Skip to main content

Segmen : + Follower 2013







Assalamualaikum wbt~~

Owh tersangat rindu untuk beristirehat di kamar belog ini. Rasa macam dah berhabuk-habuk dah, mesti kena cari sapu bulu ni, nak lap-lap sikit kan. Cuba bayangkan yang belog ni adalah bilik kita yang sangat ekslusif, yang telah dihias dengan warna warni, sekuntum bunga mekar segar baru dipetik berdiri dalam gelas kaca lut-sinar sedang berisi air putih , lalu bunga itu senyum menghadap kita. Mungkin hati terubat seketika kan ?

Minta maaf sangat-sangat kepada kawan-kawan & shabat-sahabat blogger sebab sekarang hanya sempat jadi Silent BW (blogwalking) jea untuk segelintir entri. Sebab tak sempat nak menghadap paparan komputer riba buat masa yang lama kerana sibuk dengan beberapa aktiviti yang yang telah dijadualkan sepanjang cuti semester ini, tup tup dah habis cuti, dah nak mula semester ke-2 (dua). Sekejapnya masa berlalu, tak sempat nak berehat-rehat di rumah. Tapi tidak mengapa mungkin ini pengalaman baru buat saya yang boleh membangunkan kemahiran insaniah diri saya. Alhamdulillah, minggu ni dah bermulanya sesi perkuliahan minggu pertama disini, namun macam biasa lah minggu pertama biasa kuliah ramai pensyarah tak masuk, yang masuk mungkin hanya beri beberapa taklimat ringkas kemudian bersurai. Hoooray! kemain suka bila kelas tiada, sampai melonjak-lonjak keriangan sebab dah terbayang memang balik bilik nak tidur. Emm bagus ke macam tu ? hehehe. Tapi saya ambil kesempatan masa-masa macam ini untuk mengemaskini belog saya dah berhabuk-habuk ni. Rasa macam dah janggal bila dah 2 minggu tinggalkan belog, takut semangat boleh jatuh pulak. Hehehehe . Minta maaf andai tak dapat menulis sesedap Masak Lemak Cili Api, Semanis Kurma, Sedingin Genting Highland, dan Se'Sweet' Drama Korea.

Maaf lah lama membebel, namun saya lebih suka menyelitkan cerita, disebalik segmen ada ceritanya tersendiri, vice versa. Kerana saya suka, apa yang saya ingin kongsikan ada juga orang yang sudi membaca, sekurang-kurangnya, saya dah menghargai seseorang blogger dengna menyertai segmen anjurannya kan ?

Emm. Diam tak diam sudah 2(dua) bulan saya berblog, saya masih lagi newbie, dan follower baru 149 orang dan ada beberapa tips kejayaan untuk pelajar sepanjang saya melibatkan diri dalam program ini sebagai perancangan setiap semester antaranya ialah :


  1. membuat penjadualan harian : Saya rasakan penting untuk pelajar bagi mengatur urusan harian bagi mengimbangi waktu belajar, beriadah , berehat dan sebagainya. Sekurang-kurangnya kita tahu apa yang kita perlu buat setiap waktu;
  2. jumpa pensyarah di awal semester : Biasanya pelajar hanya akan jumpa pensyarah pada saat-saat akhir, saat peperiksaan akhir sudah hampir. Sepatutnya pelajar kena ubah tabiat ini dengan berjumpa & berta'aruf dengan pensyarah dengan lebih dekat dia awal semester. Ini bukan soal pasal kipas, tapi soal bagaimana ilmu yang kita belajar tu menjadi mudah dengan tidak lokek masa dengan pensyarah;
  3. mencari buku rujukan di perpustakaan : Sumber rujukan ni sangat penting, apatah lagi bahagian yang berkenaan dengan pengiraan. Selalunya pada minggu pertama Pensyarah akan terangkan tentang 'lecture plan' dan disitu kita boleh dapatkan sumber rujukan yang sesuai. Ini membantu tahap kefahaman kita tentang sesuatu subjek trsebut;
  4. memilih rakan yang positif : kadang-kadang kita ni mudah sangat terpengaruh dengan rakan-rakan. Kalau boleh kita sepatutnya mempengaruhi rakan kita dengan perkara positif. Sebab sekarang ni nak cari sahabat ni memang susah. Sahabat adalah seseorang yang boleh menegur kesilapan kita bukan mengiyakan kesilapan yang kita telah buat;
  5. mengulang kaji semula di luar kelas : sebenarnya kita banyak masa bila berada di luar kelas. Kalau kita tinggalkan apa yang telah diajar melebihi 24jam maka serta merta kita boleh lupa.
  6. pamer kata-kata perangsang & target A+ semua subjek semester ini : Buat satu senarai subjek dan target kita kemudian tampal di tempat-tempat yang kita boleh nampak. Sekurang-kurangnya ia menjadi pendorong untuk kita capai target tersebut. Target biar tinggi A+;
  7. bersedia awal : jangan tunggu akhir semester baru nak kenal pasti tang mana yang tak faham, masa tu lah baru nak terhegeh-hegeh jumpa pensyarah. Cerita dia memang susah la nak dapat keputusan Cemerlang. Apa yang kita tak faham kalau boleh tanpa melengah-lengahkan masa lagi terus jumpa pensyarah tanya mereka; dan
  8. kenalpasti SWOT diri : Tuliskan dan pamerkan Strength , Weakness, Opportunities, Threatness yang berkaitan dengan diri pada satu kertas dan tampal di dinding.

Saya percaya yang membaca ini juga merupakan seorang pelajar. Mari kita pratikkan yang ini . Saya doakan anda semua berjaya dalam mengharungi kehidupan sebagai seorang pelajar. Tadaaaa sahabatku =)


Comments

dtg jln2 n follow balik dari http://misshdyh.blogspot.com/
Unknown said…
holaa dr segmen sama juga ^^
balas kunjungan dsini :)
Unknown said…
just in the same segment , done follow you
www.nursyafiqahismail.blogspot.com
Unknown said…
Nice info

Senarai peserta sudah siap , Mari kita tengok , Anda di senior section or Newbie section . Hehehe , Alang-2 tu promotee la sekali ye . XD

http://nurhidayah-azami.blogspot.com/2013/01/senarai-peserta-segmen-followers-2013.html
Sayidah Napisah said…
lawa blog!
dtg dr segmen yang sama. sudilah follow saya balik :)

http://memburucintamu.blogspot.com
hehehe ,, biasa-biasa je ..
Delimasari said…
dari segmen yg sama
http://hanimsain-delimasari.blogspot.com/2013/02/segmen-followers-2013.html

Popular posts from this blog

Nostalgia impian dan Harapan Cita-citaku

Assalamualaikum. Selamat Awal Pagi. Mesti korang ingat saya sedang Fresh bangun pagi terus update belog kan ?? Sebab termimpi apa entri yang bakal ditulis ?? hahaha tidak lah sebegitu. Sebenarnya saya belum lagi tidur. Dah biasa dah macam ni. Bagi saya waktu-waktu macam ini sesuai untuk saya menulis entri yang apa sahaja terlintas di benak fikiran ini. Apa perasaan saya sekarang ? Gemuruh atau Risau ? ke gembira ? . Saya nak ceritakan aktiviti harini sebelum ubai sibuk mengupdate entri ini. Firstly berkenaan cita-II ubai. Bila cerita pasal cita-II mesti semua orang suka mengelamun. Aku nak jadi angkasawan lah, nak jadi saintis lah, nak jadi seorang Motivator terhebat lah. Bagus semua itu, kerana prinsip ubai, apa yang kita impikan , apa yang kita cakapkan , itulah akan berlaku sebenarnya. Impian itu cas semangat dan mempengaruhi tubuh badan akal fikiran okay. Okay, dah jauh telajak ni, masa ubai kecik-II dulu ubai pernah terbayangkan yang ubai ini akan jadi saintis berjaya. Cewah! sa

Selepas Viral: Saya datang dengan hasrat, untuk berkahwin dengan anak pakcik

Bakal yang aku jumpa selepas aku viral.. Masa ni bulan 6.. Bulan puasa.. Teringat lagi, dia sungguh sungguh suruh datang berbuka sama sama dgn family dia, sambil sambil tu jumpa mak ayah terus bincang pasal kahwin.. Dalam hati, "..mak aiiihh, terus suh dtg bincang dengan family teruss.. padahal tak kenal lagi ni.. sungguh sungguh tu dah nampak sikit dah.." Dalam ramai ramai wanita.. dia antara yang pertama, terus suruh bincang dengan mak ayah... Antara beribu orang yang sempat aku balas satu satu tu, aku terbuka hati nak bagi no phone aku kat dia.. Kenapa terbuka hati? Itu perancangan Allah.. . . Mulanya mmg stranger, kami tak pernah kenal langsung.. nak stalk kat FB pun tak lepas, sebab masatu takda gambar dia kat FB. . . Dia selalu mesej suruh dtg rumah jumpa mak ayah.. dia kata dia tunggu aku.. . . disebabkan aku bz dah nak praktikal.. ke Kuantan.. aku biarkan saja.. tak dapat memenuhi hasrat berbuka sama sama dengan keluarga beliau.. . . Bukan aku tak nak terim

SEGMEN : Blogwalking & Kenali IPT

Kelik kalau nak Join SEGMEN ni >> Husna Humairah  & Kak Niera Assalamualaikum, Selamat malam, sepetang bersama dalam blog . Wah , segmen ini mampu menarik minat saya lah. Saya sebenarnya blogger baru tau, memang minat join segmen. Tapi tidak lah semua segmen. Sebab percambahan segmen ni sangat drastik, tak sempat saya nak follow satu, demi satu, sebab saya pun sedang sibuk. Ini pun curi masa sikit sebab exited nak join segmen ini [ditulis pada waktu malamnya]. Terima kasih banyak-banyak kepada husna humairah & Kak niera sebab jemput join segmen ini. Emm nak tanya ? adik beradik ea ? nama macam semacam jea ? hehehe. Maaf busy body sikit. Tapi memang hebat lah , sebab idea segmen ini sebenarnya memberi impak positif sebenarnya kepada sesiapa yang membaca, menimbulkan perasaan menarik buat saya untuk menulis lagi =). Terima kasih ya. Bila bercerita pasal IPT "Entry kalian mestilah berunsurkan IPT masing-masing. (samada mengenai pensyarah, atau c