Konvokesyen Politeknik Merlimau- Kenangan Indah saya - UbaidullahJaafar

Thursday, 27 December 2012

Konvokesyen Politeknik Merlimau- Kenangan Indah saya

Assalamualaikum, Harini ubai nak bercerita tentang Hari Konvokesyen Ubai.. Bagi Ubai, salah satu saat yang dapat membahagiakan ibu bapa kita , bila mereka lihat kita berjaya ke puncak menara gading & melihat kita jadi anak soleh & melihat kita selalu menyenangkannya. Ibu bapa mana yang tak nak anak dia tak berjaya dalam hidup ?? Cuba mention sikit. Sebab mereka tahu, betapa susahnya mereka melahir, mendidik, membesarkan kita dan akhirnya kita balas mereka dengan kejayaan. Sesungguhnya itu masih belum terbalas lagi, masih belum berbayar, masih belum mampu dapat menyamai selama mana mereka menyusukan, melayan riang tangis kita masa kecil dulu.Betapa besarnya pengorbanan mereka. Infinity jika nak dibandingkan dengan pengorbanan kita. Ecece muka merah da . Tunggu !! berbalik kepada cerita ubai semula =)

Sebelum itu, ubai nak cerita kenapa nama Mohammad Ubaidullah. Sesungguhnya Rare kan nama ni ? Nama ini unik kan ? begitulah keunikan yang ada pada si pemilik nama itu. Eh tolong laa ,, hehehe. 

Mohammad Ubaidullah Bin Mohd Jaafar ,,, Diploma Kejuruteraan Elektrik .. aku melangkah sopan dengan penuh tawadu' agar gemuruh yang datang ini cepat pergi. Dengan sedikit tunduk serta salaman dan senyuman, aku terus mengucapkan ' terima kasih dato' '. Lantas aku memandang Kamera yang siap terpasang menunggu wajah aku ditembak tepat semasa diatas pentas itu. Cakk ,, Kilauan cahaya kamera itu menyebabkan sekeliling pentas terang seketika. Ini membuktikan hari kebahagiaan ini telah di rakamkan untuk dijadikan pemanis kenangan pada masa hadapan.

Hari itu juga, ubai sangat bersyukur kepada semua, kerana tanpa mereka semua siapalah ubai sekarang. Mungkin tanpa semangat serta dorongan ibu bapa ubai, ubai tak mampu terima kejayaan sebegini Terima kasih kepada Guru-II, Pensyarah-II kerana tidak pernah rasa putus asa mencurahkan ilmu mereka. Tanpa rakan-II ubai tak mampu untuk bersorak gembira. Terima kasih semua , Syukur Alhamdulillah , Memanjatkan kesyukuran kepada Allah. 

Hari ini bukan penentu kejayaan ubai segalanya. Ubai beriktikad bahawa menunut ilmu bukan hanya diatas sekeping kertas sahaja. Ubai perlu teruskan usaha lagi untuk mewarnai kehidupan dengan ilmu. Doakan ubai agar jadi orang yang berjaya satu hari nanti. =)



merakamkan kegembiraan & detik sejarah indah saya bersama ibubapa =)


Terima Kasih membaca =)

 
This blog was own by me & copyright 2012 Ubaidullah Jaafar . All Right Reserved To Me.