Skip to main content

Sentuhan Buat Jiwa Kacau






Sentuhan Buat Jiwa Kacau
*dikarang oleh ubaidullah jaafar
Pada 8 Jan 2013 pukul 11.04 AM


Jiwa membelit kesempitan ,
Memunggah kerisauan,
Menanjak kesakitan yang dekat disudut kalbu.
Apakah hati ku ini berbisa,
Berbisa kerana lara,
Berbisa kerana cinta,
Adakah aku kehausan,
Kehausan dengan kepanasan,
Kehausan dengan nikmat.



Begitulah yang sering dikaitkan dengan jiwa kacau melalui serangkap puisi. Sebenarnya masalah, masalah yang mungkin terjadi kepada sesiapa sahaja, masalah yang mungkin terpaksa dilalui tanpa mengenal usia, tapi belum tentu dapat diselesaikan dan diatasi. Mahu mengelak takut tersungkur, mahu menyambut takut rebah.

Jiwa kacau samalah erti dengan jiwa yang kusut, hati yang tidak tenteram, emosi sering terganggu, fikiran yang bercelaru. Ini disebabkan oleh masalah yang dihadapi oleh diri manusia. Namun tidak semua tahu , bagaimanakah mengubati hati yang tidak tenteram, kadang-kadang boleh membawa keburukan akibat sangat tertekan. Ada yang membunuh diri, ada yang terlibat ke kancah penyalahgunaan dadah, ada yang minum arak, dan sebagainya dan akhirnya membawa kepada kegelapan kepada diri sendri.

Saya akui, saya yang menulis sering juga mengalami perkara yang sama, apatah lagi saya merupakan seorang pelajar yang memikul banyak tanggungjawab sebagai seorang mahasiswa, sebagai seorang abang yang sulung, sebagai seorang lelaki, namun saya percaya mereka yang diluar sana juga mengalami nasib yang sama, malah ada yang lebih hebat daripada saya. Tetapi kita tidak seharusnya mengambil langkah mudah demi mengelak masalah ini.

Ada salah satu penyebab jiwa kacau yang berlaku dikalangan remaja antaranya berkait dengan percintaan. Saya melihat, mereka yang begitu fanatik dalam bercinta, tetapi akhirnya diduakan, di tiga segi kan oleh pasangannya bakal membawa kemurungan, keradangan emosi, dan perbuatan luar kawal. Kenapa ini berlaku wahai saudara-saudaraku sekalian? bukankan kita perlu mengajar dan melatih diri kita agar dapat menempuh cabaran. Sesungguhnya cabaran dalam berbentuk percintaan ini memang berat dan besar. Kalau tak mahu dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai menunjukkan pepatah melayu itu kukuh, pepatah melayu adakalanya betul dan boleh diaplikasikan dalam diri. Sangat berat membicarakan tentang cinta, masakan saya pun bermasalah dalam percintaan sewaktu dahulu pun akhirnya goyah dengan deruan ombak. Sebab itu lah saya menggunakan pepatah ini,  kalau kita tak sanggup menghadapi cabaran percintaan sebesar lautan, sekuat  lambungan ombak tsunami,  seinci jarak dari pantai janganlah sengajakan diri untuk melunakkan hati dengan nikmat cinta. Bercinta semasa muda semestinya besar cabarannya apatah lagi kita sedang memikul beberapa tanggungjawab serta amanah yang lain yang jauh lebih penting. Bercinta itu boleh, asalkan anda sedia untuk cabarannya dan anda perlu ingat bahawa tiada yang lebih mulia melainkan bercinta selepas nikah dalam konteks percintaan sesama pasangan. Tentulah kita perlu menetapkan dalam hati bahawa bercinta dengan Allah dan rasulnya sebagai perkara utama.

Selain itu, jiwa kacau ini sering dikaitkan juga jika kita tak dapat sesuatu, ataupun dengan kata lain kita gagal dalam sesuatu. Saya ingin memasukkan perkara ini dalam konteks mahasiswa yang gagal dalam ujian, peperiksaan dan sebagainya. Selalunya mereka ambil mudah dengan membuat keputusan untuk mematikan semangat untuk belajar ataupun yang lebih dahsyat lagi tidak mahu memeneruskan pengajian. Sebab itu, kita selalu melihat pelajar yang gagal dalam satu subjek bakal gagal dengan beberapa subjek yang lain. Ini membuktikan kegagalan yang telah mereka lalui itu tidak dijadikan sebagai agenda baru dalam usahanya.  Sekecil-kecil pulau dilambung ombak tidak pula dia berganjak, sehalus-halus pasir ditiup angin terbentuk pula sebuah bukit.

Kita perlu mengambil iktibar terhadap apa yang telah berlaku, jangan pernah kecewa terhadap apa yang berlaku. Ingat, jika menginginkan semata-mata untuk kejayaan dunia, maka kegagalan yang berlaku itu akan membuahkan ketidaktenteraman jiwa. Jika kita mengharapkan keredahaan  Allah dalam melakukan semua usaha, maka kegagalan yang telah berlaku  adalah titik kemanisan. Manakan tidak kita boleh baiki kesilapan andai tidak tahu dimana titik kegagalan kita ?  dimana silap kita. Itulah manisnya, itu lah kasihnya Allah kepada kita , sengaja menguji kita sebelum meletakkan kita yang lebih baik.Sesungguhnya mencari redha Allah adalah lebih penting daripada segala-galanya.  

Tidak mahu berceloteh panjang, saya juga mengingatkan diri saya juga, dimana mencari ketenangan itu hanya terletak kepada Allah. Jiwa kacau hanya mengadu kepada Allah, hati sedih hanya merintih kepada Allah, kalbu tertusuk hanya beristighfar kepada allah. Banyakkan doa dalam melakukan sesuatu perkara, bayakkan solat sunat tahajjud dan sunat taubat, mengadu, memohon kepadanya, “Ya Allah, aku insan yang lemah yang mendambakan pertolongan dariMU, aku tidak berdaya menghadapi semua ini , Kau berikanlah kekuatan Ya Allah, Tiada tempat ku mengadu selain Mu,”.

Pengubat jiwa kacau itu adalah ketenangan. Ketenangan yang diturunkan olehNya buat hamba-hamba yang dikasihinya. Tiada alternatif lain yang dapat menawar duka mengubat sengsara selain mengadu kepada allah, memohon, meminta pertolongan daripada Allah. Dia yang berhak memberikan ketenangan dalam diri kita. Hari ini mari kita sama-sama sedar bahawa tasbih yang selembaran, sejadah yang tergantung, tempat sujud yang tandus  itu masih terbuka menanti calonnya . Ayuh sama-sama kita berdoa agar hati ini menjadi lembut bak sutera tatkala berdoa kepada Allah. Menjiwai keikhlasan. Manakala siangnya menjadi seolah-olah pahlawan di medan perang tatkala bangkit menjadi khalifah di dunia semata-mata mencari keredhaan dariNya. Dan akhirkata dari saya, semoga artikel ini memberikan inspirasi baru kepada anda yang membaca , dan memberi suntikan baru kepada diri saya supaya semangat berjuang mecari keredhaan Allah. Keredhaan yang manusia tak pernah sedar bahwa ia lah keredhaan yang utama. Wallahu a’lam.

Comments

Popular posts from this blog

Nostalgia impian dan Harapan Cita-citaku

Assalamualaikum. Selamat Awal Pagi. Mesti korang ingat saya sedang Fresh bangun pagi terus update belog kan ?? Sebab termimpi apa entri yang bakal ditulis ?? hahaha tidak lah sebegitu. Sebenarnya saya belum lagi tidur. Dah biasa dah macam ni. Bagi saya waktu-waktu macam ini sesuai untuk saya menulis entri yang apa sahaja terlintas di benak fikiran ini. Apa perasaan saya sekarang ? Gemuruh atau Risau ? ke gembira ? . Saya nak ceritakan aktiviti harini sebelum ubai sibuk mengupdate entri ini. Firstly berkenaan cita-II ubai. Bila cerita pasal cita-II mesti semua orang suka mengelamun. Aku nak jadi angkasawan lah, nak jadi saintis lah, nak jadi seorang Motivator terhebat lah. Bagus semua itu, kerana prinsip ubai, apa yang kita impikan , apa yang kita cakapkan , itulah akan berlaku sebenarnya. Impian itu cas semangat dan mempengaruhi tubuh badan akal fikiran okay. Okay, dah jauh telajak ni, masa ubai kecik-II dulu ubai pernah terbayangkan yang ubai ini akan jadi saintis berjaya. Cewah! sa

Selepas Viral: Saya datang dengan hasrat, untuk berkahwin dengan anak pakcik

Bakal yang aku jumpa selepas aku viral.. Masa ni bulan 6.. Bulan puasa.. Teringat lagi, dia sungguh sungguh suruh datang berbuka sama sama dgn family dia, sambil sambil tu jumpa mak ayah terus bincang pasal kahwin.. Dalam hati, "..mak aiiihh, terus suh dtg bincang dengan family teruss.. padahal tak kenal lagi ni.. sungguh sungguh tu dah nampak sikit dah.." Dalam ramai ramai wanita.. dia antara yang pertama, terus suruh bincang dengan mak ayah... Antara beribu orang yang sempat aku balas satu satu tu, aku terbuka hati nak bagi no phone aku kat dia.. Kenapa terbuka hati? Itu perancangan Allah.. . . Mulanya mmg stranger, kami tak pernah kenal langsung.. nak stalk kat FB pun tak lepas, sebab masatu takda gambar dia kat FB. . . Dia selalu mesej suruh dtg rumah jumpa mak ayah.. dia kata dia tunggu aku.. . . disebabkan aku bz dah nak praktikal.. ke Kuantan.. aku biarkan saja.. tak dapat memenuhi hasrat berbuka sama sama dengan keluarga beliau.. . . Bukan aku tak nak terim

SEGMEN : Blogwalking & Kenali IPT

Kelik kalau nak Join SEGMEN ni >> Husna Humairah  & Kak Niera Assalamualaikum, Selamat malam, sepetang bersama dalam blog . Wah , segmen ini mampu menarik minat saya lah. Saya sebenarnya blogger baru tau, memang minat join segmen. Tapi tidak lah semua segmen. Sebab percambahan segmen ni sangat drastik, tak sempat saya nak follow satu, demi satu, sebab saya pun sedang sibuk. Ini pun curi masa sikit sebab exited nak join segmen ini [ditulis pada waktu malamnya]. Terima kasih banyak-banyak kepada husna humairah & Kak niera sebab jemput join segmen ini. Emm nak tanya ? adik beradik ea ? nama macam semacam jea ? hehehe. Maaf busy body sikit. Tapi memang hebat lah , sebab idea segmen ini sebenarnya memberi impak positif sebenarnya kepada sesiapa yang membaca, menimbulkan perasaan menarik buat saya untuk menulis lagi =). Terima kasih ya. Bila bercerita pasal IPT "Entry kalian mestilah berunsurkan IPT masing-masing. (samada mengenai pensyarah, atau c