Assalamualaikum wbt~~ Owh tersangat rindu untuk beristirehat di kamar belog ini. Rasa macam dah berhabuk-habuk dah, mesti kena cari sapu bulu ni, nak lap-lap sikit kan. Cuba bayangkan yang belog ni adalah bilik kita yang sangat ekslusif, yang telah dihias dengan warna warni, sekuntum bunga mekar segar baru dipetik berdiri dalam gelas kaca lut-sinar sedang berisi air putih , lalu bunga itu senyum menghadap kita. Mungkin hati terubat seketika kan ? Minta maaf sangat-sangat kepada kawan-kawan & shabat-sahabat blogger sebab sekarang hanya sempat jadi Silent BW ( blogwalking ) jea untuk segelintir entri. Sebab tak sempat nak menghadap paparan komputer riba buat masa yang lama kerana sibuk dengan beberapa aktiviti yang yang telah dijadualkan sepanjang cuti semester ini, tup tup dah habis cuti, dah nak mula semester ke-2 (dua). Sekejapnya masa berlalu, tak sempat nak berehat-rehat di rumah. Tapi tidak mengapa mungkin ini pengalaman baru buat saya yang boleh membangunkan...