UbaidullahJaafar: May 2013

Wednesday, 29 May 2013

Seindah Idaman Wanita Muslimah




Jadilah lelaki Lelaki tampan Hati iaitu :

♥ dia bangun pada waktu SUBUH untuk menghadap TUHAN nya

♥ dia melapangkan waktu kerjanya untuk menyembah TUHAN nya pada waktu ZUHUR

♥ dia tahan kepenatannya semata-mata untuk berjumpa TUHAN nya tatkala ASAR menjelang
♥ dia tinggalkan dunianya buat seketika di kala MAGHRIB tiba

♥ dia menepati waktu solatnya pabila azan ISYA' sudah berkumandang

♥ Lelaki yang tampan hatinya seperti ini menjadi idaman para wanita muslimah kerana :

♥ mereka adalah bakal imam wanita

♥ mereka adalah bakal pemimpin keluarga

♥ mereka adalah insan yang bakal dihormati dan ditaati para isteri

♥ mereka adalah individu yang bakal menunjukkan jalan ke syurga pada keluarganya

#Semoga kita sentiasa istiqamah dalam Mencantikkan Hati kita =)


Balik dari kelas tadi, Buka Facebook sekajap, terbaca status ni, Betul-II menyentuh perasaan saya. Ingin saya menjadi lelaki seperti ini.

Mari kita sama-II menjadi lelaki seperti ini, agar kita sentiasa tenang dalam melakukan urusan dunia, dan diredhai Allah dalam melakukan urusan Akhirat.

Buat para wanita, khasnya blogger. Carilah lelaki seperti ini. Insha allah mereka boleh membimbing anda hingga ke Syurga. Menjadi kan zuriat anda zuriat yang soleh, yang menyenangkan. Tindak tanduk yang kita buat semata-II untuk keredhaan Allah, Insha Allah, Allah menjadikan anak-II kita esok, anak-II yang soleh. Sehingga kita kadang-II menangis gembira melihat anak yang sangat menyenangkan.





Ya, Allah, turunkanlah aku zuriat yang soleh, yang patuh kepada suruhanmu. AMIIN



Terima Kasih membaca =)

Hari ini saya GAGAL


Jikalau matinya adinda, terbunuh lah beta,
Jiwa mengeluh, tidak teratur kerana  perkejaan itu,
Lalu, sepanjang hidupnya mengharapkan pekerjaan idaman,
Ilmu yang dituntut dah lupa, sekeping kertas yang dapat dah ada ,
Namun, akhirnya sampai bila menjadi kepompong pengangguran kehormat, 
Kejayaan itu adil,
Bukan terletak kepada pendidikan yang tinggi semata-II,
Kejayaan juga milik orang lain yang berusaha untuk berjaya.


Ketenangan akan dapat dicari dengan membaca Al-Quran =)





Assalamualaikum, Setelah saya lama bertafakur didalam alam maya, tiba-II terlintas di dalam hati, tentang subjek-II yang sukar pada keramaian pelajar dan sedang saya lalui pada masa yang sama.  Tahniah kepada mereka kerana rajin.


Beza keputusan itu cermin kepada siapa ?

Bagi saya , beza antara orang yang cemerlang keputusannya dengan gagal dalam keputusan adalah tahap kerajinan dan kemalasan mereka. Kalau dah sampai tahap Degree ni, istilah bodoh atau pandai itu sudah tidak digunakan. Sebab bukan calang-calang pelajar yang boleh sampai ke peringkat Ijazah ini. Ada beratus ribu orang yang tak sampai belajar ke tahap ini. Dan kita dapat ?. Ada yang lepas SPM dah jadi usahawan memegang tender berjuta-juta. Ada yang habis degree masih mencanguk dirumah menagih pekerjaan. Itu mengikut kepada pendapat serta perancangan hidup individu. Bagi saya belajar ke tahap ijazah, bukan kerana untuk mendapat  pekerjaan baik semata-mata , bukan untuk merangkul beberapa anugerah dan pingat semata-mata, namun untuk menjadi seorang yang berjaya dari segi jiwa dan fizikal. Mampu mencipta kesenangan untuk orang lain, mampu mencipta pekerjaan untuk orang lain. Mampu menjadi orang yang beriman disamping kejayaan dari pelabagai aspek. Itu yang penting.


Kenapa saya gagal

Namun, beribu-ribu rintangan serta cubaan yang saya lalui selama 16 minggu setiap semester menunjukkan sejauh mana prestasi saya dalam alam menuntut ilmu. Kalau kita gagal sekalipun, jangan sibuk menyalahkan orang yang berjaya, jangan sibuk menunding orang lain kenapa kita gagal. Itu menunujukkan betapa burukknya jiwa kita yang tak pernah mengukur tahap kelemahan diri, malah menyalahkan orang lain pula sebagai kayu pengukur kelemahan diri. Biarlah dia berjaya, dia ada cara mereka tersendiri, biarlah kita gagal, kita boleh tahu dengan sendiri mana silapnya, mana kelemahan kita. Jangan pernah ada perasaan iri hati  dengan orang lain yang lebih baik dari kita. Sebaiknya, jumpa mereka untuk berdamping, bersama-sama mereka.


Jangan menghukum orang secara fizikal

Kebanyakan orang, suka memandang orang lain secara fizikalnya semata-mata, terus menghukum salah, terus menurunkan dosa kepada orang lain. Oh dia jahat, jangan kawan dengan dia, kalau kawan dia nanti kita jadi jahat. Dia berjaya sebab dia pukul orang, dia berjaya sebab dia bodek orang, macam-macam lagi persepsi. Orang macam ini hanya memandang persepsi yang buruk terhadap orang lain secara fizikal, samada menggunakan mata, telinga, bau, rasa, deria. Sampai macam itu spekulasi  mentaliti sempit yang sedang dipelopori oleh golongan muda zaman sekarang. Saya menekankan perkara ini kepada orang muda terutamanya mahasiswa dalam mengharungi kehidupan sebagai seorang yang mengarah kepada keilmuan. Sepatutnya perkara ini perlu dielakkan. Lebih teruk apabila dilemparkan nasihat,  langsung hatinya bertindak seolah olah lembu bertanduk dengan gajah.


Dengan itu saya mengakui segala kelemahan dalam diri , menunjukkan kenapa kita tak dapat A+ dalam pelajaran :

  1. Kurang bertanya kepada pensyarah
  2. Study benda yang difikirkan penting semata-mata
  3. Ulangkaji disaat-saat akhir
  4. Tiada penjadualan masa ulangkaji
  5. Malas
  6. Usaha tidak cukup lebih
  7. Tidak mengawal masa tidur
  8. Mengharapkan sumber yang ada semata-mata
  9. Penyakit lupa
  10. Tiada persediaan.






Terima Kasih membaca =)

 
This blog was own by me & copyright 2012 Ubaidullah Jaafar . All Right Reserved To Me.