Skip to main content

Posts

Permohonan Biasiswa JPA Program Ijazah Dalam Negara (PIDN) 2013 2014

Klik gambar untuk pautan ke JPA Permohonan Biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam Di Bawah Program Ijazah Dalam Negara (PIDN) Bagi Mengikuti Pengajian Peringkat Diploma Dan Ijazah Sarjana Muda Di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) Dan Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) Dalam Negara Bagi Sesi 2013/ 2014 Dijangka Akan Dibuka Pada Bulan September 2013 . Iklan Permohonan Tawaran Biasiswa Ini Juga Akan Di Iklan Secara Ringkas Dalam Akhbar Berita Harian, Utusan Malaysia, The New Straits Times, Tamil Nesan, Nanyang Siang Pau, The Borneo Post Sarawak Dan The Borneo Post Sabah Pada Hari Sabtu Dan Ahad awal bulan September. Maklumat Lanjut dan Permohonan Maklumat Lanjut Mengenai Syarat-Syarat Permohonan, Bidang Tajaan Dan Cara Memohon Boleh Diperolehi Dengan Melayari Portal eSilaV2 setelah permohonan dibuka nanti. Sumber : Portal Rasmi JPA SYARAT-SYARAT PERMOHONAN Warganegara Malaysia; Umur tidak melebihi 25 tahun pada atau sebelum 1 Janu...

Persediaan Naik Cuti Semester

Assalamualaikum , salam sejahtera. Diharapkan sahabat-II & saudara-II dalam keadaan sihat dan ceria , mana tak nya, dah menikmati cuti semester. Kalau tiga (3) bulan itu dimanfaatkan dengan kerja saya rasa dah boleh buat bayar yuran semester dah. Hehe. Alhamdulillah, cuti tu pulak jatuh masa bulan Ramadhan dan Syawal . Rasanya banyak masa kalau nak habiskan dengan keluarga & kawan-II pada bulan Syawal asalkan Ramadhan dimanfaatkan dengan beribadah . Tahu tak, sekejap masa berlalu. Sekarang tinggal seminggu lagi nak naik cuti. Ingatkan masa cuti boleh mengulangkaji. Ehh tak jugak. Termasuk lah saya asyik TAK MENYEMPAT STUDY ja, Fullstop. hehe. Tapi disini masih ada masa lagi untuk 'outing' ke perpustakaan untuk cari & pinjam buku-II sesuai sebagai bahan persediaan naik semester. Emm, saya sempat menyiapkan kad ucapan untuk saudara & saudari semua. Boleh simpan dan cetak. hehe. Sebelum minggu perkuliahan bermula, saya ada beberapa cadangan se...

Selamat Hari Raya 2013 oleh Ubaidullah Jaafar Sekeluarga

Selamat Hari Raya buat semua. Agaknya dah berapa bulan saya tinggalkan blog saya, ibarat saya ada sebuah rumah kecil dan tidak besar, lalu didalamnya dihiasi dengan pelbagai taman-taman kecil yang cantik, lalu saya tidak sedar bahawa saya telah lama tidak bermalam di rumah itu. kerana saya di perantauan yang jauh yang sebenarnya tidak pun. Saya beranggapan, semakin panjang saya menulis, semakin banyak kesalahan yang tidak disengajai dibuat. Mungkin ada yang tidak setuju dengan karya yang sedikit isi selama ini. Maaf kelemahan diri saya itu. Maka, masa ini sesuai untuk kita bermula untuk saling tegur menegur atas kesilapan disamping memaafkan. Aidilfitri mendidik kita agar selalu meminta maaf dan memaafkan. Bukan meraikan Aildilfitri dengan majlis bermaaf-maafan setahun sekali ditambah dengan poket raya yang penuh sahaja. Wallahualam.

Seindah Idaman Wanita Muslimah

Jadilah lelaki Lelaki tampan Hati iaitu : ♥ dia bangun pada waktu SUBUH untuk menghadap TUHAN nya ♥ dia melapangkan waktu kerjanya untuk menyembah TUHAN nya pada waktu ZUHUR ♥ dia tahan kepenatannya semata-mata untuk berjumpa TUHAN nya tatkala ASAR menjelang ♥ dia tinggalkan dunianya buat seketika di kala MAGHRIB tiba ♥ dia menepati waktu solatnya pabila azan ISYA' sudah berkumandang ♥ Lelaki yang tampan hatinya seperti ini menjadi idaman para wanita muslimah kerana : ♥ mereka adalah bakal imam wanita ♥ mereka adalah bakal pemimpin keluarga ♥ mereka adalah insan yang bakal dihormati dan ditaati para isteri ♥ mereka adalah individu yang bakal menunjukkan jalan ke syurga pada keluarganya #Semoga kita sentiasa istiqamah dalam Mencantikkan Hati kita =) Balik dari kelas tadi, Buka Facebook sekajap, terbaca status ni, Betul-II menyentuh perasaan saya. Ingin saya menjadi lelaki seperti ini. Mari kita sama-II menjadi lelaki seperti ini, agar kita sentiasa ten...

Hari ini saya GAGAL

Jikalau matinya adinda, terbunuh lah beta, Jiwa mengeluh, tidak teratur kerana  perkejaan itu, Lalu, sepanjang hidupnya mengharapkan pekerjaan idaman, Ilmu yang dituntut dah lupa, sekeping kertas yang dapat dah ada , Namun, akhirnya sampai bila menjadi kepompong pengangguran kehormat,  Kejayaan itu adil, Bukan terletak kepada pendidikan yang tinggi semata-II, Kejayaan juga milik orang lain yang berusaha untuk berjaya. Ketenangan akan dapat dicari dengan membaca Al-Quran =) Assalamualaikum, Setelah saya lama bertafakur didalam alam maya, tiba-II terlintas di dalam hati, tentang subjek-II yang sukar pada keramaian pelajar dan sedang saya lalui pada masa yang sama.  Tahniah kepada mereka kerana rajin. Beza keputusan itu cermin kepada siapa ? Bagi saya , beza antara orang yang cemerlang keputusannya dengan gagal dalam keputusan adalah tahap kerajinan dan kemalasan mereka. Kalau dah sampai tahap Degree ni, istilah bodoh atau pandai itu sudah tidak digu...

Segmen: Hijrah Itu Indah

Klik SINI untuk join =) Assalamualaikum kepada sahabat-sahabat setia sekalian. Wah, saban hari tidak menjenguk apa yang ada dalam belog, tiba-tiba ada satu jemputan dari sahabat blogger untuk turut serta segmen ini. Secara peribadinya, saya amat tertarik , mampu meluas pandangan, menangkap kejiwa untuk meluangkan masa menulis dibawah tajuk segmen istimewa ini. Terima kasih kepada TeamHijrah kerana membuat segmen ini. [Sharing Moment] Ceritakan pengalaman hijrah anda. Bagaimana permulaan, cabaran dan iltizam anda. Alhamdulillah bersyukur sangat-sangat sepanjang kehidupan yang saya lalui memang sebenarnya banyak titik perubahan & penghijrahan dalam diri saya itu bermula. Saya sering perasan , daripada status FB " Orang yang baik tidak semestinya tidak punyai masa silam, Orang yang jahat tidak semestinya tidak punyai masa depan " . Betul, saya setuju yang itu. Permulaan hidup saya memang dididik dengan mengikut susur agama yang betul, namun...

Segmen Kenali Saya Purple Sweetyzhanieyz83

Klik untuk Join >> DISINI Sebelum 30 Mac 2013 Assalamualaikum wahai blogger-blogger sekalian, maaf sekian lamanya sudah tidak meninjau-ninjau dengan lebih luas dari kamar ke kamar blog-blog sekalian. Hehehe. Niat utama adalah untuk saling kenal mengenali, berkongsi cerita yang mungkin boleh mencuit hati pembacanya. Hehehe. Suka memasukkan entri disebalik segmen, sebab sambil termengah-mengah kepenatan berjalan kaki disetiap teres segmen, boleh lah baca entri kalian semua. Doakan saya ea, agar lebih bersemangat untuk menulis entri lagi. Kadang-kadang tiada idea nak tulis apa, disebabkan jadual harian yang padat dengan kuliah, waktu belajar, dan aktiviti yang dijadualkan. Masa untuk meneruskan agenda berbelog semakin terhad, tiba-tiba semangat menjadi suram. Oh risaunya saya. Mungkin saya menggunakan segmen ini untuk melepaskan tekanan yang ada. Emm boleh ke ?  Saya terpaksa mencuri masa semata-mata untuk BW (blogwalking), bukan apa, ingin meningkatkan lagi s...