Skip to main content

Posts

Showing posts from October, 2013

Selamat Menjalani Ibadah Qurban

Assalamualaikum, sekian lamanya saya menyepi. Mungkin disini jodoh kita kembali lagi. Rindu dengan sahabat-II ku, lagi rindu dengan ibu bapa ku. Ibu ku dah siapkan lauk rendang dan ketupat buat aku. Terima kasih ibu, sangat menyambut kepulangan saya di kampung.  Saya faham, ada juga sahabat-II yang sedih tidak dapat beraya bersama keluarga, Apatah lagi, baju raya pula tertinggal di kampung. Suasana hiba mula menyelubungi diri bila tak dapat pulang kerana urusan di universiti tak pernah membenarkan. Itu mereka. Tapi Daku. Alhamdulillah allah membenarkan daku untuk pulang melihat ibu bapa tercinta. Segala kerja dapat jua ku siapkan. Jarak rumah pula tidak terlalu membebankan, hanya dicelahan langkah gergasi sahaja. Saat daku mulai matang tentang kehidupan, saat itu, daku terfikitkan masa depan, ibu bapa ku yang masih disini menantiku pulang dengan membawa kejayaan. Sebentuk kejayaan juga yang berupa cahaya keimanan. Wahai Ibu bapaku, terima kasih, tiada lagi yang sang

Pengorbanan Sang Ayah

gambaran seorang ayah Masa kecik-II dulu ayah selalu timang saya, Saya terseyum dan tertawa manja, Ayah mendokong saya begitu mesra, Memori manis itu segar sehingga sekarang, Tidak sangka masa berlalu begitu pantas, Rupanya ayah tak dapat menimang saya lagi, Kerana saya dah pun besar, Tinggi saya pun dah melebihi ayah, Pantasnya ayah semakin meniti usia, Tetapi masih berhempas pulas memerah keringat demi menyara anaknya, Tidak sedikit pun mengeluh untuk membesarkan saya, Sementara saya disini sibuk setiap semester, Entah bilalah dapat senangkan ayah disana, Entah tertunai ke janji saya terhadap ayah, Entah dapat ke ayah merasa kesenangan bersama saya, Saya takut, ayah dah tiada lagi waktu itu, Kerana saya termimpi pada suatu hari, Ayah mengadu dah tua, menunjukkan gigi yang tiada, Saya datang memeluk ayah dan mengalir air mata, Sambil saya berkata, Entah berapa tahun lagi ubai dapat peluk ayah macam ni...... Saya tersed