Skip to main content

"..Ada org kata kat FB ni banyak racun, berbanding madunya.."



Tak salah nak promote diri untuk benda Halal..
Terpanggil untuk menulis.. sebab..
.
"..Ada org kata kat FB ni banyak racun, berbanding madunya.."
.
.
Saya kata tidak..
.
.
>> ia bergantung pada siapa kawan yg kita pilih.. siapa kawan kawan anda dalam list friend.. yg baik atau sebaliknya..
.
.
Ni few step yang relevan sape rasa nak dapat bakal Zauj/zaujah pada masa sekarang..
.
.
1. PERSEDIAAN: buat persediaan diri, perbaiki diri.. Tajdid niat nak kahwin tu buat perr yaa..
Selaintu, boleh belajar belajar keluar 3 hari, iktikaf di masjid, hadir kuliah agama, perbaiki bacaan Al-Quran..
Dan bersedia jadi imam masa berjemaah dgn kengkawan..Persediaan banyak lagi.. Nafkahnye, Kewangannya.. Pengurusan diri nya.. Pengurusan masanya..
.
.
2. SUASANA: Banyak baca pasal ilmu berkahwin..
Banyak pengang baby, banyak bergaul dengan orang dah kawin, minta pendapat, cadangan, apa perancangan kita nak kahwin nanti..
.
.
3. TANYA: Banyak tempat boleh kita tanya, boleh tanya kat kawan, cikgu, atau dalam organisasi..
"..Ada tak kawan kawan nak jadikan bakal zaujah.."
Tak de masalah, kalau bakal isteri anda tu rupanya dari orang dekat dekat jer..
Boleh juga promote diri kat Baitul Muslim.. Atau promote jerr kat FB ni.. Mmg malu kan, tapi "..Be Confident.." sikit.. (Walaupun saya pemalu sesangt)
.
.
4. TAARUF: Sebaiknya, ada orang ketiga buat urusan taaruf..
Suruh mak ke, suruh classmate perempuan yang tolong sepanjang taaruf.. Kalau kita sendiri jaga adab dalam taaruf.. jaga ikhtilat..
Maaf, Saya belum arif lagi bab ni.. Tapi jangan taaruf lelama pulak.. taaruf ni proses nak kenal bakal zaujah kita..
.
.
5. ISTIKHARAH: Jangan lupa buat istikharah.. Penting tu..
Walaupun tak mimpi juga, jangan tunggu mimpi, tapi ikut gerak hari anda, mana yang lebih kuat..
Banyakkan doa.. dan berselawat.. InshaAllah, Allah datangkan Ilham..tak harini.. esok..
.
.
6. JUMPA BAKAL MAK AYAH: kat sini la baru kita nak kenal hati budi masing masing..
Semuanya depan mak ayah..Saya tiada masalah, kalau harini kenal.. Esok nak jumpa mak ayah terus..
Bukan terburu-buru.. Tapi nak baik dulu dengan bakal mak ayah.. Siap-siap Bakal Mak ayah yang suruk kawin cecepat..
Bawak mak ayah kita kalau boleh, bincang terus mahar bape, hantaran berapa yang dipersetujui.
.
.
7. ATTEND KURSUS PERNIKAHAN & MEDICAL CHECK UP - Step ni wajib sebelum nikah.. Boleh hadir sebelum/selepas jumpa bakal zaujah/zauj..
.
.
8. WALIMAH: Ukur baju sendiri tau.. Kalau rasa tak mampu.. sebab student lagi.. Jangan la meminjam nak buat grand-grand.
Sekarang kan Trend 'Make It Simple'.. Pakai pelamin bese bese pun jadi pelamin.. Kawan saya ramai buat pelamin Hipster lagettew harga terbaik..
Ramai jer pakai baju pengatin tak berpasang-pasang pun.. Okay jerr bahagia sampai sekarang.. Better saving duit utk survival lepas kahwin nanti..
.
.
9. BISNES: Kenapa saya selitkan pasal bisnes, it will make your planning happens..
Pandai saving, pandai asingkan duit, pandai rolling.. InshaAllah, Tak payah tunggu kerja, awak semua da mampu da nak kahwin..
(Dari segi kewangan la, jgn lupa persediaan lain yg dah cite kat no.1)
Sekarang ni, banyak bisnes yang tak mengganggu waktu belajar.. Kalau nak sambugn master.. Biarlah kena ada kerjaya sampingan..
Jangan lupa bantu orang lain, sedekah, gunakan sedikit keuntungan untuk orang yg memerlukan...
.
.
Teringat masa tahun 1, teruja sgt Tuan Amin Idris bagi talk kat UTHM.. Masa tu beliau buat Master.. Pun boleh aktif bg talk, motivator, penyampai TV Alhijrah.. Kenapa tidak saya?
.
Nasihatnya, "impian biar besar gila gila"
.
Beliau ajar la tips nak ada impian besar gila.. Sangat terinspirasi..
.
Keluar dewan tu, saya mula setup impian besar..
.
Nak jadi penulis, motivator, dan ada bisnes.. dan Nikah..
.
Siap tulis tarikh spesifik tu!
.
Alhamdulillah, walaupun tak tepat masa apa yg sy plan, sekurang kurangnya, tercapai jgk impian sy.. tak semua, tapi ada 
.
Sekadar tips biasa biasa jerr dari saya... Papepun doakan saya yang terbaik dalam membuat keputusan..
Kalau awak rasa Okay dan relevan.. Minta jasa baik untuk SHARE kat rakan rakan anda ya..
Atau komen pendapat anda kat bawah..




Comments

Anonymous said…
Yes.Indeed.Jazakallah khaeer for sharing good point and tips.
ninanafebria said…
Assalamualaikum...
#good
Anonymous said…
Assalamualaikum brother. I have send some details throughout your inbox fb. If you have some times, please read it. May Allah bless and ease what you have planned.

Popular posts from this blog

Nostalgia impian dan Harapan Cita-citaku

Assalamualaikum. Selamat Awal Pagi. Mesti korang ingat saya sedang Fresh bangun pagi terus update belog kan ?? Sebab termimpi apa entri yang bakal ditulis ?? hahaha tidak lah sebegitu. Sebenarnya saya belum lagi tidur. Dah biasa dah macam ni. Bagi saya waktu-waktu macam ini sesuai untuk saya menulis entri yang apa sahaja terlintas di benak fikiran ini. Apa perasaan saya sekarang ? Gemuruh atau Risau ? ke gembira ? . Saya nak ceritakan aktiviti harini sebelum ubai sibuk mengupdate entri ini. Firstly berkenaan cita-II ubai. Bila cerita pasal cita-II mesti semua orang suka mengelamun. Aku nak jadi angkasawan lah, nak jadi saintis lah, nak jadi seorang Motivator terhebat lah. Bagus semua itu, kerana prinsip ubai, apa yang kita impikan , apa yang kita cakapkan , itulah akan berlaku sebenarnya. Impian itu cas semangat dan mempengaruhi tubuh badan akal fikiran okay. Okay, dah jauh telajak ni, masa ubai kecik-II dulu ubai pernah terbayangkan yang ubai ini akan jadi saintis berjaya. Cewah! sa

Selepas Viral: Saya datang dengan hasrat, untuk berkahwin dengan anak pakcik

Bakal yang aku jumpa selepas aku viral.. Masa ni bulan 6.. Bulan puasa.. Teringat lagi, dia sungguh sungguh suruh datang berbuka sama sama dgn family dia, sambil sambil tu jumpa mak ayah terus bincang pasal kahwin.. Dalam hati, "..mak aiiihh, terus suh dtg bincang dengan family teruss.. padahal tak kenal lagi ni.. sungguh sungguh tu dah nampak sikit dah.." Dalam ramai ramai wanita.. dia antara yang pertama, terus suruh bincang dengan mak ayah... Antara beribu orang yang sempat aku balas satu satu tu, aku terbuka hati nak bagi no phone aku kat dia.. Kenapa terbuka hati? Itu perancangan Allah.. . . Mulanya mmg stranger, kami tak pernah kenal langsung.. nak stalk kat FB pun tak lepas, sebab masatu takda gambar dia kat FB. . . Dia selalu mesej suruh dtg rumah jumpa mak ayah.. dia kata dia tunggu aku.. . . disebabkan aku bz dah nak praktikal.. ke Kuantan.. aku biarkan saja.. tak dapat memenuhi hasrat berbuka sama sama dengan keluarga beliau.. . . Bukan aku tak nak terim

SEGMEN : Blogwalking & Kenali IPT

Kelik kalau nak Join SEGMEN ni >> Husna Humairah  & Kak Niera Assalamualaikum, Selamat malam, sepetang bersama dalam blog . Wah , segmen ini mampu menarik minat saya lah. Saya sebenarnya blogger baru tau, memang minat join segmen. Tapi tidak lah semua segmen. Sebab percambahan segmen ni sangat drastik, tak sempat saya nak follow satu, demi satu, sebab saya pun sedang sibuk. Ini pun curi masa sikit sebab exited nak join segmen ini [ditulis pada waktu malamnya]. Terima kasih banyak-banyak kepada husna humairah & Kak niera sebab jemput join segmen ini. Emm nak tanya ? adik beradik ea ? nama macam semacam jea ? hehehe. Maaf busy body sikit. Tapi memang hebat lah , sebab idea segmen ini sebenarnya memberi impak positif sebenarnya kepada sesiapa yang membaca, menimbulkan perasaan menarik buat saya untuk menulis lagi =). Terima kasih ya. Bila bercerita pasal IPT "Entry kalian mestilah berunsurkan IPT masing-masing. (samada mengenai pensyarah, atau c