Klik SINI untuk join =) Assalamualaikum kepada sahabat-sahabat setia sekalian. Wah, saban hari tidak menjenguk apa yang ada dalam belog, tiba-tiba ada satu jemputan dari sahabat blogger untuk turut serta segmen ini. Secara peribadinya, saya amat tertarik , mampu meluas pandangan, menangkap kejiwa untuk meluangkan masa menulis dibawah tajuk segmen istimewa ini. Terima kasih kepada TeamHijrah kerana membuat segmen ini. [Sharing Moment] Ceritakan pengalaman hijrah anda. Bagaimana permulaan, cabaran dan iltizam anda. Alhamdulillah bersyukur sangat-sangat sepanjang kehidupan yang saya lalui memang sebenarnya banyak titik perubahan & penghijrahan dalam diri saya itu bermula. Saya sering perasan , daripada status FB " Orang yang baik tidak semestinya tidak punyai masa silam, Orang yang jahat tidak semestinya tidak punyai masa depan " . Betul, saya setuju yang itu. Permulaan hidup saya memang dididik dengan mengikut susur agama yang betul, namun...