Skip to main content

Peperiksaan Akhir Menjelang Tiba

Bismillahirrahmanirrahim.

Rasanya, sudah lama tidak menyingkap jendela laman blog sendiri. Apatah lagi mengintai berjalan ke halaman melambai jiran-II blogger yang lain. Maaf ya sahabat-II. Saya sedang memikul satu lembaga. Lembaga ini bukan lembaga hitam. Tapi lembaga tanggungjawab yang telah diamanahkan. katakan. 

Sedih juga, kerana masa juga tidak banyak memberi ruang, adapun ruang-II yang halus yang sesekali membenarkan sedikit udara memenuhi ruang-II kosong. Dan didalam bilik kosong itu ada saya, dan udara itu adalah masa. Tidak sedar udara yang dihirup tidak sama dengan udara yang dihembuskan. Terasa sesak didada tatkala menanti segenap udara segar itu menerusi ruang-II sempit itu. Tak faham.

Alhamdulillah, beberapa tempohari ini saya dapat fokus kepada persediaan peperiksaan. Peperiksaan yang bakal menjelma membentuk satu awang-II hitam di kepala. Pejam mata pengsan, buka mata pitam. Satu tanggungjawab yang besar untuk bersedia sebelum duduk selesa didalam dewan kesejukan dengan tarian pena diatas kertas jawapan. Itulah madah peperiksaan.

Beberapa keping poster dibuat, untuk menghilangkan kegusaran fikiran itu . Mungkin bila dibaca, cahaya akan muncul didalam dada, membuat anggota yang lemah longlai, mampu bangkit semula meneruskan perjuangan.

Selamat Menghadapi Peperiksaan Akhir, Berusaha, Berdoa, Bertawakal 
Semoga Berjaya.














Comments

Popular posts from this blog

SEGMEN : Blogwalking & Kenali IPT

Kelik kalau nak Join SEGMEN ni >> Husna Humairah  & Kak Niera Assalamualaikum, Selamat malam, sepetang bersama dalam blog . Wah , segmen ini mampu menarik minat saya lah. Saya sebenarnya blogger baru tau, memang minat join segmen. Tapi tidak lah semua segmen. Sebab percambahan segmen ni sangat drastik, tak sempat saya nak follow satu, demi satu, sebab saya pun sedang sibuk. Ini pun curi masa sikit sebab exited nak join segmen ini [ditulis pada waktu malamnya]. Terima kasih banyak-banyak kepada husna humairah & Kak niera sebab jemput join segmen ini. Emm nak tanya ? adik beradik ea ? nama macam semacam jea ? hehehe. Maaf busy body sikit. Tapi memang hebat lah , sebab idea segmen ini sebenarnya memberi impak positif sebenarnya kepada sesiapa yang membaca, menimbulkan perasaan menarik buat saya untuk menulis lagi =). Terima kasih ya. Bila bercerita pasal IPT "Entry kalian mestilah berunsurkan IPT masing-masing. (samada mengenai pensyarah, atau c...

Segmen : Terjah Tahun Baru AisyahHumaira'

Assalamualaikum , dan selamat pagi ..  Hari ini saya sengaja menyertai segmen ini kerana difikirkan best juga terjah menterjah ini .. Dapat tahu segmen ini daripada seorang blogger cik Nurul Ain   sebab dia ada mention nama kak kat entri dia ...  Mengikhlaskan hati nak blog walking .. hehehe , terjumpa lah segmen ini. Blogger baru pun , memang kalau nak dapat Hadiah tu rasanya susa kot . Hehehehe. Semoga dapat merapatkan Ukhwah-II sesama blogger =) amiinnn ~~ Jom kelik Sini =)

Segmen : Tadi dan Sekarang

Sekapur Sirih Assalamualaikum, Pertamanya dimulakan dengan trilion terima kasih kerana sanggup menjemput saya untuk join segmen ini. Alhamdulillah berkat support dari rakan-II blog baru terutamanya dari sahabatku Paly  kerana beliau lah bertanggungjawab menaikkan semangat saya maka saya rasa berkobar-kobaran untuk join entry ini. Alhamdulillah, lega rasanya. *Skip perenggan ni (if nak cepat) Pertamanya saya perkenalkan lagi nama saya a.k.a nama panggilan iaitu UBAI, hehe, Pelik kan ? Jarang kan, Tapi selalu orang sebut . Bai nak beli karpet bai, Bai itu karpet tak mau, tak mau hutang,.Bai order teeee tarik kurang manis. Mungkin kalau nama setakat Ubai jea orang pelik, tapi kalau nama Ubaidullah Jaafar orang mula berubah arah, dari karpet jadi permaidani, dari teh tarik jadi teh tarik ais. Hehehehe.. Ahh aku bergurau sahaja. Jangan Marah yeeeeeee semua . Baca dan teruskan baca jangan bosan yeaaa ,,  Malaysia Merdeka  Tanggal 31 Ogos yang lepas negara...