Skip to main content

Posts

Showing posts from 2014

Zaujahku jurukamera

Bila isteri aku jurukamera. Dahulu kami saling mengenali.  Di awal perkenalan kami hanyalah terlibat sama dalam satu program. Kebetulan kami bertugas unit yang sama. Pertemuan ini selalu tidak disangka-sangka. Dia seorang pemalu, dan kurang bercakap. Oleh kerana saya ketua masa itu, adalah sepatah dua yang dia jawab sambil tersipu-sipu memandang kebawah. Dalam hati ini cuba sangka baik, "dia sedang menjaga pandangan, dan suara agaknya". Dia bukanlah gadis perwatakan seperti wanita muslimah, hanya wanita biasa-biasa, namun tetap jaga batas dan auratnya. Aku, tak pernah terfikir yang akulah yang sebenarnya akan memimpin dia. Sekarang Alhamdulillah, Allah telah permudahkan segalanya. Semasa hari pertama saya jadi imam dia. Tak lama tu, dia rupanya tidaklah pemalu sangat. Terus teruja ajak berbual dengan saya. Maklumlah sebelum ini kami memang kurang bercakap. Dia mula bercerita  masa kami di universiti dahulu. "Awak tahu tak, masa tu saya selalu berdoa, Ya