Skip to main content

Test 2 mengejutkan

Assalamualaikum kawan-II , malam ni, ehh da pagi dah ,, ana nak kongsi sedikit ni,

Berkenaan alam pembelajaran kat Universiti tempat saya belajar.Sememangnya ia satu cabaran sebab baru buat ana. Masih 'Shock' lagi. Ana baru semester pertama kat sini dah macam-II cabaran yang ana tempuh. Sama ada lepas or tak lepas tu lah yang mendidik ana. Dah tahu tak sekarang ana belajar kat mana nehh , With Wisdom We Explore! Cewah ,, bunyinya macam gempak kan .Ini lah Motto +Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) kita . Bukan Motosikal Harley-Davidson yang bunyi gempak tu. Tapi ini satu suntikan kata semangat , atau kata-II yang memberikan inspirasi kepada kita untuk meneruskan kehidupan sebagai seorang mahasiswa yang bakal menyumbang kepada Negara insyaallah. Ana cuba praktikkan nii.. Ahh. Malas ana nak berfalsafah sangat sebab pepagi ni mata pun dah terkebil-II ni haaaa.

Tadi pukul 9 malam ana ada test 2 , iaitu test Electrical Analysis. Bunyinya pun macam menakutkan kan ?? macam berat kan ? hehehehe ,, Ana macam tak bersedia sangat la nak jawab sebab minggu ni terlalu sibuk la, baru nak lega satu persatu selepas submit bermacam-II kerja lah. Ana rasa ana lah orang yang paling sibuk kat dunia nehh!!. Okee berbalik cerita test ni . Ana study la sikit sebab masa pun dah suntuk kan. Dapat lah buat ulangkaji sikit kan. Ana start study lepas Asar sampai lah ke Isyak . Lama kan ? Tapi bagi ana masa tu sangat suntuk dan tak cukup untuk pahamkan sesuatu ulangkaji yang kita buat tuhh. Lepas tu ana REDHA lah nak jawab test ni . Ana study apa yang diajar oleh lecture ana tuhh . Sesampainya kat kelas. hati rasa macam yakin sangat nak jawab.

15 minit kemudian kertas soalan sampai kat tangan ana. soalan hanya 2 sahaja. ada tiga sub soalan dalam dua soalan tu. Tapi ana tiba-II rasa Blurrrr,, Hehehe .. menyesal sebab tak study awal-II sebab tak banyak topik yang tak kuasainya, soalannye lebih advance lah! Tutorial yang diberi sebelum tu tak sempat ana buat . Dan sebelum tu ana yakin soalan sesusah macam ni tak mungkin keluar sebab tu pun tak diajar dalam kelas ( masa membelek-II tutorial). Tercungap-II nak menjawabnya. Habis perah otak nak buat soalan tu. Dapat lah buat soalan satu penuh dan soalan dua tak berapa nak penuh.

Sehabisnya waktu test tu, ramai yang merungut tak dapat jawab dengan baik. Ada kawan yang study sampai 4 hari pun tak dapat jawab. Ini lah penangan UTHM niii ,, Banyak cabaran taw.

Nak tahu 10 tips baru yang ana dapat, hasil daripada kesilapan yang ana dah buat ?

  1. Jangan hanya ulangkaji apa yang telah diajar sahaja. Perlu ambil kira juga soalan yang kita belum pernah buat & belum lagi lect ajar. Ini disebabkan lect nak kita ambil inisiatif sendiri ulangkaji soalan yang lebih mencabar. Korang takkan terlepas dari tutorial diberikan. Selalunya soalan yang keluar tu lah datang daripada tutorial yang diberi. Jangan mengeluh hanya disebabkan tutorial yang diberi tu tak pernah diajar dalam kuliah. Kita kena cari penyelesaian sendiri. So bila jawab test kita mungkin boleh jawab dengan gembira =) 
  2. Banyak buat latihan tu memang dah biasa korang dengar kan ?? So kelainan yang aku fikirkan adalah buat latihan yang lebih susah dahulu diikuti dengan latihan yang senang. Sebab peringkat ijazah ni jarang dah keluar soalan yang basic simple-II mase Diploma dulu tuu. Lagipun dalam soalan pengiraan yang susah tu menggunakan basic yang sedia ada. Secara automatic kita menguasai benda basic tu. 
  3. Atur masa sesuai untuk belajar. Rasanya peringkat macam ni dah takda masa nak tidur lebih-II. Masa lapang pada waktu siang yang biasanya kita manfaatkan untuk ber'facebook' , tidur, main game, tengok movie tu seeloknya kita gantikan dengan buat ulangkaji sikit.Tidur paling awal pukul 1.30 pagi. 
  4. Setkan dalam minda, ulangkaji itu soalan, soalan itu ulangkaji. Banyak buat latihan menjawab soalan, itu lah yang mengukur tahap penguasaan kita dalam sesuatu subjek tu. Sebab bila kita tak dapat jawab soalan. Dari situ kita tahu kelemahan kita. 
  5. Cari kawan yang bagi inspirasi & bagi semangat untuk belajar.( dah biasa dengar). 
  6. Balik kelas, cuba tulis balik dalam bentuk apa jua sekalipun apa yang diajar. Sebagai contoh, ana menggunakan pendekatan menulis semula jalan kerja & penyelesaian masalah kat whiteboard yang mesti ada kat bilik atau rumah kita. Itu magnet kita =) 
  7. Study 'last minute' tu memang ada baiknya , Tapi jangan terlalu penghujung sangat. Nanti tak sempat nanti terkejar buat soalan ni buat soalan tu. Last-II tak paham. 
  8. Buat soalan minimum 3 soalan yang sama sehari 
  9. Satu hari minimum 2 subjek kita ulangkaji. 
  10. Cari soalan Final & tutorial & test & Quiz ,, Buat balik .. sampai habis .. =) 
Harap tips ini korang praktikkan dalam kehidupan korang, mana yang masih lagi bergelar 'student'. Tips ini telah ana cubawalaupun masih tak semua.

Apapun Doakan Ana berjaya menjawab peperiksaan Akhir semester ini =) ana cuba sedaya upaya ana. Yang penting doa yang tidak putus-II dari semua pihak membuatkan ana lebih semangat untuk berjaya dunia & Akhirat =)

Minggu depan ana studyweek.. Pastu exam 2 minggu, N Balik kampung laaahhhh ,, Banyak komitment ana kat Muar kesayangan ana bandar diraja itu =)

Thankzz to all =)




ni masa ana konvo kat PMM. Nak ?? jom





Comments

Popular posts from this blog

SEGMEN : Blogwalking & Kenali IPT

Kelik kalau nak Join SEGMEN ni >> Husna Humairah  & Kak Niera Assalamualaikum, Selamat malam, sepetang bersama dalam blog . Wah , segmen ini mampu menarik minat saya lah. Saya sebenarnya blogger baru tau, memang minat join segmen. Tapi tidak lah semua segmen. Sebab percambahan segmen ni sangat drastik, tak sempat saya nak follow satu, demi satu, sebab saya pun sedang sibuk. Ini pun curi masa sikit sebab exited nak join segmen ini [ditulis pada waktu malamnya]. Terima kasih banyak-banyak kepada husna humairah & Kak niera sebab jemput join segmen ini. Emm nak tanya ? adik beradik ea ? nama macam semacam jea ? hehehe. Maaf busy body sikit. Tapi memang hebat lah , sebab idea segmen ini sebenarnya memberi impak positif sebenarnya kepada sesiapa yang membaca, menimbulkan perasaan menarik buat saya untuk menulis lagi =). Terima kasih ya. Bila bercerita pasal IPT "Entry kalian mestilah berunsurkan IPT masing-masing. (samada mengenai pensyarah, atau c...

Selepas Viral: Saya datang dengan hasrat, untuk berkahwin dengan anak pakcik

Bakal yang aku jumpa selepas aku viral.. Masa ni bulan 6.. Bulan puasa.. Teringat lagi, dia sungguh sungguh suruh datang berbuka sama sama dgn family dia, sambil sambil tu jumpa mak ayah terus bincang pasal kahwin.. Dalam hati, "..mak aiiihh, terus suh dtg bincang dengan family teruss.. padahal tak kenal lagi ni.. sungguh sungguh tu dah nampak sikit dah.." Dalam ramai ramai wanita.. dia antara yang pertama, terus suruh bincang dengan mak ayah... Antara beribu orang yang sempat aku balas satu satu tu, aku terbuka hati nak bagi no phone aku kat dia.. Kenapa terbuka hati? Itu perancangan Allah.. . . Mulanya mmg stranger, kami tak pernah kenal langsung.. nak stalk kat FB pun tak lepas, sebab masatu takda gambar dia kat FB. . . Dia selalu mesej suruh dtg rumah jumpa mak ayah.. dia kata dia tunggu aku.. . . disebabkan aku bz dah nak praktikal.. ke Kuantan.. aku biarkan saja.. tak dapat memenuhi hasrat berbuka sama sama dengan keluarga beliau.. . . Bukan aku tak nak terim...

Segmen : Terjah Tahun Baru AisyahHumaira'

Assalamualaikum , dan selamat pagi ..  Hari ini saya sengaja menyertai segmen ini kerana difikirkan best juga terjah menterjah ini .. Dapat tahu segmen ini daripada seorang blogger cik Nurul Ain   sebab dia ada mention nama kak kat entri dia ...  Mengikhlaskan hati nak blog walking .. hehehe , terjumpa lah segmen ini. Blogger baru pun , memang kalau nak dapat Hadiah tu rasanya susa kot . Hehehehe. Semoga dapat merapatkan Ukhwah-II sesama blogger =) amiinnn ~~ Jom kelik Sini =)