UbaidullahJaafar: January 2013

Thursday, 31 January 2013

SEGMEN JIAKREATIFELT 3 in 1:Apakah?



Jumlah Follower sekarang 122 .
Jumlah like page 52 orang tak termasuk ana.

http://www.jiakreatifelt.com/2013/01/segmen-3-in-1apakah.html
Follower blog yang ke 1787  =)

macam lebih kurang tarikh lahir lak ,, 17/08/ hehehe



Terima Kasih membaca =)

Wednesday, 30 January 2013

Segmen : Saya Nak Blog Saya Masuk Dalam Feed !

 


Assalamualaikum , Selamat pagi, Alhamdulillah saya sihak- sihak belaka . Kenapa saya tertarik untuk join segment ini erk ? sebenarnya, tertariknya saya untuk join segmen ini atas dasar minat kepada belognya setelah puas mengelilingi belog yang tersangat indah pola isi dan struktur template nye , che wah. Lagi satu, saya minat nak merapatkan lagi hubungan persahabatan dalam institusi blogger. Sebenarnya kita satu keluarga. Jangan menganggap kita ni ada jurang pebezaan. Bagi saya, kebaikan segmen dapat merapatkan lagi , mengeratkan lagi talian dalam arti mengenal persahabatan. 

Tak perlu berceloteh panjang, cukup lah setakat tiga empat kerat pandangan dan pendapat saya, mengapa tertarik, dan Saya Nak Blog Saya Masuk Dalam Feed ! . Tq Cik Fie, sebab saya ni baru lagi kan, banyak nak kena belajar mengenal antara satu sama lain dengan lebih positif =)

Sebenarnya, saya ada baca pasal Dakwah Terakhir Siti Hajar Mohd Sabir sebelum beliau menghembuskan nafasnya .Beliau juga merupakan Seorang pelajar di UTEM, Melaka. Bila baca catatan beliau, sangat menyentak perasaan, menyentuh hati saya, dimanakah kedudukan saya sekarang. Terasa diri ini sangat kerdil. Pasti sebak di dada, bergelinangan air mata bila membaca catatan beliau tentang pejalanan beliau semasa sakit. 

" Kalau Allah izinkan akak hidup lagi, walau mcmana pun rupa akak waktu tu, akak akan berdakwah untuk beritahu orang tentang adanya pertolongan Allah, besarnya kekuasaan Allah. Mak tulis ye, biar tak lupa . Nanti akak sendiri yang akan ceritakan. Tapi kalau umur akak tak panjang, emak ceritakanlah bagi pihak akak”
Dalam keletihan beliau jawab, “beratnya dugaan Allah ni , mak..” “memanglah…kan syurga Allah tu mahal harganya…sabar ya.. "

"Tak lama lepas tu, dia kata, matanya dah mula kabur. Saya membisikkan agar dia terus mengingati Allah. Angguk.Dalam termengah2 dia berkata”mak, izinkan akak pergi dulu, tapi akak tak nampak jalan” 

Sebak sangat bila baca , alfatihah untuk beliau, mungkin catatan ini, sebagai peringatan untuk kita semua agar sentiasa berdakwah, meyakini apa-II sahaja pasti atas pertolongan Allah, mencari redha Allah, dimana redha Allah terletak kepada redha Ibu bapa juga . Ya allah ,, kerdilnya diriku ini jika nak dibandingkan dengan semangat beliau .. Mari kita menauladani coretan beliau disamping mendoakan beliau , dan diri kita agar hembusan nafas terakhir kita juga, menjadi tauladan kepada manusia yang masih hidup , menjadi berita baik diakhirat kelak, ingat dalam-II kita berblogger pun kita boleh berdakwah secara tidak langsung, jum sama-II kita guna pendekatan ini  =)


Terima Kasih membaca =)

Tuesday, 29 January 2013

Giveaway NewYear 2013 JiwarOsak



Add n Follow Sponsor ni:
  1. JiwarOsak
  2. Potia Casadelarossa 
  3. Ekram Mahat 
  4. Khalid Kyle 
  5. Twitter
  6. Nadia Syafiq 
  7. Mahadi Mohamed Arifin 
  8. mGosip
  9. Cuba Teka 
  10. Mohamad Nasir 
  11. Shada Rainza 
  12. نور فاره شهيرح روسلي 
  13. Trendy collection
  14. Makbed Journal 
  15. LuNa Lee 
  16. RilekSantai 
  17. MiaLiana
  18. Mialiana.com
  19. Kopi Pasta 
  20. Mailey Smilez Mai 
  21. Mailey jayley
  22. Nurul Fatiah
  23. Muhammad Anas Hamzah
  24. Aida Natasya
  25. Makcik Domokun
  26. Elih Japahar
  27. Nurdiyana Asilah
  28. Izzat Nazmi
  29. Nurul Syarafina
  30. I'am Yanty
  31. Eqbal Zack
  32. Misz Nadea
  33. Ilham Nurry
  34. Belalang Hijau Perisik
  35. Shida Radzuan

TAG :PalyNabila BielaMiza

CARA SERTAI GIVEAWAY
1. Tajuk "Giveaway NewYear 2013 JiwarOsak"
2. Letak Gambar Giveaway seperti diatas dan Backlink Entry Ini
3. Copy dan Paste URL/Link Sponser dalam ENTRY ANDA (Backlink)
4. Follow dan Like Website/Fanpage Sponser
5. TAG 3 orang rakan blogger (inform mereka)


hanya dengan 5 STEP anda boleh menang pelbagai hadiah..
terdapat beberapa kategori khas akan dipilih..


~ENTRY TERBAIK ~
~ ENTRY KREATIF ~
~ ENTRY TER SENGET ~


hadiah yang lain akan diberi secara random melalui cabutan bertuah..


SEMUA PESERTA akan mendapat
- Brooch tajaan Belalang Hijau Perisik


antara hadiahnya adalah Domain .Com, Cash 50, Topup 50, Cash 40, Cash 30
dan banyak lagi untuk dimenangi..




Terima Kasih membaca =)

Saturday, 26 January 2013

Segmen : Pencarian Bloglist Feb 2013


Assalamualaikum selamat petang . Hari ini saya akan ke rumah cikgu saya , ada majlis walimatul urus. Spatutnya kena datang pagi-II , oleh kerana overtime kerja . Tak dapat lah saya nak datang awal. Ada job sikit kat sana , sebagai tukang masak burger untuk hadirin yang datang. Cikgu saya yang ajar teknologi elektrik masa saya form 5 ( tahun 2007 ) kat sekolah teknik muar ( *Sekarang dah tukar Kolej Vokasional Muar) . Alhamdulillah disitulah titik perubahan ku bermula. Alhamdulillah daripada malas belajar, akhirnya , didikan beliau berjaya mengubah mentaliti saya untuk lebih bersemangat belajar. Dan yang paling menggembirakan lagi, saya masih semangat nak belajar sampai sekarang. Tak pernah terfikir nak belajar setakat Diploma je ke, Degree je ke,,Alhamdulillah sekarang saya dah menempuhi sebagai pelajar ijazah , macam ragam saya lihat, yang tak pernah terlihat sebelum ini .. Doakan saya, agar dapat menempuhinya. Subjek Elektrik memang menjadi asam garam ikan dilaut dah. Bab-II perkiraan jangan cakap, mesti jumpa , kalau kita tercebur dalam bidang engineering. Pertama sekali, saranan saya, kalau kita nak berjaya dalam sesuatu itu, kita tanamkan perasaan minat untuk belajar & mendalami sesuatu ilmu tu ,, Insya Allah lancar sahaja perjalanan nye menuju kejayaan .. Amiinnnnn...Tak pe lah tak perlu bercerita panjang macam entri-II yang selepas ni . Mana-II yang free tu , n mesra blogger jom join segmen ini .Kut-II daripada segmen ini kita dapat kenal ke , berkongsi pendapat ke, menerima cadangan ke, kan ? yang paling penting sekali ukhwah fillah =)



Syarat penyertaan : 


Seorang blogger. 
Wajib follow blog kecik.
Wajib like page --> s i n i
Sunat follow twitter --> s i n i
Buat satu entri --> Segmen : Pencarian Bloglist Feb 2013
Tepek banner comeyy tu kat entri.
Backlink semula ke entri ini.
Tak perlu tag orang
Publish entri dan hantar di ruangan komen di entri ini 

Okay. Senang kan? Kalau senang, jom join. :) Tarikh tutup penyertaan --> 31 January 2013



Terima Kasih membaca =)

Wednesday, 23 January 2013

Segmen Top Up by Blogger Emas Putih




Segmen Top Up by Blogger Emas Putih.



Assalamualaikum =)

Selamat tengahari, mari kita join satu segmen ni kot-II laa dapat topup kan .. hehehe . itu tak penting sangat.. tapi yang penting kita dapat mengeratkan jalinan ukhwah sesama blogger . maklum lah , saya blogger baru lagi .. saya pun tak berapa kenal ramai orang , nak ambil pendekatan ni untuk menjadikan ruang ini sebagai satu medan yangdapat memberikan kebaikan kepada semua.

Dialu-alukan Follow Blog ini,join segmen ini , anda berpeluan dapat topup freeee =)


Tarikh Tamat
30 hb Januari 2013 , Rabu Jam 11.59 Malam


Hadiah
Top Up RM5x10 blogger yang bertuah
(Jika melebihi 200 peserta, topup akan bertambah kepada 20 X RM5Top Up)


Sambil bersegmen, sambil peluang menang top up. Hehe Sambil tambah follower.
Selamat Bersegmen :)



Terima Kasih membaca =)

Tamat Peperiksaan dan Aktiviti Cuti Semester






Assalamualaikum, emm ,, rasa nya dah berhabuk-II dah belog kesayangan ini (draft pada 15hb Jan 2013),, hehehe , al-maklumlah, sebelum ni bertungkus lumus buat ulangkaji untuk jawab final Exam. Saya pun tak sempat lah nak meng entry. Sebenarnya banyak cerita-cerita best yang saya nak cerita, tapi mungkin tiada keluasan masa untuk saya menulis entri ini menyebabkan hasrat saya terhalang seketika. Alhamdulillah, sekarang ini saya sedang melalui detik-detik yang indah iaitu tamat peperiksaan dan cuti semester.




Kalau masa kat sekolah dulu, Kalau beberapa hari lagi nak cuti penggal, yang duduk asrama mesti pemikiran dah terngiang-ngiang membayangkan keadaan kampung , ataupun asyik teringatkan rumah sahaja. Sebab dah tak sabar nak balik kampung dah lama rindu dengan mak ayah kan. Sama lah keadaan di universiti ini, di kolej kediaman ini. Sekelip mata sahaja bila tamat sahaja peperiksaan akhir semester , hati dah berkobar-kobar melipas kudung bersiap untuk pulang ke kampung. Ada jugak yang terlalu exited sampai lupa nak mengemas kembali rumah kediaman yang telah dipinjamkan selama satu semester itu . Manalah pergi penghargaannya dan tanggungjawabnya?


Gambaran Tamat Hari Peperiksaan 



Hari terakhir saya menduduki peperiksaan semasa hari Selasa 15.1.2013. Huh , rasa macam beban sebesar gunung ganang bersila sopan diatas kepala tiba-tiba terapung terbentuk awan yang mendung, udara nyaman terasa. Kesegaran sepasang mata setelah berjaga sepanjang malam tiba-tiba bertukar menjadi kelam, menjadi kabur, Suhu badan yang sejuk membeku semasa mengharungi salji di dalam dewan peperiksaan bertukar menjadi peluh-peluh yang berjuraian seolah-olah langsir yang ditiup angin. Perut yang kenyang dengan angin tiba-tiba menyentap-nyentap kelaparan. Otot-otot yang gagah seolah-olah gergasi yang mengamuk di dalam gua tiba-tiba bertukar menjadi lemah kehausan. Hati yang sedang gemuruh tiba-II berpeluh. Itik yang pulang petang, tiba-II mengamuk dipertengahan jalan, menanti siapa yang Hero.


comel baby ni buat hurray =)


Begitulah, beberapa reaksi daripada ramai pelajar . Ohh gembiranya nak balik kampung dapat jumpa dengan mak ayah, memikirkan apakah aktiviti yang terindah yang akan dibuat. Penyusunan jadual untuk melahuu telah bermula. Itulah remaja. Namun kena memikirkan juga, kita berjumpa di semester seterusnya. Jangan terlalu suka.

Saya berdoa agar selalu dapat keputusan yang terbaik, walaupun adakalanya hati tidak terlalu yakin yang boleh dapat keputusan yang cemerlang. Namun hati gementar menunggu keputusan semester ini. Rasa macam satu kejutan budaya institusi ilmu. Tak pernah merasa menjawab peperiksaan di Dewan sebesar bintang dan langit. Jaraknya makin tersasar jauh dari mentari. Kabus yang tebal, suhu yang sangat nyaman menyelubungi badan. Menggigil kesejukan, dalam hati ketakutan. Adakah ini dibuai mimpi, adakah mimpi menjadi kenyataan.


Harapan ibu, harapan pensyarah, harapan kawan-kawan, harapan masa depan menjadi tali sauh disetru pada kedua bahu ini. Adakah saya berdaya. Namun mengharapkan keredhaan Allah. Keredhaan Allah juga terletak pada tampuk keredhaan ibu dan ayah , keihklasan ilmu yang disampaikan pensyarah, kesetiaan kawan dalam mengenal arti kehidupan.

Hati selalu ingin gembira, namun tiada corak andai satu warna, disiramkan air pada pokok bunga, hasilnya pelangi berbentuk pelbagai warna. Tatkala hujan kesedihan berpaut kepada diriku, langsung aku menguatkan hati, menabahkan diri menghulur tangan, menunduk muka, menadah hidayah Allah. Mengadu kepada Allah. Aku insan yang lemah, adakah aku mampu mengharungi setiap titisan hujan mataku. Berikanlah aku kekuatan. Berikanlah aku keredhaan mu, berikanlah aku Hidayahmu.



Cuba sedaya upaya.


Beberapa hari lepas, saya menguatkan hati melakukan satu perubahan dengan menyertai satu Bengkel SKT 2013 di Kolej Kediaman Perwira, UTHM. Alhamdulillah, sedikit sebanyak saya dapat belajar perkara baru, bagaimana menguruskan masa dengan sebaiknya, menjadi seorang pemimpin, menjadi seorang yang bertanggungjawab setiap amanah yang terlah diberikan. Banyak rasanya perkara yang tidak tahu menahu, tetapi inputnya ada disini. Alhamdulilah , kehidupan saya telah diaturkan untuk tujuan yang baik. Semoga inisiatif yang telah saya lakukan ini, mendapat keredhaan Allah, agar dapat memperbaiki diri ini yang serba kekurangan, dan ingin menjadi insan yang beriman, dan bertaqwa . Insha Allah.



Pelbagai rangka jadual telah disusun, dan tanggungjawab serta amanah baru telah diletakkan atas bahu saya. Saya cuba menggunakan kudrat yang telah dianugerahkan oleh Nya untuk melaksanakan tugas sebagai khalifah diatas bumi ni. Hidup tidak semudah disangkakan, segala kesusahan yang dilalui perlu dijadikan iktibar untuk menjalani kemanisan dalam kehidupan. Tidak pula sepahnya dibuang. Mungkin boleh dicuci , dibasmi, di kitar semula untuk menjadi insan yang serba boleh.




Mari kita sama-sama berdoa, apabila kita merasakan kita sedang kaya dengan kesihatan, kaya dengan kecantikan, kaya dengan kekuatan, kaya dengan ilmu, tetapi tidak pula miskin dengan kesihatan, miskin dengan kecantikan, miskin dengan kekuatan, miskin dengan ilmu dalam beragama. Berdoa supaya kaya diakhirat melebihi kaya didunia . Aminn.
Terima Kasih membaca =)

Tuesday, 22 January 2013

Segmen : Saya Blogger Negeri JOHOR


Assalamualaikum, sedang syok membaca , tetiba terjumpa entri ini. Pe lagi , berminat ni nak join. Sebab lain negeri lain budaya. Seperti yang saya dah belajar dalam Hubungan Etnik pada semester yang lepas ni, bila cerita pasal budaya, dia berkait dengan bahasa, tempat tinggal, dan lain-II.

Saya blogger dari negeri Johor. Hehehe . Siapa blogger dari Johor sila angkat tanggan. Emm, tak ada sorang pun yang mengaku kan. Siapa blogger Johor angkat tangan? haaa , macam ni lah , bangga dengan negeri sendiri, tempat lahir kan. Hohohohoho.

Sebenarnya kat Johor ni paling banyak Parit. Ye ke  ?? Kalau kat johor ni, terutamanya Muar, parit itu diistilahkan dengan tempat. Sebagai contoh Parit Jawa, menunjukkan sesuatu tempat itu ada parit yang pertama, dan yang kedua tempat tu budayanya mungkin banyak orang jawa. Sebaga contoh lah. kalau nak di list kan berapa parit yang ada kat Johor ni dah tak terkira dah.

Kuda Kepang


Salah satu, Kuda kepang berasal dari johor, Paling top juga berasal dari Muar. Kalau ada kerja kahwin je, belah malam tu, ada lah ritual bomoh dan pawang sebelum permainan dan bunyi-II anklung menyemarakkan tarian kuda kepang tu. Penari kuda kepang yang betul-II ni seolah-II jadi kebal dan macam kena rasuk. Pakai jin mungkin. Sempai boleh makan kaca makan bara pastu panjat pokok kelapa, petik kelapa, siat kulit kelapa pakai gigi, dan tanduk kelapa pakai kepala sampai pecah, lalui diminum airnya. Setiap kali tali cemeti dihayunkan ketanah , pasti tarian tersebut lebih rancak seolah-II penarinya dirasuk dengan tariannya. Namun disisi Islam, tarian ini diharamkan sebab ada unsur-II yang boleh membatalkan iktikad. Ada ritual-II jampi serapah tu yang menyebabkan Haram. Kalau menari biasa je mungkin harus. Tapi kalau dah menyeru Jin untuk masuk dalam badan penari tu, telah dibahaskan dalam hadis. Dan telah difatwakan haram.


Mee bandung

Makanan pulak  , kalau kat Johor, bagi saya, Mee Bandung lah yang paling menambat hati bangsa Malaysia. Sebab pernah masuk TV, mee bandung Muar paling TOP. Resepi utama mestilah daripada udang kering, memang rasa pekat kuahnya mengukur kesedapan semasa bersantap. Cairan kuning telur menambahkan lagi kesyahduan penyatapnya. Daun-daun sup yang bertaburan menambah lagi aroma kepekatan dan elemen campuran dalam mee bandung ini. Tidak pelik lah ia menjadi kegialaan muda mudi, tidak mengira umur dan tempat, masing-II berpusu-II ke Muar semata-II mahu merasai keenakkan Mee Bandung ini. Ada juga Mee Bandung di tempat lain, namung rasa dan kepekatan rasanya tidaklah setanding Mee Bandung Muar ini.


 Selain itu, Johor juga terkenal dengan makanan Jawa seperti Rojak Pecal, Ubi Rebus Jawa,Asam Pedas dan lain-II.

Legoland


Selain itu, tempat-tempat yang menarik yang ada di Johor, yang saya tahu adalah JPO ( Johore Premier Outlet ), Legoland. Tapi saya nak cerita serba sedikit pasal Legoland walaupun masih belum menjejakkan kaki kesana. Sapa-sapa yang ingin nak sangat ke sana datang lah. Sebab dikatakan mendapat respon yang positif daripada ramai pengunjung. Legoland ini merupakan taman tema. Macam-macam ada kat sana. Mungkin raya Cina ni kalau ada masa yang terluan dan wang yang mencukupi rasanya saya pun plan nak pergi ke sana =).

Kacang Pool

Popular jugak kat Johor. Terutamanya kat Johor Bahru. Sapa-II yang datang sana, wajib lah singgah kat gerai yang ada jual makanan ni. Sangat sedap kot . Sebab saya pun tak pernah rasa lagi. Orang kate sedap. So takkan tak sedap lak kan. Nak tahu kat mana search la google. Kacang Pool . Kompem jumpa. Kalau tak jumpa klik kat bahagian Image. macam-macam image akan muncul. dan disitu lah anda boleh tahu serba sedikit latar belakang lokasi dimana tempat yang ada jual Kacang pool tersebut. Dia makan dengan Roti bakar, Telur Goyang , dan kuah kacang merah. Sangat teruja n terliur sekali tengok dia nye gamba =).


Terima Kasih membaca =)

Sunday, 20 January 2013

Segmen: Makanan dan Minuman Kegemaranku



Assalamualaikum, Paly and all my besties,, Sebenarnye dah lama terdetik nak join segmen ni, tapi oleh kerana masa masih tidak lagi mengizinkan sebab masih ada program Perwira sampai 21 hb ni, dapat lah selak-selak dari jauh tengok korang dah submit segmen kan ,,, Sebenarnye dah banyak draf dah, sebab tangguh menangguh dalam menyiapkan entri kan . Huhu

Bila cerita pasal makan, memang ana suka, hehehe, sebab tu lah ana rasa teruja nak join segmen ini, Seperti yang macam sebelum-sebelum ini ada jugak masuk entri dan selitkan pasal makanan. Urrggghhh ,, Lechoooiiii bagi sesiapa sahaja yang ternampak gambar tersebut. Pasti anda akan membayangkan yang makanan itu sudah ada depan mata, sambil pejam mata kuat-kuat, dan bernafas dengan rakus seolah-olah kelaparan yang teramat sangat. Sambil tertelan Air liur seolah-olah air liur itu pula yang berperisa air sirap bandung. Cehh wahhh.

Amboi, banyak sangat melalut sampai lupa nak buka topik apa yang nak dituliskan ini, Sebenarnya tuan empunya belog ni pun sedang kepunan dan kelaparan menunggu makanan sampai nih. Ada beberapa makanan malaysia dan Western yang ana nak highlightkan ni.Tapi ana nak tulis tiga jenis minuman kegemaran tau. Hehehe . Sebab minuman kegemaran ni kalau bayangkan pada bulan Ramadhan memang lah terbaik, sebab kalau dijadikan sebagai wadah berbuka puasa, rasanya, ,,, ermmmm ,, bayangkan lah sendiri laaa.





Ini makanan kegemaran ana pada suatu ketika dahulu masa belajar kat Politeknik Merlimau dulu. Tapi sekarang sekali sekala je. Kalau ada masa kelapangan untuk ke Melaka, memang menjadi satu kesemetian untuk singgah makan disini. Lokasi di Melaka, Sebelah Bayview Hotel. Sebab apa suka ? sebab sedap, besar and Murah dan menarik. Rasanya student Uitm Bandaraya Melaka, Utem, Politeknik Kota, Politeknik Merlimau, tahu tempat ni sebab tempat ni boleh dikatakan famous. Boleh menjadi satu kerugian kalau diyorang tak tahu kan kat tempat yang top ni selain chiken chop kat Johor Bahru.

Ini petanya , kalau nak tahu lebih lanjut, search la maps Hotel Bayview Melaka. Bila dah tahu area disitu, Di sebelah betul-betul hotel tu antara hotel Orchid , ada satu Food Court Melaka betul-betul sebelah Bayview Hotel tu. Pengusaha chiken chop itu adalah Hairina Western Food , boleh foursquare lah bernama Hairina Western Food =)



Air Batu Campur


Air Batu Campur atau dikenali sebagai ABC, adalah minuman berversi makanan yang terkandung elemen-elemen yang sangat sedap. Hehehehe. Sebab apa suka sebab kalau haus, air ni lah menjadi penenang jiwa pengubat sengsara . Keranan kesejukan dan kepelbagaian manisan ini menyebabkan tersegam pamandangan indah yang lengkap dengan kicauan burung berserta deruan angin yang berjujuran. 


Sirap Bandung Cincau

Salah satu menu utama ketika berbuka puasa bulan Ramadhan. Senang jea nak cari sebab beli kat bazar kan. Nikmat air ini disebabkan campuran daripada cincau+sirap+bandung menyebabkan daku mengelamun panjang , sehingga tidak sedar akan tegukan yang telah menujahi corong-corong tekak, menyejukkan perutku sewaktu itu.



Magee Kari


Magee kari ini , memang patut kene kurangkan, Tapi masalahnya dia sedap. Kalau lapar dan nak cepat penyediaannya, maka ana memikirkan dengan magee ini dapat menyelesarkan masalah ini. Namun, perlu diingatkan makan hanya sekali sekala sahaja. Hehehehe.


Kuih Paling Ana Suka


Kuih kegilaan muda mudi, tua tui trend dari zaman ke zaman, menyebabkan daku terjatuh cinta tatkala melihat personaliti kuih ini didalam bekas yang beralaskan daun pisang. Pasti terliur dibuatnya. Sebab apa sedap ? mungkin sebab warnanya yang menawan kena dengan rasanya & intinya yang berperisa kelapa + pandan. Huh. Kalau dijadikan menu sarapan pagi , kuih ini lah akan menjadi capaian tangan kanan ku yang peling pertama sebelum menjamah makanan lain.


Sate Muar


Sate Muar. Kalau di tempat lain, Sate menjadi hidangan istimewa pada waktu malam, namun lain pula bila kita jalan-jalan cari makan di kawasan Muar. Pasti teruja dengan asap Sate, yang menunjukkan disitulah tempatnya sate itu berkampung di atas bara yang panas. 


Durian Kahwin


Wah , kalau musim durian , kat Segamat lah murah durian ni. Macam-macam ada, kawin ada, kampung ada , biasa pun ada. Durian ni kalau makan banyak-II untuk orang-II muda yang sihat , yang kuat kerja okie lah. Sebab kandungan gula kat durian ni banyak-banyak boleh demam tau. Temperature boleh naik. Heehehe. Ada jugak orang kampung yang tak pandai makan durian ni. Pelik betul .


ABC special JB


Terletak di JB. Sebab apa ana suka, sebab dia ada banyak kacang becampur pulak dengan krim-II yang berlemak madu, Mashaallah, sangat hebat nikmatmu , mengunyah kacang dengan aiskerim yang tertepek itu, menyebabkan daku seolah-II sedang terapung di puncak gunung sahaja. Nak tahu kat mana ? search la google sendiri =)




Ubi rebus ni jarang ada kat pasaran , memang sangat rare sekali. Rare. Hanya ada kat rumah sahaja, beli ubi mentah kat tepi jalan , ada orang jual tu kan, pastu balik Umi rebus, buat sambal ikan bilis, dengan hampas kelapa. Memang sangat sedap nya Ya Allah. Boleh dijadikan makanan seharian tau, Apatah lagi yang lembut-II gitu, panas-II pulak tu. Yooiiii , Sebenarnya nenek anan belah ayah pernah cerita, sewaktu perang Jepun dulu, ini lah makanan seharian dulu. 





Cendol pun Glamour tau kat Muar sebab Perdana Menteri Malaysia YAB Tan Sri Najib pernah datang kat sini. So far rasanya sedap, boleh pilih nak jenis apa, pulut ke kacang ke. Hehehehehe. Sangat sedap tau. Nak tahu kat Mana ? Tanya Group Anak-Anak Muar lah . Hehehehe =)



Done section =) Tadaaaaaaaa ,, Taraaaaaaa ,, Turuuuuuuu













Terima Kasih membaca =)

Thursday, 10 January 2013

Segmen : Terjah Tahun Baru AisyahHumaira'



Assalamualaikum , dan selamat pagi .. 
Hari ini saya sengaja menyertai segmen ini kerana difikirkan best juga terjah menterjah ini ..
Dapat tahu segmen ini daripada seorang blogger cik Nurul Ain  sebab dia ada mention nama kak kat entri dia ... 
Mengikhlaskan hati nak blog walking .. hehehe , terjumpa lah segmen ini.
Blogger baru pun , memang kalau nak dapat Hadiah tu rasanya susa kot . Hehehehe.
Semoga dapat merapatkan Ukhwah-II sesama blogger =) amiinnn ~~



Terima Kasih membaca =)

Tuesday, 8 January 2013

Sentuhan Buat Jiwa Kacau




Sentuhan Buat Jiwa Kacau
*dikarang oleh ubaidullah jaafar
Pada 8 Jan 2013 pukul 11.04 AM



Jiwa membelit kesempitan ,
Memunggah kerisauan,
Menanjak kesakitan yang dekat disudut kalbu.
Apakah hati ku ini berbisa,
Berbisa kerana lara,
Berbisa kerana cinta,
Adakah aku kehausan,
Kehausan dengan kepanasan,
Kehausan dengan nikmat.


Begitulah yang sering dikaitkan dengan jiwa kacau melalui serangkap puisi. Sebenarnya masalah, masalah yang mungkin terjadi kepada sesiapa sahaja, masalah yang mungkin terpaksa dilalui tanpa mengenal usia, tapi belum tentu dapat diselesaikan dan diatasi. Mahu mengelak takut tersungkur, mahu menyambut takut rebah.

Jiwa kacau samalah erti dengan jiwa yang kusut, hati yang tidak tenteram, emosi sering terganggu, fikiran yang bercelaru. Ini disebabkan oleh masalah yang dihadapi oleh diri manusia. Namun tidak semua tahu , bagaimanakah mengubati hati yang tidak tenteram, kadang-kadang boleh membawa keburukan akibat sangat tertekan. Ada yang membunuh diri, ada yang terlibat ke kancah penyalahgunaan dadah, ada yang minum arak, dan sebagainya dan akhirnya membawa kepada kegelapan kepada diri sendri.

Baca Selanjutnya >> Klik Disini

Terima Kasih membaca =)

Sunday, 6 January 2013

Segmen: Story Mory Lawak





 






Cerita rekaan untuk gurauan semata-II
*cerita ini merupakan gurauan semata-II, tidak bertujuan untuk menyakitkan hati seseorang, hanya bertujuan untuk menghilangkan rasa tertekan bila belajar. Sebenarnya gurauan berbentuk ini mampu melahirkan keakraban sebagai seorang kawan. =)

Gambar ini memberi 1001 makna buat diriku. Hehehe . Bukan apa, hanya gurauan bersama budak kelas. Saling kena mengenakan. Atas tujuan mahu menghiburkan hati yang tension menjawab ujian programming masa itu. Tenyata kawan saya yang melihat gambar ini tertawa yang menggambarkan kegelian hatinya yang teramat sangat. Ketawanya berbunyi begini .. Hihihihihi.. hihihihi. hihihihi . Ini menunjukkan betapa geli hatinya kami. Gambar budak ini saya jumpa di laman Facebook. Maka saya meyimpan gambar ini untuk pengubat duka lara ketika sibuk menyiapkan tugasan. Saya sengaja menujukan gambar ini kepada kawan saya di group kelas facebook bahawa gambar ini adalah masa engkau kecil-II kan? ujar saya . Malah dia langsung tidak terkata apa-II selain ketawa mengenangkan masa kecil-II nya yang nakal. Agak kena dengan gambar ini. Sempat saya mengenakan bahawa cawat pink yang dikenakan oleh budak ini tidak sesuai, terlalu longgar. Lantas dia mengenakan balik kepada saya , itu adalah cawat yang dipinjamkan daripada engkau ubai. Kan kau masa kecil-II kan berbadan besar, masa itu cawat aku basah, tu yang aku pakai engkau punya. Cehh .. Berseloroh umpama cerita benar sahaja. Maca adik beradik je dulu. hehehehe.









Gurauan untuk saya pula

Selepas beberapa hari itu, kawan saya mencari jalan untuk mengenakan saya pula, memandangkan saya pernah bercerita bahawa dulu masa saya kecil-II pun tidak kurang juga nakalnya. Maklumlah masa itu ada adik yang berumur kurang setahun dari saya. Pastinya gurauan , tangisan, nostalgia kecil-II dulu tidak terpadam di benak fikiran. Saya masa berumur 2 tahun , pernah termakan ubat nyamuk tanpa disedari ibu bapa saya. Lantas saya dibawa ke klinik untuk rawatan. Cerita itu saya sengaja bawa ke peringkat kelas saya sambil mereka tertawa mendengar cerita itu.

Disitulah gambar ini mudah dicari di enjin carian google. Pandai betul dia mencari . Macam sepadan agaknya . heheehehe .. Tapi bagi saya gambar yang paling atas tu paling lawak. Tak terkata-II sampai tak boleh dah nak bercerita . Saya rasa pun dengan gambar itu , anda boleh buat berbagai-II andaian dan cerita rekaan terbaru untuk menaikkan lagi kandungan lawak yang tersemat pada gambat tersebut. Hehehehe . Siap boleh buat segmen pasal gambar ni lagi . Hehehehe.




Perlakuan yang mungkin dilakukan oleh budak ini:-
  • Sedang membuat tarian Oppa Gangnam Style Op Op OP
  • Sedang bersilat menentang musuh.
  • Seolah-II melawan raksasa yang sedang menyerang menggunakan kuasa tangannya
  • Sedang mengira jari dia



itu diaaaa ,,,,rupa-II nya budak ini terlibat dalam watak cerita naruto. Patutlah macam pernah nampak jeaaa . heheheheeh. kalau tak, makan pasir jawabnya !



Terima Kasih membaca =)

Friday, 4 January 2013

Segmen Tambah Follower Awal Tahun 2013 oleh Emmymazli


Assalamualaikum.. Diharap semua berasa riang ria sebelum memulakan mata dan hati bersedia membaca entri ini ,, cewah .. Sebenarnya segmen ini sudah di publish bebrapa hari lepas, tapi tak habis mengarang disebabkan beberapa perkara yang saya tak dapat elakkan disebabkan saya berada di Cyber Cafe, antaranya:
  • Ada orang melihat saya daripada belakang tatkala menulis segmen ini
  • Ini kerana saya jadi kurang selesa dan boleh jadi 'lost of idea'
  • Entah kenapa entah, kalau nak update sesuatu tu , kalau orang nak baca mesti selepas saya tulis
  • Semasa saya tulis mungkin akan menyukarkan saya untuk menulis,, hehehehe

Sebenarnya tahun baru ini membawa makna yang sangat mendalam bagi saya. Bermacam suka dan duka yang berlaku dalam hidup saya sebelum bermulanya tahun 2013 ini. Antara suka adalah, tak sangka final projek dapat perak, tamat pengajian diploma, konvo, dapat sambung ijazah... heheh.. Antara dukanya ialah, kereta kemek , kemalangan kereta, kemalangan motor, adik patah kaki, konlfik, dan lain-II. Sedih kan. Tapi takpa kita tutup kesedihan itu dengan senyuman. Insyaallah ia pengubat duka dan lara yang tersimpan di kalbu.

 Saya dan segmen ini .
Semestinya bagi saya ini amat penting bagi saya untuk menjejakkan kaki ke dalam kancah Dunia Seorang Blogger. Demi mencapai tahap itu, maka bermacam=II pendekatan saya ambil. Sebab saya masih lagi baru, masih lagi dalam permulaan. Ingin berkawan dengan blogger-II tempatan. Pastinya ia merupakan titik keindahan dalam meluaskan ukhwah untuk saya.

Tahun Baru, Hobi Baru.
Mungkin tidak semua dapat mendifinisikan apa kebenda ini. Hehehe .Hanya diri sendiri yang tahu, betapa kuatnya naluri saya untuk menulis dan membaca dari sudut yang baru. Pembaharuan di setiap tahun dalam diri saya , tahun ini merupakan kali pertama saya menyahut seruan ini untuk aktif menulis dalam pelbagai sudut dalam satu platform yang terbaik iaitu blog =).

Satu Pembaharuan.
Pembaharuan hobi dalam hidup saya iaitu menulis sesuatu dan membaca sesuatu. Kalau dahulu saya hanya minat membaca buku-II cerita dan hanya menulis teknikal dan ilmiah hanya untuk menyiapkan assignment dan report sahaja, tetapi tahun ini saya menghasratkan lagi dalam diri untuk menokok tambah perkara baik iaitu membaca buku yang menjerumus kepada pengisian diri kearah keimanan, menulis idea-II ataupun cerita-II mengenai diri sendiri yang memberi kebaikan kepada orang lain. Semestinya saya minat dan teruja nak baca entri-II anda semua kalau boleh, sebab dari situ timbul pemikiran saya , apakah tema yang sesuai untuk saya meng'entri pada hari ini .

Tak suka membaca, Tak Mungkin berblog.
Ini merupakan salah satu sebab kenapa saya sudah lanjut usia barulah ingin menceburkan diri kedalam bidang ini. Pertamanya, tiada dorongan, keduanya kurang membaca. Saya rasa blogger yang paling ramai diplopori adalah dari kalangan perempuan berbanding lelaki. Saya lelaki. Tentunya minoriti. Tetapi kurang mendapat sambutan daripada rakan-II lelaki sendiri. Mungkin mereka sudah menjangkau pemikiran tentang kerjaya agaknya. HEHE. Antara alasannya kenapa tak suka berblog adalah, "Aku tak suka membaca yang merepek-II ", what ?? tak semestinya merepek ok. Jangan membuat keputusan terburu-II sebelum membaca isinya .. hehehe

Okie, setakat itulah isinya yang sedikit sebanyak dapat saya celoteh. 

Bai Bai babababai





Terima Kasih membaca =)

Wednesday, 2 January 2013

Segmen up follower dengan sepantas kilat II

Assalamualaikum, sedang khusyuk berjalan-II di blog orang terperasan segmen ini . Apa lagi, tanpa melengahkan masa aku terus baca terus tangkap masuk dalam Hati. Hehehehe. Bukan apa , tapi sebenarnya ada baik jugak kita berkawan ramai. Semakin ramai kita kawan, semakin besarlah ukwah kita. Disamping boleh berkongsi pengalaman, ilmu, pendapat, dan macam-II lagi.

Mari kita sama-II join segmen ini, mana tahu kita dapat kawan yang sangat membantu kita dalam dunia berblog ke ? ataupun kita dapat membantu orang ke ? ataupun kita kenal pulak perkembangan semasa ke ? haaaa ... 

Dan yang last sekali " 5 belog top referal ke segmen ini link entry ye akan diletakkan diatas sekali besar2 ;) Jika perempuan, blognya juga akan dimasukkan dalam Bloglist Me Hijabista. Jom join ramai-ramai... Kalau ada rezeki boleh masuk Top referal blog "..

Haaaaa BELOM COBA, BELOM TAW !  



Terima Kasih membaca =)

Azam Baru Tahun Baru



Assalamualaikum selamat petang semua, terima kasih kerana masih sudi lagi membaca entri saya & masih mengikuti perkembangan saya & pembaca setia saya . pagi ini tak tahu apa pula point-II yang amat bagus untuk dikongsikan disini. Pagi ?? sebenarnya saya buat entri ini pada 1/1/2013 pada waktu pagi,, malangnya masa tak mencukupi untuk menyiapkan entri ini ,, hehehee ,, saya sambung lah hari ini.. Aiish pening juga kepala ni, tulis satu perenggan, padam, perenggan, padam, perenggan padam.Hehehe.Mungkin santai-II saja asalkan kamu semua minat membaca =)

Harapan... Harapan menjadi laaayu,, inginku bahagia,, berrrsama .. lalalalaala . Ini lagu bukan puisi saya, jangan tersalah anggap pulak. Sebab sekarang saya masih ceria kerana inilah entri pertama pada tahun 2013. Hehehe. Semangat bukan main, tapi still terfikir-II apekah entri yang sesuai untuk dikongsikan. Banyak kenangan yang masih tak dapat dilupakan pada tahun lepas ( 2012 ) yang masih terpalit di memori,. Sebelum itu saya nak cerita kenangan saya masa tahun 2012 dulu yeee sebelum mengupas dengan lebih terperinci tentang semangat baru & agenda baru & harapan baru & langkah baru 2013 saya .


Kenangan 2012

Ketika saya duduk menulis entri ini saya terfikir, terkenang, apakah yang aku buat masa waktu macam ni 8.58 AM 1/1/2012 tahun lepas ? Ohh, tidak lah semua yang dapat saya ingat, tetapi dapat secebis dua kenangan yang dapat saya kongsikan. Pada awal tahun lepas, seperti biasa saya masih lagi salah seorang pelajar Politeknik Merlimau, Melaka dan masa tu saya masih cuti semester 5. Dan menuggu masuk semester 6. Apa yang saya ingat masa saya nak naik semester 6, saya sengaja balik rumah sewa lambat, sebab tak puas lagi cuti ?? hehehe, tidak lah, sebab saya ada beberepa komitmen yang perlu diselesaikan masa tu.

Net not net not net not dah masuk semester 6, sekejap je kan masa berlalu. Saya sudah berada di semester akhir, rasa berat nak tinggakan politeknik merlimau. Cukup lah masa tu sibuk dengan final projek, ulang alik Merlimau - KL - Muar untuk mencari ilmu dalam menyiapkan final projek saya. Masa tu saya tak dapat menggunakan waktu cuti saya untuk bercuti ? bercuti yang saya maksudkan ialah menggunakan waktu cuti itu untuk rehat & riadah  tanpa memikirkan segala kerja yang ada. Tetapi tidak bagi saya, kalau saya rehat habis pada waktu cuti ini bermakna saya tangguh untuk buat projek . Dan kalau dah naik cuti memang semakin sibuk lah saya dengan assignment & kuiz dan macam-II. Cuti yang saya maksudkan masa tu adalah cuit Raya Cina. Saya balik rumah sewa sorang-II dan seminggu kemudian siaplah projek itu. Saya buat Automatic Footwear Drier. Apa fungsi tu ? hehehe , Fungsinya adalah untuk mengeringkan pelbagai jenis kasut dan stokin disamping memberi kewangian pada kasut tersebut. Dan kita boleh pilih berapa lama kita nak hidupkan n berapa tahap kepanasan yang sesuai. Dan sekarang masih lagi berfungsi untuk kegunaan di rumah saya.Okie , nanti saya sambung cerita lagi ea. kalau cerita semua kang takut penat pulak nak baca.


Hari Inovasi :

Hari ini masih lagi terngiang-II di fikiran bila aku menatap gambar ini ,,

Masih segar di ingatan, rasa macam semalam je gambar ni di tangkap.



Automatic Footwear Drier , terima kasih rakan-II & pensyarah berikan semangat dan dorongan sehingga final projek ini berjaya disiapkan.

Alhamdulillah, projek yang tak difikirkan untuk dapat, tapi dapat jugak ,, Terima kasih budak rumah iaitu papan,botak,nizam,lan,fuad,akbar,azmi,zairi,safwan(a.k.a kepok),bani,fadhli.


Malam Pra- graduan
Pelbagai aneka cabutan bertuah dan tak kurang juga Kambing Salai yang sangat menyedapkannnnnn,,,tetapi daging kambing itu tidak sempat kami rakamkan.hehehe

sangat rindu waktu ini =)






Aktiviti Rakan kelas semester 6
Sebelum final exam menjelang, sempat lagi kami merancang mengadakan satu aktiviti merapatkan ukhwah dalam kalangan rakan sekelas sendiri. Alhamdulillah, sambutan sangat memberangsangkan,. 



Rewang
Ini merupakan aktiviti yang indah dan menyeronokkan di pengakhiran tahun . Baru beberapa hari yang ikhlas. Sambil rewang sambil makan, hehe . Keputusannya saya dapat belajar ilmu baru , membuat koslo! ,, Sangat sedapp... 
Epi, Ilham, Aku sedang memotong & mencincang halus sayur kubis. bestnyeeee



refleksi

Bermacam rintangan & pancaroba yang saya lalui sebelum ini. Adakalanya sangat melawakkan , menyedihkan, menggembirakan, menyakitkan hati . heheheh .. Kadang-II saya cuba juga konsikan dengan teman-II rapat bagaimana perjalanan kehidupan saya sampai saya berada sekarang. Mungkin ada yang menyangkal bahawa saya juga lahir dari seorang yang 'Perfect' . Oh tidak , sebenarnya kesempurnaan itu bukan lahir daripada keluarga, harta , & pangkat. Tapi kesempurnaan bagi saya adalah kita yang sentiasa merasakan diri kita ini serba kekurangan , serba kelemahan , mengadu & menadah tangan mengadu kepada Allah , dan beristiqamah mencari ke arah kesempurnaan.

Tidak pelik pun, dulu saya banyak menjerumus ke arah masa depan yang gelap. Dimana saya tidak terfikir langsung masa itu bahawa perancangan sekarang untuk masa depan adalah penting. Ia sebagai satu persediaan untuk kita kelak. Tetapi alhamdulillah, sejak saya pindah sekolah SMT MUAR, setahun selepas itu, segala-galanya berubah setelah diberi banyak petunjuk ajar & dorongan & didikan & daripada seorang guru-II saya. Semangat & doa daripada ibu bapa saya. Saya setuju dengan mengambil aspek ketegasan dalam mendidik anak-II & murid-II untuk berjaya.

Tetapi sekarang, jangan memandang saya yang dahulu, tapi saya cuba jadi yang sekarang, sesiapa sahaja layak jadi yang terbaik dalam hidupnya =)

Aminnn ,, Doakan saya  ~~


Azam 2013

Insyaallah, saya cuba yang terbaik tahun baru ini, & cuba belajar betul-II, belajar rajin-II. Doakan saya dapat menempuhi segala cabaran & rintangan yang saya lalui sekarang. Mungkin tidak semua tahu masalah yang saya hadapi, mungkin saya tak dapat kongsikan disini . Tahun baru ini banyak membawa titik permulaan saya dalam perubahan menjadi seorang yang lebih baik daripada tahun-II sebelum ini.

Azam & harapan saya tahun ini :

  1. Belum dapat apa-II penaja pelajaran, Harap tahun ni jugak saya dapat . Sebab tengah kering kontang nii.
  2. Masih memikirkan apa kerja part Time yang nak kene setup. Harap saya ada pekerjaan sampingan yang boleh membantu menyara hidup saya.
  3. Tak sure lagi pointer berapa sem ini, Harap dapat pointer terbaik seperti yang saya target ( *rahsia) hehehe .
  4. Azam semoga pointer baik je tiap-II semester.
  5. Dapat aktif dalam aktiviti sukan
  6. Konsisten dapat bayar kereta
  7. Menjadi seorang yang rendah diri 
  8. Semoga saya lebih mendalami keimanan ..


Thankk You for walking =)


Esok saya Final Exam Electrical Measurement ,, Fuhh ,, tuh yang tak sempat nak tulis entri. Byeeee.

Terima Kasih membaca =)

 
This blog was own by me & copyright 2012 Ubaidullah Jaafar . All Right Reserved To Me.