Skip to main content

Posts

Showing posts from 2013

Peperiksaan Akhir Menjelang Tiba

Bismillahirrahmanirrahim. Rasanya, sudah lama tidak menyingkap jendela laman blog sendiri. Apatah lagi mengintai berjalan ke halaman melambai jiran-II blogger yang lain. Maaf ya sahabat-II. Saya sedang memikul satu lembaga. Lembaga ini bukan lembaga hitam. Tapi lembaga tanggungjawab yang telah diamanahkan. katakan.  Sedih juga, kerana masa juga tidak banyak memberi ruang, adapun ruang-II yang halus yang sesekali membenarkan sedikit udara memenuhi ruang-II kosong. Dan didalam bilik kosong itu ada saya, dan udara itu adalah masa. Tidak sedar udara yang dihirup tidak sama dengan udara yang dihembuskan. Terasa sesak didada tatkala menanti segenap udara segar itu menerusi ruang-II sempit itu. Tak faham. Alhamdulillah, beberapa tempohari ini saya dapat fokus kepada persediaan peperiksaan. Peperiksaan yang bakal menjelma membentuk satu awang-II hitam di kepala. Pejam mata pengsan, buka mata pitam. Satu tanggungjawab yang besar untuk bersedia sebelum duduk selesa didalam dewan kese

Selamat Menjalani Ibadah Qurban

Assalamualaikum, sekian lamanya saya menyepi. Mungkin disini jodoh kita kembali lagi. Rindu dengan sahabat-II ku, lagi rindu dengan ibu bapa ku. Ibu ku dah siapkan lauk rendang dan ketupat buat aku. Terima kasih ibu, sangat menyambut kepulangan saya di kampung.  Saya faham, ada juga sahabat-II yang sedih tidak dapat beraya bersama keluarga, Apatah lagi, baju raya pula tertinggal di kampung. Suasana hiba mula menyelubungi diri bila tak dapat pulang kerana urusan di universiti tak pernah membenarkan. Itu mereka. Tapi Daku. Alhamdulillah allah membenarkan daku untuk pulang melihat ibu bapa tercinta. Segala kerja dapat jua ku siapkan. Jarak rumah pula tidak terlalu membebankan, hanya dicelahan langkah gergasi sahaja. Saat daku mulai matang tentang kehidupan, saat itu, daku terfikitkan masa depan, ibu bapa ku yang masih disini menantiku pulang dengan membawa kejayaan. Sebentuk kejayaan juga yang berupa cahaya keimanan. Wahai Ibu bapaku, terima kasih, tiada lagi yang sang

Pengorbanan Sang Ayah

gambaran seorang ayah Masa kecik-II dulu ayah selalu timang saya, Saya terseyum dan tertawa manja, Ayah mendokong saya begitu mesra, Memori manis itu segar sehingga sekarang, Tidak sangka masa berlalu begitu pantas, Rupanya ayah tak dapat menimang saya lagi, Kerana saya dah pun besar, Tinggi saya pun dah melebihi ayah, Pantasnya ayah semakin meniti usia, Tetapi masih berhempas pulas memerah keringat demi menyara anaknya, Tidak sedikit pun mengeluh untuk membesarkan saya, Sementara saya disini sibuk setiap semester, Entah bilalah dapat senangkan ayah disana, Entah tertunai ke janji saya terhadap ayah, Entah dapat ke ayah merasa kesenangan bersama saya, Saya takut, ayah dah tiada lagi waktu itu, Kerana saya termimpi pada suatu hari, Ayah mengadu dah tua, menunjukkan gigi yang tiada, Saya datang memeluk ayah dan mengalir air mata, Sambil saya berkata, Entah berapa tahun lagi ubai dapat peluk ayah macam ni...... Saya tersed

Permohonan Biasiswa JPA Program Ijazah Dalam Negara (PIDN) 2013 2014

Klik gambar untuk pautan ke JPA Permohonan Biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam Di Bawah Program Ijazah Dalam Negara (PIDN) Bagi Mengikuti Pengajian Peringkat Diploma Dan Ijazah Sarjana Muda Di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) Dan Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) Dalam Negara Bagi Sesi 2013/ 2014 Dijangka Akan Dibuka Pada Bulan September 2013 . Iklan Permohonan Tawaran Biasiswa Ini Juga Akan Di Iklan Secara Ringkas Dalam Akhbar Berita Harian, Utusan Malaysia, The New Straits Times, Tamil Nesan, Nanyang Siang Pau, The Borneo Post Sarawak Dan The Borneo Post Sabah Pada Hari Sabtu Dan Ahad awal bulan September. Maklumat Lanjut dan Permohonan Maklumat Lanjut Mengenai Syarat-Syarat Permohonan, Bidang Tajaan Dan Cara Memohon Boleh Diperolehi Dengan Melayari Portal eSilaV2 setelah permohonan dibuka nanti. Sumber : Portal Rasmi JPA SYARAT-SYARAT PERMOHONAN Warganegara Malaysia; Umur tidak melebihi 25 tahun pada atau sebelum 1 Janu

Persediaan Naik Cuti Semester

Assalamualaikum , salam sejahtera. Diharapkan sahabat-II & saudara-II dalam keadaan sihat dan ceria , mana tak nya, dah menikmati cuti semester. Kalau tiga (3) bulan itu dimanfaatkan dengan kerja saya rasa dah boleh buat bayar yuran semester dah. Hehe. Alhamdulillah, cuti tu pulak jatuh masa bulan Ramadhan dan Syawal . Rasanya banyak masa kalau nak habiskan dengan keluarga & kawan-II pada bulan Syawal asalkan Ramadhan dimanfaatkan dengan beribadah . Tahu tak, sekejap masa berlalu. Sekarang tinggal seminggu lagi nak naik cuti. Ingatkan masa cuti boleh mengulangkaji. Ehh tak jugak. Termasuk lah saya asyik TAK MENYEMPAT STUDY ja, Fullstop. hehe. Tapi disini masih ada masa lagi untuk 'outing' ke perpustakaan untuk cari & pinjam buku-II sesuai sebagai bahan persediaan naik semester. Emm, saya sempat menyiapkan kad ucapan untuk saudara & saudari semua. Boleh simpan dan cetak. hehe. Sebelum minggu perkuliahan bermula, saya ada beberapa cadangan se

Selamat Hari Raya 2013 oleh Ubaidullah Jaafar Sekeluarga

Selamat Hari Raya buat semua. Agaknya dah berapa bulan saya tinggalkan blog saya, ibarat saya ada sebuah rumah kecil dan tidak besar, lalu didalamnya dihiasi dengan pelbagai taman-taman kecil yang cantik, lalu saya tidak sedar bahawa saya telah lama tidak bermalam di rumah itu. kerana saya di perantauan yang jauh yang sebenarnya tidak pun. Saya beranggapan, semakin panjang saya menulis, semakin banyak kesalahan yang tidak disengajai dibuat. Mungkin ada yang tidak setuju dengan karya yang sedikit isi selama ini. Maaf kelemahan diri saya itu. Maka, masa ini sesuai untuk kita bermula untuk saling tegur menegur atas kesilapan disamping memaafkan. Aidilfitri mendidik kita agar selalu meminta maaf dan memaafkan. Bukan meraikan Aildilfitri dengan majlis bermaaf-maafan setahun sekali ditambah dengan poket raya yang penuh sahaja. Wallahualam.

Seindah Idaman Wanita Muslimah

Jadilah lelaki Lelaki tampan Hati iaitu : ♥ dia bangun pada waktu SUBUH untuk menghadap TUHAN nya ♥ dia melapangkan waktu kerjanya untuk menyembah TUHAN nya pada waktu ZUHUR ♥ dia tahan kepenatannya semata-mata untuk berjumpa TUHAN nya tatkala ASAR menjelang ♥ dia tinggalkan dunianya buat seketika di kala MAGHRIB tiba ♥ dia menepati waktu solatnya pabila azan ISYA' sudah berkumandang ♥ Lelaki yang tampan hatinya seperti ini menjadi idaman para wanita muslimah kerana : ♥ mereka adalah bakal imam wanita ♥ mereka adalah bakal pemimpin keluarga ♥ mereka adalah insan yang bakal dihormati dan ditaati para isteri ♥ mereka adalah individu yang bakal menunjukkan jalan ke syurga pada keluarganya #Semoga kita sentiasa istiqamah dalam Mencantikkan Hati kita =) Balik dari kelas tadi, Buka Facebook sekajap, terbaca status ni, Betul-II menyentuh perasaan saya. Ingin saya menjadi lelaki seperti ini. Mari kita sama-II menjadi lelaki seperti ini, agar kita sentiasa ten

Hari ini saya GAGAL

Jikalau matinya adinda, terbunuh lah beta, Jiwa mengeluh, tidak teratur kerana  perkejaan itu, Lalu, sepanjang hidupnya mengharapkan pekerjaan idaman, Ilmu yang dituntut dah lupa, sekeping kertas yang dapat dah ada , Namun, akhirnya sampai bila menjadi kepompong pengangguran kehormat,  Kejayaan itu adil, Bukan terletak kepada pendidikan yang tinggi semata-II, Kejayaan juga milik orang lain yang berusaha untuk berjaya. Ketenangan akan dapat dicari dengan membaca Al-Quran =) Assalamualaikum, Setelah saya lama bertafakur didalam alam maya, tiba-II terlintas di dalam hati, tentang subjek-II yang sukar pada keramaian pelajar dan sedang saya lalui pada masa yang sama.  Tahniah kepada mereka kerana rajin. Beza keputusan itu cermin kepada siapa ? Bagi saya , beza antara orang yang cemerlang keputusannya dengan gagal dalam keputusan adalah tahap kerajinan dan kemalasan mereka. Kalau dah sampai tahap Degree ni, istilah bodoh atau pandai itu sudah tidak digunakan. Sebab b

Segmen: Hijrah Itu Indah

Klik SINI untuk join =) Assalamualaikum kepada sahabat-sahabat setia sekalian. Wah, saban hari tidak menjenguk apa yang ada dalam belog, tiba-tiba ada satu jemputan dari sahabat blogger untuk turut serta segmen ini. Secara peribadinya, saya amat tertarik , mampu meluas pandangan, menangkap kejiwa untuk meluangkan masa menulis dibawah tajuk segmen istimewa ini. Terima kasih kepada TeamHijrah kerana membuat segmen ini. [Sharing Moment] Ceritakan pengalaman hijrah anda. Bagaimana permulaan, cabaran dan iltizam anda. Alhamdulillah bersyukur sangat-sangat sepanjang kehidupan yang saya lalui memang sebenarnya banyak titik perubahan & penghijrahan dalam diri saya itu bermula. Saya sering perasan , daripada status FB " Orang yang baik tidak semestinya tidak punyai masa silam, Orang yang jahat tidak semestinya tidak punyai masa depan " . Betul, saya setuju yang itu. Permulaan hidup saya memang dididik dengan mengikut susur agama yang betul, namun

Segmen Kenali Saya Purple Sweetyzhanieyz83

Klik untuk Join >> DISINI Sebelum 30 Mac 2013 Assalamualaikum wahai blogger-blogger sekalian, maaf sekian lamanya sudah tidak meninjau-ninjau dengan lebih luas dari kamar ke kamar blog-blog sekalian. Hehehe. Niat utama adalah untuk saling kenal mengenali, berkongsi cerita yang mungkin boleh mencuit hati pembacanya. Hehehe. Suka memasukkan entri disebalik segmen, sebab sambil termengah-mengah kepenatan berjalan kaki disetiap teres segmen, boleh lah baca entri kalian semua. Doakan saya ea, agar lebih bersemangat untuk menulis entri lagi. Kadang-kadang tiada idea nak tulis apa, disebabkan jadual harian yang padat dengan kuliah, waktu belajar, dan aktiviti yang dijadualkan. Masa untuk meneruskan agenda berbelog semakin terhad, tiba-tiba semangat menjadi suram. Oh risaunya saya. Mungkin saya menggunakan segmen ini untuk melepaskan tekanan yang ada. Emm boleh ke ?  Saya terpaksa mencuri masa semata-mata untuk BW (blogwalking), bukan apa, ingin meningkatkan lagi seman

Segmen Follow & Blogwalking #2 Oleh Mialiana.com

Segmen Follow & Blogwalking #2 Oleh Mialiana.com Segmen ini dibuat bagi memudahkan Mia Liana untuk follow dan blogwalking semua blog peserta segmen ini. Secara tidak langsung ianya memberi ruang dan peluang kepada blogger lain untuk turut follow, blogwalking dan berkenalan antara satu sama lain dengan lebih mesra. Segmen ini bermula dari 7.00 pagi 9 Mac 2013 sehingga 11.59 malam 20 Mac 2013. Mia Liana berharap agar segmen ini mendapat sambutan dan semua blogger dijemput join. Hanya 4 langkah mudah diperlukan : Follow blog Mialiana.com , Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com Buat entri bertajuk Segmen Follow & Blogwalking #2 Oleh Mialiana.com Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen entri ini . Pemilihan pemenang : 10 blog akan dipilih melalui random.org Pemenang dikehendaki memberikan satu URL entri terbaik dari blog mereka

Segmen : + Follower 2013

Assalamualaikum wbt~~ Owh tersangat rindu untuk beristirehat di kamar belog ini. Rasa macam dah berhabuk-habuk dah, mesti kena cari sapu bulu ni, nak lap-lap sikit kan. Cuba bayangkan yang belog ni adalah bilik kita yang sangat ekslusif, yang telah dihias dengan warna warni, sekuntum bunga mekar segar baru dipetik berdiri dalam gelas kaca lut-sinar sedang berisi air putih , lalu bunga itu senyum menghadap kita. Mungkin hati terubat seketika kan ? Minta maaf sangat-sangat kepada kawan-kawan & shabat-sahabat blogger sebab sekarang hanya sempat jadi Silent BW ( blogwalking ) jea untuk segelintir entri. Sebab tak sempat nak menghadap paparan komputer riba buat masa yang lama kerana sibuk dengan beberapa aktiviti yang yang telah dijadualkan sepanjang cuti semester ini, tup tup dah habis cuti, dah nak mula semester ke-2 (dua). Sekejapnya masa berlalu, tak sempat nak berehat-rehat di rumah. Tapi tidak mengapa mungkin ini pengalaman baru buat saya yang boleh membangunkan

SEGMEN : Blogwalking & Kenali IPT

Kelik kalau nak Join SEGMEN ni >> Husna Humairah  & Kak Niera Assalamualaikum, Selamat malam, sepetang bersama dalam blog . Wah , segmen ini mampu menarik minat saya lah. Saya sebenarnya blogger baru tau, memang minat join segmen. Tapi tidak lah semua segmen. Sebab percambahan segmen ni sangat drastik, tak sempat saya nak follow satu, demi satu, sebab saya pun sedang sibuk. Ini pun curi masa sikit sebab exited nak join segmen ini [ditulis pada waktu malamnya]. Terima kasih banyak-banyak kepada husna humairah & Kak niera sebab jemput join segmen ini. Emm nak tanya ? adik beradik ea ? nama macam semacam jea ? hehehe. Maaf busy body sikit. Tapi memang hebat lah , sebab idea segmen ini sebenarnya memberi impak positif sebenarnya kepada sesiapa yang membaca, menimbulkan perasaan menarik buat saya untuk menulis lagi =). Terima kasih ya. Bila bercerita pasal IPT "Entry kalian mestilah berunsurkan IPT masing-masing. (samada mengenai pensyarah, atau c

SEGMEN JIAKREATIFELT 3 in 1:Apakah?

Jumlah Follower sekarang 122 . Jumlah like page 52 orang tak termasuk ana. Jumpa kat Facebook =) http://www.jiakreatifelt.com/2013/01/segmen-3-in-1apakah.html Follower blog yang ke 1787  =) macam lebih kurang tarikh lahir lak ,, 17/08/ hehehe

Segmen : Saya Nak Blog Saya Masuk Dalam Feed !

  Assalamualaikum , Selamat pagi, Alhamdulillah saya sihak- sihak belaka . Kenapa saya tertarik untuk join segment ini erk ? sebenarnya, tertariknya saya untuk join segmen ini atas dasar minat kepada belognya setelah puas mengelilingi belog yang tersangat indah pola isi dan struktur template nye , che wah. Lagi satu, saya minat nak merapatkan lagi hubungan persahabatan dalam institusi blogger. Sebenarnya kita satu keluarga. Jangan menganggap kita ni ada jurang pebezaan. Bagi saya, kebaikan segmen dapat merapatkan lagi , mengeratkan lagi talian dalam arti mengenal persahabatan.  Tak perlu berceloteh panjang, cukup lah setakat tiga empat kerat pandangan dan pendapat saya, mengapa tertarik, dan Saya Nak Blog Saya Masuk Dalam Feed !  . Tq Cik Fie, sebab saya ni baru lagi kan, banyak nak kena belajar mengenal antara satu sama lain dengan lebih positif =) Sebenarnya, saya ada baca pasal Dakwah Terakhir Siti Hajar Mohd Sabir sebelum beliau menghembuskan nafasnya .Beliau juga me

Giveaway NewYear 2013 JiwarOsak

Add n Follow Sponsor ni: JiwarOsak Potia Casadelarossa   Ekram Mahat   Khalid Kyle   Twitter Nadia Syafiq   Mahadi Mohamed Arifin   mGosip Cuba Teka   Mohamad Nasir   Shada Rainza   نور فاره شهيرح روسلي   Trendy collection Makbed Journal   LuNa Lee   RilekSantai   MiaLiana Mialiana.com Kopi Pasta   Mailey Smilez Mai   Mailey jayley Nurul Fatiah Muhammad Anas Hamzah Aida Natasya Makcik Domokun Elih Japahar Nurdiyana Asilah Izzat Nazmi Nurul Syarafina I'am Yanty Eqbal Zack Misz Nadea Ilham Nurry Belalang Hijau Perisik Shida Radzuan TAG : Paly ,  Nabila Biela ,  Miza CARA SERTAI GIVEAWAY 1. Tajuk "Giveaway NewYear 2013 JiwarOsak" 2. Letak Gambar Giveaway seperti diatas dan Backlink Entry Ini 3. Copy dan Paste URL/Link Sponser dalam ENTRY ANDA (Backlink) 4. Follow dan Like Website/Fanpage Sponser 5. TAG 3 orang rakan blogger (inform mereka) hanya dengan 5 STEP anda boleh menang pelbagai hadiah..

Segmen : Pencarian Bloglist Feb 2013

Assalamualaikum selamat petang . Hari ini saya akan ke rumah cikgu saya , ada majlis walimatul urus. Spatutnya kena datang pagi-II , oleh kerana overtime kerja . Tak dapat lah saya nak datang awal. Ada job sikit kat sana , sebagai tukang masak burger untuk hadirin yang datang. Cikgu saya yang ajar teknologi elektrik masa saya form 5 ( tahun 2007 ) kat sekolah teknik muar ( *Sekarang dah tukar Kolej Vokasional Muar) . Alhamdulillah disitulah titik perubahan ku bermula. Alhamdulillah daripada malas belajar, akhirnya , didikan beliau berjaya mengubah mentaliti saya untuk lebih bersemangat belajar. Dan yang paling menggembirakan lagi, saya masih semangat nak belajar sampai sekarang. Tak pernah terfikir nak belajar setakat Diploma je ke, Degree je ke,,Alhamdulillah sekarang saya dah menempuhi sebagai pelajar ijazah , macam ragam saya lihat, yang tak pernah terlihat sebelum ini .. Doakan saya, agar dapat menempuhinya. Subjek Elektrik memang menjadi asam garam ikan dilaut dah. Bab-II per

Segmen Top Up by Blogger Emas Putih

Segmen Top Up by  Blogger Emas Putih . Assalamualaikum =) Selamat tengahari, mari kita join satu segmen ni kot-II laa dapat topup kan .. hehehe . itu tak penting sangat.. tapi yang penting kita dapat mengeratkan jalinan ukhwah sesama blogger . maklum lah , saya blogger baru lagi .. saya pun tak berapa kenal ramai orang , nak ambil pendekatan ni untuk menjadikan ruang ini sebagai satu medan yangdapat memberikan kebaikan kepada semua. Dialu-alukan Follow Blog ini,join segmen ini , anda berpeluan dapat topup freeee =) Tarikh Tamat 30 hb Januari 2013 , Rabu Jam 11.59 Malam Hadiah Top Up RM5x10 blogger yang bertuah (Jika melebihi 200 peserta, topup akan bertambah kepada 20 X RM5Top Up) Sambil bersegmen, sambil peluang menang top up. Hehe Sambil tambah follower. Selamat Bersegmen :)

Tamat Peperiksaan dan Aktiviti Cuti Semester

Assalamualaikum, emm ,, rasa nya dah berhabuk-II dah belog kesayangan ini (draft pada 15hb Jan 2013),, hehehe , al-maklumlah, sebelum ni bertungkus lumus buat ulangkaji untuk jawab final Exam. Saya pun tak sempat lah nak meng entry. Sebenarnya banyak cerita-cerita best yang saya nak cerita, tapi mungkin tiada keluasan masa untuk saya menulis entri ini menyebabkan hasrat saya terhalang seketika. Alhamdulillah, sekarang ini saya sedang melalui detik-detik yang indah iaitu tamat peperiksaan dan cuti semester. Kalau masa kat sekolah dulu, Kalau beberapa hari lagi nak cuti penggal, yang duduk asrama mesti pemikiran dah terngiang-ngiang membayangkan keadaan kampung , ataupun asyik teringatkan rumah sahaja. Sebab dah tak sabar nak balik kampung dah lama rindu dengan mak ayah kan. Sama lah keadaan di universiti ini, di kolej kediaman ini. Sekelip mata sahaja bila tamat sahaja peperiksaan akhir semester , hati dah berkobar-kobar melipas kudung bersiap untuk pulang ke kampung. Ada