UbaidullahJaafar: March 2013

Thursday, 21 March 2013

Segmen: Hijrah Itu Indah


Klik SINI untuk join =)

Assalamualaikum kepada sahabat-sahabat setia sekalian. Wah, saban hari tidak menjenguk apa yang ada dalam belog, tiba-tiba ada satu jemputan dari sahabat blogger untuk turut serta segmen ini. Secara peribadinya, saya amat tertarik, mampu meluas pandangan, menangkap kejiwa untuk meluangkan masa menulis dibawah tajuk segmen istimewa ini. Terima kasih kepada TeamHijrah kerana membuat segmen ini.

[Sharing Moment] Ceritakan pengalaman hijrah anda. Bagaimana permulaan, cabaran dan iltizam anda.

Alhamdulillah bersyukur sangat-sangat sepanjang kehidupan yang saya lalui memang sebenarnya banyak titik perubahan & penghijrahan dalam diri saya itu bermula.

Saya sering perasan, daripada status FB " Orang yang baik tidak semestinya tidak punyai masa silam, Orang yang jahat tidak semestinya tidak punyai masa depan ". Betul, saya setuju yang itu. Permulaan hidup saya memang dididik dengan mengikut susur agama yang betul, namun pengaruh daripada rakan-rakan sebaya & jiwa muda memberontak membuatkan mimpi dalam lena yang entah kemana.


Permulaan 

Kisahnya masa tingkatan 5 cikgu saya boleh dikatakan tegas demi mendidik anak muridnya agar berjaya. Rotan tu jangan cakap lah. Saaassss, saaasssss kat punggung. Sebab ? sebab markah tak naik dari markah ujian sebelum ini, tak siap kerja sekolah, tak datang sekolah, buat bising, dan lain-lain. Namun sekarang cikgu tu lah Idola saya sepanjang zaman. Saya tetap tak akan lupa dengan guru yang sangat perihatin terhadap anak muridnya. "Nak didik orang yang tak jalan memang kene pakai rotan " ujar guru saya sambil berseloroh. Cikgu saya ni baik, sebelum sesi pengajaran dimulakan, satu sesi motivasi diberikan. Diberi pencerahan minda tentang agama, ibu bapa, pelajaran, masa depan, kawan-kawan. Memang saling kait-mengait dalam kehidupan saya. 

Disitulah permulaan saya untuk minat terhadap pelajaran. Kalau dahulu PMR 4B,4C,1D je, tingkatan 4(empat) banyak gagal peperiksaan, namun tidak lagi pada tingkatan 5(lima). Saya mula minat untuk belajar, mula pandai mengajar kawan-kawan subjek teknologi elektrik dan matematik. Banyak masa tingkatan 5(lima) saya habiskan dengan tuisyen anjuran sekolah, dan tidur rumah kawan agar tidak lewat datang ke sekolah macam dulu, serta rajin buat study-group.

Cikgu elektrik saya bernama Cikgu Muhsin dan Cikgu Supaat . Cikgu ni lah yang incharge kelas saya masa tingkatan 5(lima).Cikgu sentiasa dalam ingatan. Tidak kurang juga dalam agama serta pembangunan diri. Sebelum masuk bengkel kami dimestikan untuk berlari serentak ( macam lari askar ) mengelilingi dewan terbuka sekolah selama beberapa kali . Dan sebelum sesi kelas diadakan, cikgu akan beri pendedahan tentang kepentingan menjaga solat, menghormati ibu bapa, menentukan masa depan. Siapa lagi yang nak ubah nasib kita kalau bukan kita sendiri. Nasihat itu, sentiasa saya ingat, lalu tersentap mimpi yang lena itu. Nasihat beliau, "selalu lah ingat apa yang mak ayah sedang buat di kampung, kalau nak buat sesuatu yang tak baik ". Tiada seorang pun yang mahu melihat anaknya buat perkara yang tak baik.

Saya pernah ponteng sekolah 40(Empat puluh) hari dalam setahun masa tingkatan 4. Sebab masa tu saya ulang-alik dari rumah ke sekolah jarak 22(Dua puluh dua)km . Masa itu pula selalu bangun lambat, rumah jauh. Bila sampai sekolah lambat, pak guard memang dah tutup pagar. Kalau masuk juga kena pergi bilik HEM. Nak elak kena sebat , buat keputusan ponteng. Seminggu hanya 3(tiga) hari sahaja sekolah. yang lain Ponteng. Naik sahaja Tingkatan 5(lima), alhamdulillah, sekali sahaja bermula dari first masuk sekolah ponteng 3(tiga) hari berturut-turut sebab baju sekolah koyak masa hari pertama, dan masa balik tu pulak motosikal rosak. 2(dua) hari berikutnya saya habiskan masa dengan membaiki motosikal sendiri. Dan dapat surat Amaran Pertama + sebat 3(tiga) kali.

Alhamdulillah, sejak 2(dua) 3(tiga) 4(empat) menjak daripada itu, saya sudah tidak ponteng ke kelas lagi, mula rajin belajar, terlalu minat dengan Matematik dan subjek Elektrik. Boleh dikatakan masa itu, matematik saya master la. Hehe. Dan mula berhenti merokok. Menggunakan pendekatan keberkatan Bulan Ramadhan, Alhamdulillah, sampai sekarang sejak daripada tahun 2008 saya tidak merokok. Itu pasal rokok. Belum hal belajar, saya belajar dan belajar, hari-hari kena buat latihan, hari-hari kena jawab soalan SPM lepas-lepas, dan ada ujian mingguan yang cikgu create sendiri menggunakan soalam lepas-II tersebut, dan dimestikan untuk ada peningkatan markah. Kalau tidak KENA SEBAT. Selepas sakit disebat, diberi nasihat yang baik dari cikgu, alhamdulillah saya mendapat banyak kesedaran masa itu.

Akhirnya, saya diberi kejutan dengan mendapat keputusan yang cemerlang dalam SPM. Tak pernah mengalaminya seperti itu. Mak ayah, guru, serta kawan-kawan juga gembira. Alhamdulillah masa itu saya mendapat keputusan 6A. Melanjutkan pelajaran di politeknik Merlimau Melaka selama 3(tiga) tahun. Dan sekarang dah graduate pun. Banyak juga perubahan dibuat disitu. Berkat perubahan dalam diri, dapat melanjutkan pelajaran peringkat Sarjana Muda di UTHM  sekarang.


Cabaran

Sepanjang perubahan saya biasalah cabarang memang banyak menduga. Baru nak meningkat dewasa, darah masih muda. Kadang-kadang terlupa jugak , terlepas pandang. Diperlekehkan. Itu menjadi perkara biasa dalam hidup saya. Prinsipnya senang sahaja, kalau saya gagal sekalipun, belum tentu ada yang sudi menghulur tangan.

Azam 
  1. Jadi orang yang lebih baik
  2. Menjaga pandangan Mata
  3. Menbaca Al-Quran & Terjemahan setiap hari
  4. Solat berjamaah 5 waktu
  5. Menyampaikan Dakwah di Blog & FB
  6. Sedia di kritik
  7. Dapatkan pointer terbaik
  8. Membangunkan diri agar boleh jadi pemimpin
  9. Jadi bapa yang baik sebelum bergelar BAPA
  10. Belajar sungguh-II

Harap Azam ini bukan untuk saya sahaja. Namun untuk saudara saudari juga =)

Ingin Saya Hijrahkan ,
  1. Bangun pagi setiap hari.
  2. Solat Sunnat Malam seminggu sekali.
  3. Solat Sunnat Setiap hari.
  4. Berjamaah setiap hari
  5. Subuh berjamaah 3 kali sehari
  6. Setahun khatam Al-Quran 3 kali
  7. Imam di Surau seminggu sekali
  8. Baca Ma'thurat setiap pagi dan petang
  9. Baca terjemahan Al-Quran seminggu 3 kali
  10. Baca buku motivasi sebulan 3 kali
Be Inspiration 

Sebelum kita menjadi bapa, mestilah menjadi bapa yang terbaik bermula Sekarang. Insya Allah, jika muda-muda lagi dah berubah & berhijrah ke arah yang lebih baik, Allah jodohkan dengan pasangan yang baik-baik, anak yang soleh, rezeki yang mencurah-curah. Aminn~~ Doakan saya.

Suka al-Quran ini =)


Terima kasih membaca. Sape lahir harini . Nak kad untuk awak =)


Assalamualaikum =)







Terima Kasih membaca =)

Wednesday, 13 March 2013

Segmen Kenali Saya Purple Sweetyzhanieyz83


Klik untuk Join >> DISINI
Sebelum 30 Mac 2013

Assalamualaikum wahai blogger-blogger sekalian, maaf sekian lamanya sudah tidak meninjau-ninjau dengan lebih luas dari kamar ke kamar blog-blog sekalian. Hehehe. Niat utama adalah untuk saling kenal mengenali, berkongsi cerita yang mungkin boleh mencuit hati pembacanya. Hehehe. Suka memasukkan entri disebalik segmen, sebab sambil termengah-mengah kepenatan berjalan kaki disetiap teres segmen, boleh lah baca entri kalian semua.

Doakan saya ea, agar lebih bersemangat untuk menulis entri lagi. Kadang-kadang tiada idea nak tulis apa, disebabkan jadual harian yang padat dengan kuliah, waktu belajar, dan aktiviti yang dijadualkan. Masa untuk meneruskan agenda berbelog semakin terhad, tiba-tiba semangat menjadi suram. Oh risaunya saya. Mungkin saya menggunakan segmen ini untuk melepaskan tekanan yang ada. Emm boleh ke ? 

Saya terpaksa mencuri masa semata-mata untuk BW (blogwalking), bukan apa, ingin meningkatkan lagi semangat ini, sebab dah lama dah tak memikirkan apakah entri hari ini yang patut saya buat. Apapun, doakan saya lebih bersemangat untuk belajar, menguruskan masa untuk meneruskan aktiviti berblog. Aminn~~

jadual yang telah dirancangkan , padat kan ? hehehe




Terima Kasih membaca =)

Saturday, 9 March 2013

Segmen Follow & Blogwalking #2 Oleh Mialiana.com


Segmen ini dibuat bagi memudahkan Mia Liana untuk follow dan blogwalking semua blog peserta segmen ini. Secara tidak langsung ianya memberi ruang dan peluang kepada blogger lain untuk turut follow, blogwalking dan berkenalan antara satu sama lain dengan lebih mesra.

Segmen ini bermula dari 7.00 pagi 9 Mac 2013 sehingga 11.59 malam 20 Mac 2013. Mia Liana berharap agar segmen ini mendapat sambutan dan semua blogger dijemput join.

Hanya 4 langkah mudah diperlukan :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Segmen Follow & Blogwalking #2 Oleh Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen entri ini.
Pemilihan pemenang :
  1. 10 blog akan dipilih melalui random.org
  2. Pemenang dikehendaki memberikan satu URL entri terbaik dari blog mereka untuk di review di Mialiana.com
  3. URL entri terbaik hendaklah ditinggalkan di ruangan komen entri pengumuman pemenang nanti.
tunggu apa lagi... sila klik banner di atas untuk join....

Terima Kasih membaca =)

 
This blog was own by me & copyright 2012 Ubaidullah Jaafar . All Right Reserved To Me.