Nostalgia impian dan Harapan Cita-citaku - UbaidullahJaafar

Friday, 28 December 2012

Nostalgia impian dan Harapan Cita-citaku

Assalamualaikum. Selamat Awal Pagi. Mesti korang ingat saya sedang Fresh bangun pagi terus update belog kan ?? Sebab termimpi apa entri yang bakal ditulis ?? hahaha tidak lah sebegitu. Sebenarnya saya belum lagi tidur. Dah biasa dah macam ni. Bagi saya waktu-waktu macam ini sesuai untuk saya menulis entri yang apa sahaja terlintas di benak fikiran ini.

Apa perasaan saya sekarang ? Gemuruh atau Risau ? ke gembira ? . Saya nak ceritakan aktiviti harini sebelum ubai sibuk mengupdate entri ini. Firstly berkenaan cita-II ubai. Bila cerita pasal cita-II mesti semua orang suka mengelamun. Aku nak jadi angkasawan lah, nak jadi saintis lah, nak jadi seorang Motivator terhebat lah. Bagus semua itu, kerana prinsip ubai, apa yang kita impikan , apa yang kita cakapkan , itulah akan berlaku sebenarnya. Impian itu cas semangat dan mempengaruhi tubuh badan akal fikiran okay. Okay, dah jauh telajak ni, masa ubai kecik-II dulu ubai pernah terbayangkan yang ubai ini akan jadi saintis berjaya. Cewah! sampaikan berangan-II memilki pusat rahsia kat bawah tanah!. Tapi sekarang segalanya sudah berubah. Ubai lebih cenderung untuk jadi seorang tenaga pengajar. Ya, Ubai minat mengajar orang. Lega rasanya bila orang faham apa yang ubai ajarkan. Selalunya topik yang ubai suka ajarkan tak lah berbentuk topik ilmiah . Tapi ubai suka ajar topik yang berbentuk perkiraan, dan apa-II berkaitan engineering asalkan. So ? cita-II ubai sekarang adalah ingin menjadi seorang pensyarah insyaallah!

Susah ke haa jadi pensyarah ? itu ubai tak tahu lah. Tapi bagi ubai, mengajar itu menyeronokkan. Salah satu jalan pintas ubai bia tak ulangkaji ubai akan habiskan masa untuk mengajar orang ( if ada ). Secara automatik akan terulangkaji. huhuhuhu. Tu pengalaman ubai lah masa zaman kegemilangan kat Poli dulu. Pernah sekali musim study week tu ubai update lah kat FB " Sesiapa yang nak belajar Engineering Math 5, sila datang rumah sewa pada pukul 10mlm - 4 pagi ".. Tak sangka pulak yang datangnya hampir 20 orang. Kesiannya rumah kita panas. sebab kipas angin Slow. Tak apa itu cabaran. Asalkan budak semangat nak belajar. Ubai sangat suka masa tu . Ajar punya ajar punya ajar tak sedar dah nak dekat subuh. Lepas solat subuh berjamaah kat surau sambung lagi. Dan pukul 8 terus amek exam Math masa itu.

Dah sampai situ jea ubai cerita. Kang terlebih-II korang pulak rasa penat nak baca.Hehehehe. Okay ,, Doakan ubai lah " Ya Allah , makbulkanlah segala impian hambamu ini insan bernama Mohammad Ubaidullah Bin Mohd Jaafar supaya beliau akan menjadi seorang penyampai ilmu yang berguna kelak " aminnn Ya Rabbal Alaaminn..

Hope satu hari nanti ubai akan mengecapi  cita-II ubai sejajar dengan usaha ubai selama ini.. Bukan senang nak senang, Tak susah nak susah kan ?? Yess itu pasti .

Untuk pengetahuan anda, start 31/12 ( isnin) akan bermula Peperiksaan Akhir semester 1. Peperiksaan Engineering Math III . Favourite ubai jugak tu. Doakan ubai ea. Ubai cuba buat yang terbaik =)

Umi & Ubaidullah. Wanita lengkap berpakaian serba biru itu merupakan seorang ibuku yang satu-II nya tempat aku kongsikan suka duka kehidupan. Masa ini di dataran Politeknik Merlimau sempena Hari Konvokesyen 2012



Terima Kasih membaca =)

 
This blog was own by me & copyright 2012 Ubaidullah Jaafar . All Right Reserved To Me.