang untuk bernafas, menggapai kabus-II Subuh ini , menghirup udara segar tatkala langit membuka tirai siangnya. Bagi ubai tiap-II hari kita kena bersyukur sebab Allah sengaja bagi kita pinjam oxigen Percuma hanya untuk beribadah kepadaNya. 
*Sedikit cebisan pesanan dari Ubai

Tahun baru ini, 1 Jan, Ubai rasa ubai akan buka Facebook untuk melihat siapakah gerangan yang mengupdate status yang berkait mait dengan tahun baru ini. Mungkin ubai boleh senyum atau ketawa sinis tatkala melihat & membaca & mengamati status-II kawan-II ubai itu. Status-II lawak berunsurkan tahun baru juga tidak pula ketinggalan. Antara yang ubai dapat jangka, apa mereka buat malam 31 Dis ini. Mereka akan update tak nak tidur lah, tak nak buat air lah, tak nak order mee goreng lah. Kenapa yeee ?? Kenapaaa ?? Ubai menganggapkan kalian semua seudah mengerti.. HEHEHEHEHE

Secawan Teh 'o' Ais tahun Lepas
Adik minum apa dik ? jawabnya ringkas taknak. Makan ?? taknak. Lalu pergilah si waiter itu. Hahaha. Tak kena mengena pun dengan tajuk atas. Sebenarnya memang lah betul, kalau kita buat secawan atau se jug teh o ais pada malam 31 DIS,, Pastinya bebrapa jam lagi akan bertukar tahun 2013. Ini air teh o ais tahun lepas yang aku buat tetapi masih ada Ais lagi. Hehehe. Jangan masuk bilik air pada malam 31 Dis 11.59p.m . Kerana anda akan keluar balik bilik air pada tahun depan. Hehehehe. Jangan order mee goreng mamak pada pukul 11.59 P.M 31 DIS kerana dikhuatiri mee goreng itu adalah mee goreng TAHUN LEPAS!!! hehehehehe.Bermacam-II versi dan idea yang menghiburkan aku tatkala membaca status-II sebegini.

Reaksi FB dan Twitter bila ubai update status ni ,, Hehehehe

Aktiviti 1 Jan
Ubai rasa ubai akan habiskan masa 31 Dis-2 Jan untuk mengulangkaji pelajaran Electrical Measurement. 3 Jan dah Final dah. Doakan yee. Cara ubai ulangkaji mungkin sama jea dengan korang-II yang masih belajar lagi . Ubai akan buat revision balik note-II latihan-II tahun lepas . Ubai akan lupakan Peperiksaan yang dah lepas pada tahun lepas itu (Engineering Math) , dan meneruskan agenda baru ubai untuk fokus kepada subjek seterusnya =)

Salah satu planning ubai. Tapi apakan daya masa tidak membenarkan ubai nak g sini. Lokasi Melaka, sebelah Bayview Hotel. RM7. Sedap & Puas . Mesty Paly lecur kan. bab-II makanan serius ubai minat tengok n cubarasa =)
*Entry berkenaan chicken chop yang paling best ubai nanti ubai masukkan

BABAI.BAI.BAI. sekian ~~






Terima Kasih membaca =)

16 comments

Post a Comment
 
This blog was own by me & copyright 2012 Ubaidullah Jaafar . All Right Reserved To Me.