Skip to main content

Pengorbanan Sang Ayah



gambaran seorang ayah


Masa kecik-II dulu ayah selalu timang saya,
Saya terseyum dan tertawa manja,
Ayah mendokong saya begitu mesra,
Memori manis itu segar sehingga sekarang,

Tidak sangka masa berlalu begitu pantas,
Rupanya ayah tak dapat menimang saya lagi,
Kerana saya dah pun besar,
Tinggi saya pun dah melebihi ayah,

Pantasnya ayah semakin meniti usia,
Tetapi masih berhempas pulas memerah keringat demi menyara anaknya,
Tidak sedikit pun mengeluh untuk membesarkan saya,
Sementara saya disini sibuk setiap semester,

Entah bilalah dapat senangkan ayah disana,
Entah tertunai ke janji saya terhadap ayah,
Entah dapat ke ayah merasa kesenangan bersama saya,
Saya takut, ayah dah tiada lagi waktu itu,

Kerana saya termimpi pada suatu hari,
Ayah mengadu dah tua, menunjukkan gigi yang tiada,
Saya datang memeluk ayah dan mengalir air mata,
Sambil saya berkata,
Entah berapa tahun lagi ubai dapat peluk ayah macam ni......

Saya tersedar dari tidur,
Rupanya air mata saya sedang mengalir.....
Ayah maafkan saya,
maafkan saya...


Assalamualaikum, hai kawan dan sahabat-II, ukhti dan akhi. Nampaknya, keterlibatan saya dalam mengupdate blog semakin berkurang. Minta maaf wahai sahabat, kerana masa tidak terlalu memberi saya ruang untuk membuka tirai ini.

 Saya ada sedikit perkongsian mungkin boleh menyentuh perasaan & muhasabah diri, betapa besarnya pengorbanan seorang ayah kepada kita. Jangan memandang remeh terhadap pengorbanan ayah. Tidakkah kita tersentuh, ayah bangun pagi-II keluar mencari rezeki, untuk isteri dan anak-II. Hargailah sebelum terlambat.

Masa MHS yang lepas, saya perhati, ibu bapa begitu 'excited' menghantar anak kesayangan ke menara gading. Emm, peluang saya dapat melihat ibu bapa menampakkan raut wajah gembira memimpin anaknya mendaftar ke kolej kediaman. Saya selaku DJ masa itu.

Saya ingin menceritakan detik saya, mungkin dapat dirungkaikan dengan puisi di atas, puisi ini ditulis bila saya tersedar dari tidur kerana satu mimpi tentang ayah. Mungkin Allah nak tunjukkan, mungkin allah nak titipkan bahawa cinta dan kasihnya seorang ayah kepada anaknya, yang sanggup mengerah tenaganya dari saya kecil sehinggalah saya besar.

Pada malam itu, saya bermimpi ayah saya telah tua, saya berbual dengan ayah masa itu, ayah menceritakan yang ayah tidak larat lagi. Ayah menunjukkan gigi hadapan bahagian bawah sudah tiada. Sambil membelek-II mulut ayah, ayah mengadu, ayah dah tidak segagah seperti dahulu. Manakan gigi pun dah banyak tiada. Entah bila lah umur yang ayah ada. katanya sayu.

Tiba-II hati merasa sangat hiba dan sebak, dengan perasaaan hati yang sebak saya bingkas memeluk ayah dan berkata " entah berapa tahun lagi ubai dapat peluk ayah macam ni ", risaunya esok lusa ayah dah tiada, memandangkan kondisi kesihatan ayah pun tidak lah begitu cergas. Rupanya, sketsa itu hanyalah mimpi, saya terbangun dari tidur disebabkan perasaan sedih itu datang, sejurus saya membuka kelopak mata, air mata berlinangan dengan derasnya.

Betul mimpi itu menyampaikan satu mesej, pengorbanan ayah yang menyayangi saya, sambil mengenangkan jasa ayah sambil tersedu-II, memori ayah pernah menimang saya, memori itu diceritakan oleh umi saya, ya allah, betapa bahagianya terbayang saat itu. Saya betul-II membayangkan saya ditimang waktu itu. Betul, ayah dah banyak berkorban untuk saya. Tidak terkira berapa banyak wang dan harta dibelanjakan. Bukan setakat itu sahaja, malah doa yang tidak putus-II buat anak-II nya. Terima kasih ayah, ubai banyak terhutang budi kat ayah. banyak salah yang saya buat.

Disaat saya sibuk dengan urusan di alam universiti, membuatkan saya terlupa, yang ayah  disana seperti biasa pagi-II sudah merapatkan saf subuh berjamaah disusuli doa untuk kejayaan anak-II nya. Pagi-II sudah keluar mencari rezeki, . Karang, nun petang baru pulang ke rumah. Saya tahu ayah penat. Sementara badan semakin lesu dimamah usia. Semakin berusia, semakin tak berdaya, kata-II itu yang selalu ayah mengadu kepada saya.

Akhir sekali kata saya, kalau sibuk janganlah hanya call sahaja. Sebaliknya, cuba lah balik rumah untuk bersama ibu dan ayah tercinta. Saya mungkin dapat membaca, disaat kita sibuk dengan aktiviti universiti, pastinya ayah dan ibu tertunggu-II kepulangan kita. Mungkin ayah dan ibu mahu mendengar khabar gembira kita. Anak-anaku.........pulanglah kepangkuan walaupun seketika.

Comments

Popular posts from this blog

SEGMEN : Blogwalking & Kenali IPT

Kelik kalau nak Join SEGMEN ni >> Husna Humairah  & Kak Niera Assalamualaikum, Selamat malam, sepetang bersama dalam blog . Wah , segmen ini mampu menarik minat saya lah. Saya sebenarnya blogger baru tau, memang minat join segmen. Tapi tidak lah semua segmen. Sebab percambahan segmen ni sangat drastik, tak sempat saya nak follow satu, demi satu, sebab saya pun sedang sibuk. Ini pun curi masa sikit sebab exited nak join segmen ini [ditulis pada waktu malamnya]. Terima kasih banyak-banyak kepada husna humairah & Kak niera sebab jemput join segmen ini. Emm nak tanya ? adik beradik ea ? nama macam semacam jea ? hehehe. Maaf busy body sikit. Tapi memang hebat lah , sebab idea segmen ini sebenarnya memberi impak positif sebenarnya kepada sesiapa yang membaca, menimbulkan perasaan menarik buat saya untuk menulis lagi =). Terima kasih ya. Bila bercerita pasal IPT "Entry kalian mestilah berunsurkan IPT masing-masing. (samada mengenai pensyarah, atau c...

Segmen : Terjah Tahun Baru AisyahHumaira'

Assalamualaikum , dan selamat pagi ..  Hari ini saya sengaja menyertai segmen ini kerana difikirkan best juga terjah menterjah ini .. Dapat tahu segmen ini daripada seorang blogger cik Nurul Ain   sebab dia ada mention nama kak kat entri dia ...  Mengikhlaskan hati nak blog walking .. hehehe , terjumpa lah segmen ini. Blogger baru pun , memang kalau nak dapat Hadiah tu rasanya susa kot . Hehehehe. Semoga dapat merapatkan Ukhwah-II sesama blogger =) amiinnn ~~ Jom kelik Sini =)

Segmen Follow & Blogwalking #2 Oleh Mialiana.com

Segmen Follow & Blogwalking #2 Oleh Mialiana.com Segmen ini dibuat bagi memudahkan Mia Liana untuk follow dan blogwalking semua blog peserta segmen ini. Secara tidak langsung ianya memberi ruang dan peluang kepada blogger lain untuk turut follow, blogwalking dan berkenalan antara satu sama lain dengan lebih mesra. Segmen ini bermula dari 7.00 pagi 9 Mac 2013 sehingga 11.59 malam 20 Mac 2013. Mia Liana berharap agar segmen ini mendapat sambutan dan semua blogger dijemput join. Hanya 4 langkah mudah diperlukan : Follow blog Mialiana.com , Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com Buat entri bertajuk Segmen Follow & Blogwalking #2 Oleh Mialiana.com Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen entri ini . Pemilihan pemenang : 10 blog akan dipilih melalui random.org Pemenang dikehendaki memberikan satu URL entri terbaik dari blog mereka ...