Skip to main content

Zaujahku jurukamera

Bila isteri aku jurukamera.
Dahulu kami saling mengenali.  Di awal perkenalan kami hanyalah terlibat sama dalam satu program. Kebetulan kami bertugas unit yang sama.
Pertemuan ini selalu tidak disangka-sangka.
Dia seorang pemalu, dan kurang bercakap. Oleh kerana saya ketua masa itu, adalah sepatah dua yang dia jawab sambil tersipu-sipu memandang kebawah.
Dalam hati ini cuba sangka baik, "dia sedang menjaga pandangan, dan suara agaknya".
Dia bukanlah gadis perwatakan seperti wanita muslimah, hanya wanita biasa-biasa, namun tetap jaga batas dan auratnya.
Aku, tak pernah terfikir yang akulah yang sebenarnya akan memimpin dia.
Sekarang Alhamdulillah, Allah telah permudahkan segalanya. Semasa hari pertama saya jadi imam dia. Tak lama tu, dia rupanya tidaklah pemalu sangat. Terus teruja ajak berbual dengan saya. Maklumlah sebelum ini kami memang kurang bercakap. Dia mula bercerita  masa kami di universiti dahulu.
"Awak tahu tak, masa tu saya selalu berdoa, Ya Allah temukanlah aku jodoh walau apa jua sekalipun. Ya Allah sungguhpun belum ku ketahui siapa pemilik tulang rusuk kiri ku, sampaikanlah salam kepadanya, permudahkanlah urusannya, percepatkanlah pertemuan kami di atas jalan mu", sambil mata melirik kecil memandang tepat ke arah ku.
"First saya kenal awak, saya rasa awak macam orang yang ditunjukkan dalam mimpi saya. Masatu saya penat baru lepas terlibat salam satu program ceramah, sampai dirumah saya keletihan tapi kuatkan diri juga untuk solat sunat istikharah selepas solat isha' walaupun mata dah berkedip kedip mengantuk, tak sedar entah bila saya terlelap, tahu-tahu saya bermimpi malam itu", aduannya itu buat aku tersenyum. Ya Allah, isteriku bukan biasa-biasa rupanya. Dalam diam dia rajin bangun solat sunat malam. Tak pernah sangka Allah hadiahkan aku seorang isteri sebegini.
"Saya rasa mudah bila kenal dengan awak", itulah kata yang beri maksud mendalam buat diriku pada masa tu.
Mungkin 'cliche' yang dia nak aku melamarnya. "Err tak nak aku", sebab aku tahu hatiku dimana. Bukan mudah bila diuji sebegini. Tak mahu disakiti lagi 'entah kali yang keberapa'.
Sekarang, segala-galanya telah selesai. Aku bersyukur padamu Ya Allah. Aku tidak mahu mengharap kesempurnaan pada isteriku. Cukuplah kesempurnaan yang ada. Aku mahu membetulkan diriku dahulu. Kan kita saling melengkapi kan.
Inilah hari yang menggamit memori. Gambarku ditangkap olehnya. Hari dimana aku berkonvokesyen. Cantik..... Macam orang yang tangkap gambar tu. Sekali gurau dengan dia kene cubit. Sakit =(
#sekadar gambar hiasan
#cerita rekaan semata
#hanya sekadar nukilan pagi
#opss tak kene mengena dengan penulisnya
#jangan hukum saya
#graduationday
#uthm


Comments

Popular posts from this blog

SEGMEN : Blogwalking & Kenali IPT

Kelik kalau nak Join SEGMEN ni >> Husna Humairah  & Kak Niera Assalamualaikum, Selamat malam, sepetang bersama dalam blog . Wah , segmen ini mampu menarik minat saya lah. Saya sebenarnya blogger baru tau, memang minat join segmen. Tapi tidak lah semua segmen. Sebab percambahan segmen ni sangat drastik, tak sempat saya nak follow satu, demi satu, sebab saya pun sedang sibuk. Ini pun curi masa sikit sebab exited nak join segmen ini [ditulis pada waktu malamnya]. Terima kasih banyak-banyak kepada husna humairah & Kak niera sebab jemput join segmen ini. Emm nak tanya ? adik beradik ea ? nama macam semacam jea ? hehehe. Maaf busy body sikit. Tapi memang hebat lah , sebab idea segmen ini sebenarnya memberi impak positif sebenarnya kepada sesiapa yang membaca, menimbulkan perasaan menarik buat saya untuk menulis lagi =). Terima kasih ya. Bila bercerita pasal IPT "Entry kalian mestilah berunsurkan IPT masing-masing. (samada mengenai pensyarah, atau c...

Segmen : Terjah Tahun Baru AisyahHumaira'

Assalamualaikum , dan selamat pagi ..  Hari ini saya sengaja menyertai segmen ini kerana difikirkan best juga terjah menterjah ini .. Dapat tahu segmen ini daripada seorang blogger cik Nurul Ain   sebab dia ada mention nama kak kat entri dia ...  Mengikhlaskan hati nak blog walking .. hehehe , terjumpa lah segmen ini. Blogger baru pun , memang kalau nak dapat Hadiah tu rasanya susa kot . Hehehehe. Semoga dapat merapatkan Ukhwah-II sesama blogger =) amiinnn ~~ Jom kelik Sini =)

Segmen Follow & Blogwalking #2 Oleh Mialiana.com

Segmen Follow & Blogwalking #2 Oleh Mialiana.com Segmen ini dibuat bagi memudahkan Mia Liana untuk follow dan blogwalking semua blog peserta segmen ini. Secara tidak langsung ianya memberi ruang dan peluang kepada blogger lain untuk turut follow, blogwalking dan berkenalan antara satu sama lain dengan lebih mesra. Segmen ini bermula dari 7.00 pagi 9 Mac 2013 sehingga 11.59 malam 20 Mac 2013. Mia Liana berharap agar segmen ini mendapat sambutan dan semua blogger dijemput join. Hanya 4 langkah mudah diperlukan : Follow blog Mialiana.com , Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com Buat entri bertajuk Segmen Follow & Blogwalking #2 Oleh Mialiana.com Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen entri ini . Pemilihan pemenang : 10 blog akan dipilih melalui random.org Pemenang dikehendaki memberikan satu URL entri terbaik dari blog mereka ...