UbaidullahJaafar: December 2012

Sunday, 30 December 2012

Segmen : Tadi dan Sekarang


Sekapur Sirih
Assalamualaikum, Pertamanya dimulakan dengan trilion terima kasih kerana sanggup menjemput saya untuk join segmen ini. Alhamdulillah berkat support dari rakan-II blog baru terutamanya dari sahabatku Paly kerana beliau lah bertanggungjawab menaikkan semangat saya maka saya rasa berkobar-kobaran untuk join entry ini. Alhamdulillah, lega rasanya.


*Skip perenggan ni (if nak cepat)
Pertamanya saya perkenalkan lagi nama saya a.k.a nama panggilan iaitu UBAI, hehe, Pelik kan ? Jarang kan, Tapi selalu orang sebut . Bai nak beli karpet bai, Bai itu karpet tak mau, tak mau hutang,.Bai order teeee tarik kurang manis. Mungkin kalau nama setakat Ubai jea orang pelik, tapi kalau nama Ubaidullah Jaafar orang mula berubah arah, dari karpet jadi permaidani, dari teh tarik jadi teh tarik ais. Hehehehe.. Ahh aku bergurau sahaja. Jangan Marah yeeeeeee semua . Baca dan teruskan baca jangan bosan yeaaa ,, 


Malaysia Merdeka 
Tanggal 31 Ogos yang lepas negara kita telah tetttttttttttttttt............... Sorry Sorry Sorry aku tersalah tarikh pulak nak cerita.. Aku memang selalu macam ni. Pelupa, Hang, Hilang fokus bila berkomunikasi, N rajin tido lambat. Repeat semula eaaaaa,, Jangan marah ea =)

Berakhirnya 31 Disember 2012 maka bermulalah tahun baru Masihi 1 Jan 2013. Bagiku tahun 2012 ini tahun istimewa buat aku. Dan tahun 2013 pula merupakan tahun yang lebih istimewa bagi aku tersangat-II. Tetapi 31 Disember 2012, aku bakal menduduki peperiksaan Akhir semester ini dengan mata pelajaran pertama iaitu Engineering Mathematics III pukul 9.00 Pagi. Antara satu sebab kenapa aku tulis entri ini sekejap lagi aku akan sambung buat latihan ulangkaji bagi subjek tu,, tettttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttt.. Nak solat jap. Maklum lah sekarang ni kat Bilik Komputer sebelah Surau. dah Dengar Iqamat. N Ubai akan bersambung selepas solat nanti,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,

Megulangkaji Pelajaran
Alhamdulillah selesai pun solat. Ubai nak sambung cerita ni. Biasanya sebelum-II ini malam 31hb ubai tak ada rumah sebab ubai suka keluar dengan kawan duk kedai cerita pasal macam-II, then balik. Tapi berbeza pada tahun ini kerana ubai akan menghabiskan saki baki akhir tahun ini dengan mengulang kaji pelajaran kot. Sebab 3 hb dah next paper dah. Ubai tak dapat la nak keluar berjumpa kawan lagi. Dah mula bosan kan ? Ubai suka mengulangkaji waktu malam kerana lebih tenang, cuaca yang sesuai untuk ubai buat latih tubi.

Time nak final exam memang biasa macam ni sampai Pagi 




Tahun Baru
Bila dah masuk tahun baru semestinya kita yang beragama islam memanjatkan kersyukuran kepada Allah SWT kerana masih dipinjamkan lagi & diberi peluang untuk bernafas, menggapai kabus-II Subuh ini , menghirup udara segar tatkala langit membuka tirai siangnya. Bagi ubai tiap-II hari kita kena bersyukur sebab Allah sengaja bagi kita pinjam oxigen Percuma hanya untuk beribadah kepadaNya. 
*Sedikit cebisan pesanan dari Ubai

Tahun baru ini, 1 Jan, Ubai rasa ubai akan buka Facebook untuk melihat siapakah gerangan yang mengupdate status yang berkait mait dengan tahun baru ini. Mungkin ubai boleh senyum atau ketawa sinis tatkala melihat & membaca & mengamati status-II kawan-II ubai itu. Status-II lawak berunsurkan tahun baru juga tidak pula ketinggalan. Antara yang ubai dapat jangka, apa mereka buat malam 31 Dis ini. Mereka akan update tak nak tidur lah, tak nak buat air lah, tak nak order mee goreng lah. Kenapa yeee ?? Kenapaaa ?? Ubai menganggapkan kalian semua seudah mengerti.. HEHEHEHEHE

Secawan Teh 'o' Ais tahun Lepas
Adik minum apa dik ? jawabnya ringkas taknak. Makan ?? taknak. Lalu pergilah si waiter itu. Hahaha. Tak kena mengena pun dengan tajuk atas. Sebenarnya memang lah betul, kalau kita buat secawan atau se jug teh o ais pada malam 31 DIS,, Pastinya bebrapa jam lagi akan bertukar tahun 2013. Ini air teh o ais tahun lepas yang aku buat tetapi masih ada Ais lagi. Hehehe. Jangan masuk bilik air pada malam 31 Dis 11.59p.m . Kerana anda akan keluar balik bilik air pada tahun depan. Hehehehe. Jangan order mee goreng mamak pada pukul 11.59 P.M 31 DIS kerana dikhuatiri mee goreng itu adalah mee goreng TAHUN LEPAS!!! hehehehehe.Bermacam-II versi dan idea yang menghiburkan aku tatkala membaca status-II sebegini.

Reaksi FB dan Twitter bila ubai update status ni ,, Hehehehe

Aktiviti 1 Jan
Ubai rasa ubai akan habiskan masa 31 Dis-2 Jan untuk mengulangkaji pelajaran Electrical Measurement. 3 Jan dah Final dah. Doakan yee. Cara ubai ulangkaji mungkin sama jea dengan korang-II yang masih belajar lagi . Ubai akan buat revision balik note-II latihan-II tahun lepas . Ubai akan lupakan Peperiksaan yang dah lepas pada tahun lepas itu (Engineering Math) , dan meneruskan agenda baru ubai untuk fokus kepada subjek seterusnya =)

Salah satu planning ubai. Tapi apakan daya masa tidak membenarkan ubai nak g sini. Lokasi Melaka, sebelah Bayview Hotel. RM7. Sedap & Puas . Mesty Paly lecur kan. bab-II makanan serius ubai minat tengok n cubarasa =)
*Entry berkenaan chicken chop yang paling best ubai nanti ubai masukkan

BABAI.BAI.BAI. sekian ~~






Terima Kasih membaca =)

Segmen: Apa Kata Mereka??

Samaran Saya : UBAI



Assalamualaikum , selamat pagi ,, Beberapa minit lagi akan masuk waktu subuh dan sedang menunggu azan subuh , Hehehehe .

Emm , pendapat ? pendapat tentang blog arkitek hati ? okieeeeee pendapat saya tentang blog arkitek hati ni memang terbaik lah sebab ada ada aktiviti tersendiri yang beri galakan untuk mesra dengan blogger-II lain. Apatah lagi blogger terbaru macam saya ni. Terima kasih sangat-II. Saya masih baru lagi dan banyak yang kene amek tahu pengalaman-II baru dalam dunia blog ini. Selain dari minat membaca blog orang, saya jadikan blog arkitek hati ini sebagai entri pilihan saya untuk membacanya. So far warna menarik pandai decorate blog kan ,, Heheheh ,, bagus bagus bagus ,,

Saya suka mengajak kawan sama-II kongsi pendapat dan pandangan serta apa-II cerita menarik yang ada dalam blog. Akhirnya alhamdulillah, mereka makin bersemangat untuk menulis entry baru .. Antaranya Ilham Yusrizal ,

Saya juga suka follow segment-II yang ada, kalau saya sempat lah nak menulis entry sebab sekarang ni agak bz dengan ulangkaji untuk final exam yang bakal diduduki oleh saya.Hehehehe ,, Segmen pertama saya join ialah Pa Ly bertajuk :

Segmen : Aku dan Blog


seriusly memang Ohsemm ,, HEHEHEHE, terus addict nak join segment lagi n berharap satu hari nanti saya akan buat segmen untuk korang pulak ,, doakan yeeeeeeee...

Jom lah kita sama-II kongsi berkongsi cerita =) Salam subuh =) Assalamualaikum.Wa'alaikumussalam.

Terima Kasih membaca =)

Friday, 28 December 2012

Nostalgia impian dan Harapan Cita-citaku

Assalamualaikum. Selamat Awal Pagi. Mesti korang ingat saya sedang Fresh bangun pagi terus update belog kan ?? Sebab termimpi apa entri yang bakal ditulis ?? hahaha tidak lah sebegitu. Sebenarnya saya belum lagi tidur. Dah biasa dah macam ni. Bagi saya waktu-waktu macam ini sesuai untuk saya menulis entri yang apa sahaja terlintas di benak fikiran ini.

Apa perasaan saya sekarang ? Gemuruh atau Risau ? ke gembira ? . Saya nak ceritakan aktiviti harini sebelum ubai sibuk mengupdate entri ini. Firstly berkenaan cita-II ubai. Bila cerita pasal cita-II mesti semua orang suka mengelamun. Aku nak jadi angkasawan lah, nak jadi saintis lah, nak jadi seorang Motivator terhebat lah. Bagus semua itu, kerana prinsip ubai, apa yang kita impikan , apa yang kita cakapkan , itulah akan berlaku sebenarnya. Impian itu cas semangat dan mempengaruhi tubuh badan akal fikiran okay. Okay, dah jauh telajak ni, masa ubai kecik-II dulu ubai pernah terbayangkan yang ubai ini akan jadi saintis berjaya. Cewah! sampaikan berangan-II memilki pusat rahsia kat bawah tanah!. Tapi sekarang segalanya sudah berubah. Ubai lebih cenderung untuk jadi seorang tenaga pengajar. Ya, Ubai minat mengajar orang. Lega rasanya bila orang faham apa yang ubai ajarkan. Selalunya topik yang ubai suka ajarkan tak lah berbentuk topik ilmiah . Tapi ubai suka ajar topik yang berbentuk perkiraan, dan apa-II berkaitan engineering asalkan. So ? cita-II ubai sekarang adalah ingin menjadi seorang pensyarah insyaallah!

Susah ke haa jadi pensyarah ? itu ubai tak tahu lah. Tapi bagi ubai, mengajar itu menyeronokkan. Salah satu jalan pintas ubai bia tak ulangkaji ubai akan habiskan masa untuk mengajar orang ( if ada ). Secara automatik akan terulangkaji. huhuhuhu. Tu pengalaman ubai lah masa zaman kegemilangan kat Poli dulu. Pernah sekali musim study week tu ubai update lah kat FB " Sesiapa yang nak belajar Engineering Math 5, sila datang rumah sewa pada pukul 10mlm - 4 pagi ".. Tak sangka pulak yang datangnya hampir 20 orang. Kesiannya rumah kita panas. sebab kipas angin Slow. Tak apa itu cabaran. Asalkan budak semangat nak belajar. Ubai sangat suka masa tu . Ajar punya ajar punya ajar tak sedar dah nak dekat subuh. Lepas solat subuh berjamaah kat surau sambung lagi. Dan pukul 8 terus amek exam Math masa itu.

Dah sampai situ jea ubai cerita. Kang terlebih-II korang pulak rasa penat nak baca.Hehehehe. Okay ,, Doakan ubai lah " Ya Allah , makbulkanlah segala impian hambamu ini insan bernama Mohammad Ubaidullah Bin Mohd Jaafar supaya beliau akan menjadi seorang penyampai ilmu yang berguna kelak " aminnn Ya Rabbal Alaaminn..

Hope satu hari nanti ubai akan mengecapi  cita-II ubai sejajar dengan usaha ubai selama ini.. Bukan senang nak senang, Tak susah nak susah kan ?? Yess itu pasti .

Untuk pengetahuan anda, start 31/12 ( isnin) akan bermula Peperiksaan Akhir semester 1. Peperiksaan Engineering Math III . Favourite ubai jugak tu. Doakan ubai ea. Ubai cuba buat yang terbaik =)

Umi & Ubaidullah. Wanita lengkap berpakaian serba biru itu merupakan seorang ibuku yang satu-II nya tempat aku kongsikan suka duka kehidupan. Masa ini di dataran Politeknik Merlimau sempena Hari Konvokesyen 2012



Terima Kasih membaca =)

Thursday, 27 December 2012

Konvokesyen Politeknik Merlimau- Kenangan Indah saya

Assalamualaikum, Harini ubai nak bercerita tentang Hari Konvokesyen Ubai.. Bagi Ubai, salah satu saat yang dapat membahagiakan ibu bapa kita , bila mereka lihat kita berjaya ke puncak menara gading & melihat kita jadi anak soleh & melihat kita selalu menyenangkannya. Ibu bapa mana yang tak nak anak dia tak berjaya dalam hidup ?? Cuba mention sikit. Sebab mereka tahu, betapa susahnya mereka melahir, mendidik, membesarkan kita dan akhirnya kita balas mereka dengan kejayaan. Sesungguhnya itu masih belum terbalas lagi, masih belum berbayar, masih belum mampu dapat menyamai selama mana mereka menyusukan, melayan riang tangis kita masa kecil dulu.Betapa besarnya pengorbanan mereka. Infinity jika nak dibandingkan dengan pengorbanan kita. Ecece muka merah da . Tunggu !! berbalik kepada cerita ubai semula =)

Sebelum itu, ubai nak cerita kenapa nama Mohammad Ubaidullah. Sesungguhnya Rare kan nama ni ? Nama ini unik kan ? begitulah keunikan yang ada pada si pemilik nama itu. Eh tolong laa ,, hehehe. 

Mohammad Ubaidullah Bin Mohd Jaafar ,,, Diploma Kejuruteraan Elektrik .. aku melangkah sopan dengan penuh tawadu' agar gemuruh yang datang ini cepat pergi. Dengan sedikit tunduk serta salaman dan senyuman, aku terus mengucapkan ' terima kasih dato' '. Lantas aku memandang Kamera yang siap terpasang menunggu wajah aku ditembak tepat semasa diatas pentas itu. Cakk ,, Kilauan cahaya kamera itu menyebabkan sekeliling pentas terang seketika. Ini membuktikan hari kebahagiaan ini telah di rakamkan untuk dijadikan pemanis kenangan pada masa hadapan.

Hari itu juga, ubai sangat bersyukur kepada semua, kerana tanpa mereka semua siapalah ubai sekarang. Mungkin tanpa semangat serta dorongan ibu bapa ubai, ubai tak mampu terima kejayaan sebegini Terima kasih kepada Guru-II, Pensyarah-II kerana tidak pernah rasa putus asa mencurahkan ilmu mereka. Tanpa rakan-II ubai tak mampu untuk bersorak gembira. Terima kasih semua , Syukur Alhamdulillah , Memanjatkan kesyukuran kepada Allah. 

Hari ini bukan penentu kejayaan ubai segalanya. Ubai beriktikad bahawa menunut ilmu bukan hanya diatas sekeping kertas sahaja. Ubai perlu teruskan usaha lagi untuk mewarnai kehidupan dengan ilmu. Doakan ubai agar jadi orang yang berjaya satu hari nanti. =)



merakamkan kegembiraan & detik sejarah indah saya bersama ibubapa =)


Terima Kasih membaca =)

Segmen : Aku dan Blog





Nama saya Mohammad Ubaidullah Bin Mohd Jaafar . 21. Full time student. Dan tegeraknya hati nak join & buat segment ni sementara 'take 5 to rest' daripada ulangkaji untuk menghadapi final exam minggu depan .Doakan yeaa (Y) Tension kalau memanjang nak study je ,, huehuehe.. Sekarang nii study kat Universiti Tun Hussein Onn amek course ISM kejuruteraan elektrik kuasa baru semester satu.
Orang Parit Jawa, Muar, Johor.. tak beberapa fasih berjawarisme. Sebelum ni study kat Politeknik Merlimau, Melaka ,, Dip electrical engineering ,, Pernah bersekolah di SMT Muar Johor (skrg bakal jadi Kolej Vokasional Muar ).

Saya masih lagi baru & kekok & macam blurr dalam dunia ber blog ini . So tak pandai sangat la nak attract orang hanya dengan penulisan .Maaf atas kelemahan itu, Insyaallah saya akan perbaikinya dari masa ke semasa ,,Mungkin dah lama tinggalkan SPM karangan BM kot ,, hehehehe. Segala tunjuk ajar dari pakar-II berpengalaman itu sangat diperlukan dan dihargai =)


Kenapa Berblog ?? Mula tertarik sejak jadi student Politeknik Merlimau lagi. pada tahun 2010 ke 2011 lebih kurang la. Malangnya tangguh demi tangguh, alasan tak bersedia untuk publish post sampai lah ke 2 tahun berikutnya. berblog ni tak sama macam kat FB & Twitter & MS (masa tahun 2009-2010 ramai lg yg guna myspace) kan . Rintisan daripada itu, timbul minat yang berkobar-II dalam diri untuk menceburkan diri ke dalam dunia blog. Masa itu tiada support dari kawan-II lagi. Mencari-II bermacam-II tutorial yang ada kat pasaran, tetapi akhirnya jumpa tutorial yang lebih mudah & Percuma dari blogger-II sendiri, SYUKUR Alhamdulillah akhirnya, segala impian dan harapan untuk mencuba sesuatu yang baru & kawan baru & silaturrahim baru Akhirnya dapat lah belajar asas membuat & etika berblogging.

Berbanyak terima kasih to blogger-II yang bersusah payah membuat & menyediakan tutorial untuk diguna pakai oleh newbie-II macam saya ini terutamanya kepada amalinalee, faqihahhusni dan semua blogger-II yang terlibat =)






Terima Kasih membaca =)

Wednesday, 26 December 2012

Segmen: Nak Masuk Dalam Bloglist Ain bulan Januari!!!




Klik ea jangan tak klik ,, means support rakan-II blog kita ini meskipun saya still baru dalam dunia blog mem-blogger nihh .Masih banyak kena pelajari & bermain dengan tutorial versi maya. Harap kehadiran saya didalam dunia ini lebih memeriahkan diri saya & rakan-II yang lain samada mengenali & belum mengenali dan Akhir kata, saya selalu berharap kehidupan saya seterusnya lebih ceria & cemerlang =)







Terima Kasih membaca =)

Saturday, 22 December 2012

Test 2 mengejutkan

Assalamualaikum kawan-II , malam ni, ehh da pagi dah ,, ana nak kongsi sedikit ni,

Berkenaan alam pembelajaran kat Universiti tempat saya belajar.Sememangnya ia satu cabaran sebab baru buat ana. Masih 'Shock' lagi. Ana baru semester pertama kat sini dah macam-II cabaran yang ana tempuh. Sama ada lepas or tak lepas tu lah yang mendidik ana. Dah tahu tak sekarang ana belajar kat mana nehh , With Wisdom We Explore! Cewah ,, bunyinya macam gempak kan .Ini lah Motto +Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) kita . Bukan Motosikal Harley-Davidson yang bunyi gempak tu. Tapi ini satu suntikan kata semangat , atau kata-II yang memberikan inspirasi kepada kita untuk meneruskan kehidupan sebagai seorang mahasiswa yang bakal menyumbang kepada Negara insyaallah. Ana cuba praktikkan nii.. Ahh. Malas ana nak berfalsafah sangat sebab pepagi ni mata pun dah terkebil-II ni haaaa.

Tadi pukul 9 malam ana ada test 2 , iaitu test Electrical Analysis. Bunyinya pun macam menakutkan kan ?? macam berat kan ? hehehehe ,, Ana macam tak bersedia sangat la nak jawab sebab minggu ni terlalu sibuk la, baru nak lega satu persatu selepas submit bermacam-II kerja lah. Ana rasa ana lah orang yang paling sibuk kat dunia nehh!!. Okee berbalik cerita test ni . Ana study la sikit sebab masa pun dah suntuk kan. Dapat lah buat ulangkaji sikit kan. Ana start study lepas Asar sampai lah ke Isyak . Lama kan ? Tapi bagi ana masa tu sangat suntuk dan tak cukup untuk pahamkan sesuatu ulangkaji yang kita buat tuhh. Lepas tu ana REDHA lah nak jawab test ni . Ana study apa yang diajar oleh lecture ana tuhh . Sesampainya kat kelas. hati rasa macam yakin sangat nak jawab.

15 minit kemudian kertas soalan sampai kat tangan ana. soalan hanya 2 sahaja. ada tiga sub soalan dalam dua soalan tu. Tapi ana tiba-II rasa Blurrrr,, Hehehe .. menyesal sebab tak study awal-II sebab tak banyak topik yang tak kuasainya, soalannye lebih advance lah! Tutorial yang diberi sebelum tu tak sempat ana buat . Dan sebelum tu ana yakin soalan sesusah macam ni tak mungkin keluar sebab tu pun tak diajar dalam kelas ( masa membelek-II tutorial). Tercungap-II nak menjawabnya. Habis perah otak nak buat soalan tu. Dapat lah buat soalan satu penuh dan soalan dua tak berapa nak penuh.

Sehabisnya waktu test tu, ramai yang merungut tak dapat jawab dengan baik. Ada kawan yang study sampai 4 hari pun tak dapat jawab. Ini lah penangan UTHM niii ,, Banyak cabaran taw.

Nak tahu 10 tips baru yang ana dapat, hasil daripada kesilapan yang ana dah buat ?

  1. Jangan hanya ulangkaji apa yang telah diajar sahaja. Perlu ambil kira juga soalan yang kita belum pernah buat & belum lagi lect ajar. Ini disebabkan lect nak kita ambil inisiatif sendiri ulangkaji soalan yang lebih mencabar. Korang takkan terlepas dari tutorial diberikan. Selalunya soalan yang keluar tu lah datang daripada tutorial yang diberi. Jangan mengeluh hanya disebabkan tutorial yang diberi tu tak pernah diajar dalam kuliah. Kita kena cari penyelesaian sendiri. So bila jawab test kita mungkin boleh jawab dengan gembira =) 
  2. Banyak buat latihan tu memang dah biasa korang dengar kan ?? So kelainan yang aku fikirkan adalah buat latihan yang lebih susah dahulu diikuti dengan latihan yang senang. Sebab peringkat ijazah ni jarang dah keluar soalan yang basic simple-II mase Diploma dulu tuu. Lagipun dalam soalan pengiraan yang susah tu menggunakan basic yang sedia ada. Secara automatic kita menguasai benda basic tu. 
  3. Atur masa sesuai untuk belajar. Rasanya peringkat macam ni dah takda masa nak tidur lebih-II. Masa lapang pada waktu siang yang biasanya kita manfaatkan untuk ber'facebook' , tidur, main game, tengok movie tu seeloknya kita gantikan dengan buat ulangkaji sikit.Tidur paling awal pukul 1.30 pagi. 
  4. Setkan dalam minda, ulangkaji itu soalan, soalan itu ulangkaji. Banyak buat latihan menjawab soalan, itu lah yang mengukur tahap penguasaan kita dalam sesuatu subjek tu. Sebab bila kita tak dapat jawab soalan. Dari situ kita tahu kelemahan kita. 
  5. Cari kawan yang bagi inspirasi & bagi semangat untuk belajar.( dah biasa dengar). 
  6. Balik kelas, cuba tulis balik dalam bentuk apa jua sekalipun apa yang diajar. Sebagai contoh, ana menggunakan pendekatan menulis semula jalan kerja & penyelesaian masalah kat whiteboard yang mesti ada kat bilik atau rumah kita. Itu magnet kita =) 
  7. Study 'last minute' tu memang ada baiknya , Tapi jangan terlalu penghujung sangat. Nanti tak sempat nanti terkejar buat soalan ni buat soalan tu. Last-II tak paham. 
  8. Buat soalan minimum 3 soalan yang sama sehari 
  9. Satu hari minimum 2 subjek kita ulangkaji. 
  10. Cari soalan Final & tutorial & test & Quiz ,, Buat balik .. sampai habis .. =) 
Harap tips ini korang praktikkan dalam kehidupan korang, mana yang masih lagi bergelar 'student'. Tips ini telah ana cubawalaupun masih tak semua.

Apapun Doakan Ana berjaya menjawab peperiksaan Akhir semester ini =) ana cuba sedaya upaya ana. Yang penting doa yang tidak putus-II dari semua pihak membuatkan ana lebih semangat untuk berjaya dunia & Akhirat =)

Minggu depan ana studyweek.. Pastu exam 2 minggu, N Balik kampung laaahhhh ,, Banyak komitment ana kat Muar kesayangan ana bandar diraja itu =)

Thankzz to all =)




ni masa ana konvo kat PMM. Nak ?? jom






Terima Kasih membaca =)

Tuesday, 18 December 2012

Petang Yang Sibuk

Hari ni seperti biasa , Balik je dari kelas tadi dalam pukul 12.30 terus makan ,, Dan kepala asyik memikirkan aku punya Final Projek untuk Programming c++ ,, Huhuhuhu .. Tapi malangnya malam itu aku tidur lambat angkara mencari penyelesaian c++ ini lah ,, Pukul 4.30 pagi baru lah terfikir nak tidur ,, Apa itu c++ Programming ?? ehhmm ,, kalau budak Engineering mesti tahu . Kiranya nak create sesuatu program menggunakan Microsoft Visual c++ mestilah kita kene pandai mengarang KOD programming itu ala-II Sastera lah kan ,, HAHAHAH..


Contoh program yang telah siap =)
Ini pulak kod nyee ,,, 

Seronok ,, tapi susah nak buat nye ,,, Aku nak pahamkan ,, minima 3 hari 3 malam ,, Serius tak tipu ,,So itu je lah yang aku nak cite hari ni ,, n aku nak cerita nehh ,,, Kalau korang nak pergi bercuti ,, Pergilah kat Pulau Langkawi ,, Sebab Awesome =)

Ni Lawatan sambil Belajar UTHM keusahawanan ,, Hohohoho..



Terima Kasih membaca =)

Sunday, 16 December 2012

Newbie

Pada saat pertama mengupdate blog ,, Hihihi ,, Sebenarnya tak ada apa yang nak dikongsikan ,,Fikiran tengah kusut menjurus ke arah assignment n projek yang melambak ,, Maklum lah dah last-II nak dekat final exam nihh ,, Minggu depan je ada banyak test dan kena submit projek c++ .. Memang betul lah ,, cabaran masa kat Diploma tak sama dengan Degree ,, kene banyak bekerja keras kalau nak berjaya , Apapun doakan saya dapat menduduki peperiksaan Akhir semester ini dengan jayanya ,, Aminnn =)



Terima Kasih membaca =)

 
This blog was own by me & copyright 2012 Ubaidullah Jaafar . All Right Reserved To Me.