Skip to main content

Posts

Peperiksaan Akhir Menjelang Tiba

Bismillahirrahmanirrahim. Rasanya, sudah lama tidak menyingkap jendela laman blog sendiri. Apatah lagi mengintai berjalan ke halaman melambai jiran-II blogger yang lain. Maaf ya sahabat-II. Saya sedang memikul satu lembaga. Lembaga ini bukan lembaga hitam. Tapi lembaga tanggungjawab yang telah diamanahkan. katakan.  Sedih juga, kerana masa juga tidak banyak memberi ruang, adapun ruang-II yang halus yang sesekali membenarkan sedikit udara memenuhi ruang-II kosong. Dan didalam bilik kosong itu ada saya, dan udara itu adalah masa. Tidak sedar udara yang dihirup tidak sama dengan udara yang dihembuskan. Terasa sesak didada tatkala menanti segenap udara segar itu menerusi ruang-II sempit itu. Tak faham. Alhamdulillah, beberapa tempohari ini saya dapat fokus kepada persediaan peperiksaan. Peperiksaan yang bakal menjelma membentuk satu awang-II hitam di kepala. Pejam mata pengsan, buka mata pitam. Satu tanggungjawab yang besar untuk bersedia sebelum duduk selesa didalam dewan ...

Selamat Menjalani Ibadah Qurban

Assalamualaikum, sekian lamanya saya menyepi. Mungkin disini jodoh kita kembali lagi. Rindu dengan sahabat-II ku, lagi rindu dengan ibu bapa ku. Ibu ku dah siapkan lauk rendang dan ketupat buat aku. Terima kasih ibu, sangat menyambut kepulangan saya di kampung.  Saya faham, ada juga sahabat-II yang sedih tidak dapat beraya bersama keluarga, Apatah lagi, baju raya pula tertinggal di kampung. Suasana hiba mula menyelubungi diri bila tak dapat pulang kerana urusan di universiti tak pernah membenarkan. Itu mereka. Tapi Daku. Alhamdulillah allah membenarkan daku untuk pulang melihat ibu bapa tercinta. Segala kerja dapat jua ku siapkan. Jarak rumah pula tidak terlalu membebankan, hanya dicelahan langkah gergasi sahaja. Saat daku mulai matang tentang kehidupan, saat itu, daku terfikitkan masa depan, ibu bapa ku yang masih disini menantiku pulang dengan membawa kejayaan. Sebentuk kejayaan juga yang berupa cahaya keimanan. Wahai Ibu bapaku, terima kasih, tiada lagi yang ...

Pengorbanan Sang Ayah

gambaran seorang ayah Masa kecik-II dulu ayah selalu timang saya, Saya terseyum dan tertawa manja, Ayah mendokong saya begitu mesra, Memori manis itu segar sehingga sekarang, Tidak sangka masa berlalu begitu pantas, Rupanya ayah tak dapat menimang saya lagi, Kerana saya dah pun besar, Tinggi saya pun dah melebihi ayah, Pantasnya ayah semakin meniti usia, Tetapi masih berhempas pulas memerah keringat demi menyara anaknya, Tidak sedikit pun mengeluh untuk membesarkan saya, Sementara saya disini sibuk setiap semester, Entah bilalah dapat senangkan ayah disana, Entah tertunai ke janji saya terhadap ayah, Entah dapat ke ayah merasa kesenangan bersama saya, Saya takut, ayah dah tiada lagi waktu itu, Kerana saya termimpi pada suatu hari, Ayah mengadu dah tua, menunjukkan gigi yang tiada, Saya datang memeluk ayah dan mengalir air mata, Sambil saya berkata, Entah berapa tahun lagi ubai dapat peluk ayah macam ni...... Saya tersed...

Permohonan Biasiswa JPA Program Ijazah Dalam Negara (PIDN) 2013 2014

Klik gambar untuk pautan ke JPA Permohonan Biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam Di Bawah Program Ijazah Dalam Negara (PIDN) Bagi Mengikuti Pengajian Peringkat Diploma Dan Ijazah Sarjana Muda Di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) Dan Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) Dalam Negara Bagi Sesi 2013/ 2014 Dijangka Akan Dibuka Pada Bulan September 2013 . Iklan Permohonan Tawaran Biasiswa Ini Juga Akan Di Iklan Secara Ringkas Dalam Akhbar Berita Harian, Utusan Malaysia, The New Straits Times, Tamil Nesan, Nanyang Siang Pau, The Borneo Post Sarawak Dan The Borneo Post Sabah Pada Hari Sabtu Dan Ahad awal bulan September. Maklumat Lanjut dan Permohonan Maklumat Lanjut Mengenai Syarat-Syarat Permohonan, Bidang Tajaan Dan Cara Memohon Boleh Diperolehi Dengan Melayari Portal eSilaV2 setelah permohonan dibuka nanti. Sumber : Portal Rasmi JPA SYARAT-SYARAT PERMOHONAN Warganegara Malaysia; Umur tidak melebihi 25 tahun pada atau sebelum 1 Janu...

Persediaan Naik Cuti Semester

Assalamualaikum , salam sejahtera. Diharapkan sahabat-II & saudara-II dalam keadaan sihat dan ceria , mana tak nya, dah menikmati cuti semester. Kalau tiga (3) bulan itu dimanfaatkan dengan kerja saya rasa dah boleh buat bayar yuran semester dah. Hehe. Alhamdulillah, cuti tu pulak jatuh masa bulan Ramadhan dan Syawal . Rasanya banyak masa kalau nak habiskan dengan keluarga & kawan-II pada bulan Syawal asalkan Ramadhan dimanfaatkan dengan beribadah . Tahu tak, sekejap masa berlalu. Sekarang tinggal seminggu lagi nak naik cuti. Ingatkan masa cuti boleh mengulangkaji. Ehh tak jugak. Termasuk lah saya asyik TAK MENYEMPAT STUDY ja, Fullstop. hehe. Tapi disini masih ada masa lagi untuk 'outing' ke perpustakaan untuk cari & pinjam buku-II sesuai sebagai bahan persediaan naik semester. Emm, saya sempat menyiapkan kad ucapan untuk saudara & saudari semua. Boleh simpan dan cetak. hehe. Sebelum minggu perkuliahan bermula, saya ada beberapa cadangan se...

Selamat Hari Raya 2013 oleh Ubaidullah Jaafar Sekeluarga

Selamat Hari Raya buat semua. Agaknya dah berapa bulan saya tinggalkan blog saya, ibarat saya ada sebuah rumah kecil dan tidak besar, lalu didalamnya dihiasi dengan pelbagai taman-taman kecil yang cantik, lalu saya tidak sedar bahawa saya telah lama tidak bermalam di rumah itu. kerana saya di perantauan yang jauh yang sebenarnya tidak pun. Saya beranggapan, semakin panjang saya menulis, semakin banyak kesalahan yang tidak disengajai dibuat. Mungkin ada yang tidak setuju dengan karya yang sedikit isi selama ini. Maaf kelemahan diri saya itu. Maka, masa ini sesuai untuk kita bermula untuk saling tegur menegur atas kesilapan disamping memaafkan. Aidilfitri mendidik kita agar selalu meminta maaf dan memaafkan. Bukan meraikan Aildilfitri dengan majlis bermaaf-maafan setahun sekali ditambah dengan poket raya yang penuh sahaja. Wallahualam.

Seindah Idaman Wanita Muslimah

Jadilah lelaki Lelaki tampan Hati iaitu : ♥ dia bangun pada waktu SUBUH untuk menghadap TUHAN nya ♥ dia melapangkan waktu kerjanya untuk menyembah TUHAN nya pada waktu ZUHUR ♥ dia tahan kepenatannya semata-mata untuk berjumpa TUHAN nya tatkala ASAR menjelang ♥ dia tinggalkan dunianya buat seketika di kala MAGHRIB tiba ♥ dia menepati waktu solatnya pabila azan ISYA' sudah berkumandang ♥ Lelaki yang tampan hatinya seperti ini menjadi idaman para wanita muslimah kerana : ♥ mereka adalah bakal imam wanita ♥ mereka adalah bakal pemimpin keluarga ♥ mereka adalah insan yang bakal dihormati dan ditaati para isteri ♥ mereka adalah individu yang bakal menunjukkan jalan ke syurga pada keluarganya #Semoga kita sentiasa istiqamah dalam Mencantikkan Hati kita =) Balik dari kelas tadi, Buka Facebook sekajap, terbaca status ni, Betul-II menyentuh perasaan saya. Ingin saya menjadi lelaki seperti ini. Mari kita sama-II menjadi lelaki seperti ini, agar kita sentiasa ten...