Skip to main content

Posts

Showing posts from December, 2013

Peperiksaan Akhir Menjelang Tiba

Bismillahirrahmanirrahim. Rasanya, sudah lama tidak menyingkap jendela laman blog sendiri. Apatah lagi mengintai berjalan ke halaman melambai jiran-II blogger yang lain. Maaf ya sahabat-II. Saya sedang memikul satu lembaga. Lembaga ini bukan lembaga hitam. Tapi lembaga tanggungjawab yang telah diamanahkan. katakan.  Sedih juga, kerana masa juga tidak banyak memberi ruang, adapun ruang-II yang halus yang sesekali membenarkan sedikit udara memenuhi ruang-II kosong. Dan didalam bilik kosong itu ada saya, dan udara itu adalah masa. Tidak sedar udara yang dihirup tidak sama dengan udara yang dihembuskan. Terasa sesak didada tatkala menanti segenap udara segar itu menerusi ruang-II sempit itu. Tak faham. Alhamdulillah, beberapa tempohari ini saya dapat fokus kepada persediaan peperiksaan. Peperiksaan yang bakal menjelma membentuk satu awang-II hitam di kepala. Pejam mata pengsan, buka mata pitam. Satu tanggungjawab yang besar untuk bersedia sebelum duduk selesa didalam dewan kese