UbaidullahJaafar: September 2013

Saturday, 7 September 2013

Permohonan Biasiswa JPA Program Ijazah Dalam Negara (PIDN) 2013 2014





Klik gambar untuk pautan ke JPA

Permohonan Biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam Di Bawah Program Ijazah Dalam Negara (PIDN) Bagi Mengikuti Pengajian Peringkat Diploma Dan Ijazah Sarjana Muda Di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) Dan Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) Dalam Negara Bagi Sesi 2013/ 2014 Dijangka Akan Dibuka Pada Bulan September 2013.

Iklan Permohonan
Tawaran Biasiswa Ini Juga Akan Di Iklan Secara Ringkas Dalam Akhbar Berita Harian, Utusan Malaysia, The New Straits Times, Tamil Nesan, Nanyang Siang Pau, The Borneo Post Sarawak Dan The Borneo Post Sabah Pada Hari Sabtu Dan Ahad awal bulan September.

Maklumat Lanjut dan Permohonan

Maklumat Lanjut Mengenai Syarat-Syarat Permohonan, Bidang Tajaan Dan Cara Memohon Boleh Diperolehi Dengan Melayari Portal eSilaV2 setelah permohonan dibuka nanti.


SYARAT-SYARAT PERMOHONAN

  1. Warganegara Malaysia;
  2. Umur tidak melebihi 25 tahun pada atau sebelum 1 Januari 2013.
  3. Memiliki Sijil Penuh bagi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk melayakkan lantikan ke perkhidmatan awam termasuk kepujian dalam Bahasa Melayu dan Ujian Lisan pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; dan
  4. Telah menerima tawaran kemasukan ke tahun pertama (1) pengajian (Bagi lepasan Matrikulasi/Asasi/STPM) atau tahun kedua (2) dan ke atas di peringkat ijazah pertama dan mempunyai baki 2 tahun pengajian; dan
  5. Tahun pertama peringkat diploma dari mana-mana IPTA (kecuali UPSI).
Selamat Memohon =)





Terima Kasih membaca =)

Thursday, 5 September 2013

Persediaan Naik Cuti Semester



Assalamualaikum, salam sejahtera. Diharapkan sahabat-II & saudara-II dalam keadaan sihat dan ceria, mana tak nya, dah menikmati cuti semester. Kalau tiga (3) bulan itu dimanfaatkan dengan kerja saya rasa dah boleh buat bayar yuran semester dah. Hehe. Alhamdulillah, cuti tu pulak jatuh masa bulan Ramadhan dan Syawal. Rasanya banyak masa kalau nak habiskan dengan keluarga & kawan-II pada bulan Syawal asalkan Ramadhan dimanfaatkan dengan beribadah.

Tahu tak, sekejap masa berlalu. Sekarang tinggal seminggu lagi nak naik cuti. Ingatkan masa cuti boleh mengulangkaji. Ehh tak jugak. Termasuk lah saya asyik TAK MENYEMPAT STUDY ja, Fullstop. hehe. Tapi disini masih ada masa lagi untuk 'outing' ke perpustakaan untuk cari & pinjam buku-II sesuai sebagai bahan persediaan naik semester.

Emm, saya sempat menyiapkan kad ucapan untuk saudara & saudari semua. Boleh simpan dan cetak. hehe.



Sebelum minggu perkuliahan bermula, saya ada beberapa cadangan sebagai persediaan naik cuti semester agar kita tidak lah terlalu kelam kabut, manakala perjalanan minggu pertama kuliah sangat tersusun.

  1. Print senarai subjek yang diambil pada semester ini;
  2. Buat analisa tentang subjek berkenaan tajuk pada setiap bab;
  3. Guna teknik 'scanning' untuk menjana pengetahuan pada subjek tersebut;
  4. Catat mana yang tidak faham & difikirkan susah; dan
  5. Dapatkan nota-II subjek @ buku yang berkenaan di perpustakaan.
Sekian,
Selamat mengharungi laluan baharu & semangat baharu pada semester ini. Khas UTHM student & UTHM blogger.




Terima Kasih membaca =)

 
This blog was own by me & copyright 2012 Ubaidullah Jaafar . All Right Reserved To Me.